BEREHAT SEBENTAR

Sabtu, 31 Oktober 2009

PENIPU MENIPU TERTIPU

Memang tak guna betul mereka-mereka yang penipu ni... adaka logik beli satu skrudriver yang harga pasaran katalah rm5 tapi dituntut harganya rm100. Ini adalah salah satu contoh kalau anda ingat suatu masa dulu tentang peruntukan dibawah kementerian belia dan sukan yang diselewengkan... menterinya masa tu azalina. Ada banyak lagi penipuan pembelian dilakukan sehingga beratus2 juta duit kita (rakyat) lebuh (lesap) pada masa itu... Kecoh sekejap... kata nak siasat, kata nak ambik tindakan.... tubuh badan khas..... akhirnya benda tu senyap yo.... Melayu ni mudoh lupo ko?

Sekarang kecoh lie.... beli 2 buah laptop yg harga pasaran dalam rm9k jer tapi dipulas harganya jadi rm80k lebih. CELAKA betul lah.... penipu lagi.... yang aku peliknya dan tak masuk akal... siapa yang semak tuntutan harga pembelian waktu tu dan luluskan pembayaran? agak-agak saja-saja berani ka dia buat untuk dia makan sorang-sorang kalau tak dak orang yang lebih besar yang mempengaruhi dia.BODOH SANGAT KE DIE? aku rasa kalau letak orang yang kurang tinggi lulusan pun dia akan pelik 2 buah laptop harga rm80k lebih...

Isi minyak setiap minit dan dituntut pada harga yang tidak munasabah langsung harga seliter minyak dipasaran semasa... dan banyak lagi perincian lain penipuan yang dilakukan telah dilapor oleh AUDIT NEGARA. TAHNIAH AUDIT NEGARA KERANA INTERGRITI ANDA MASIH UTUH.... cuma yang lain tu jer bukan saja tak utuh tapi sebenarnya cara kerja mereka tidak diBUTUHkan (dalam perkataan indonesia maksud butuh adalah perlu , jgn salah faham)lagi oleh masyarakat yang inginkan kebenaran dan ketelusan. Duit rakyat jangan dibazir sesuka hati. MEREKA (PENIPU) YANG BUAT KERJA TU JANGAN DILEPASKAN. MEREKA (PENYIASAT) YANG MENYIASAT JANGAN MENDIAMKAN. SEPERTI KES DIBWH KBS DULU , SAMPAI SEKARANG APA KESUDAHANNYA? SIAPA KENA? SEPATUTNYA SERET DARI AKAR SAMPAI KE PUCUK KE MUKA PENGADILAN. SEKARANG BERLAKU LAGI, DAN SEKALI LAGI KITA DIUJI UNTUK MELIHAT DAN MEMBUAT KEPUTUSAN AKAN GELAGAT SI PENIPU DAN MEREKA YANG KONONNYA AKAN MENGAMBIL TINDAKAN. ADAKAH SKRIP DRAMA YANG SAMA AKAN BERULANG. MUDAH LUPA SANGATKAH ORANG KITA NI.... KALI INI BUAT SIASATAN DAN BETUL-BETUL DISERET MEREKA YANG BERSALAH DARI AKAR SAMPAI KE PUCUK. TANG PUCUK TU YANG KITA ORANG RAMAI NAK TAHU.... SIAPA GERANGAN MALA'ON TU.... KERJA TIPU NI BUKAN BOLEH DIBUAT OLEH SEORANG PEKERJA BIASA KALAU TANPA RESTU ORANG2 LUAR BIASA. JANGAN TUNJUK LAGI DRAMA YANG SAMA, RAKYAT DAH TAHU JALAN CERITANYA... JANGAN SAMPAI NANTI RAKYAT TUNJUK CARA SEBENAR NAK BUAT DRAMA YANG BAIK DAN TULUS. KITA RAKYAT TAK MAHU SI PENIPU TERLEPAS, YANG MENYIASAT MENIPU SEBAB KES DISENYAPKAN....KITA RAKYAT TAK SANGGUP TERUS TERTIPU.
PENIPU, MENIPU TERTIPU....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan