Pada sisi aku la politik ni ada dalam setiap ruang kehidupan. Ishh!!... sebelum aku mula lebih dalam kupasan aku pada tajuk yang agak serius ni... sebenarnya aku memenuhi permintaan rakanku ....siDuniaku untuk lihat politik pada sisi aku. Baiklah kita sambung balik...
Seperti ayat pertamaku di atas hidup kita ni segenap ruang dan sejak kita kecil sekecil2nya kita sudah berpolitik. Masa kecik.. perut lapar kita nangis..... nak makan... politiklah tu... bila dah besar sikit demam sekepoi buat-buat segantang sebab nak sesuatu ( sbg contoh nak makan sedap2)... politiklah tu... nak kena bersunat... letak syarat...nak itu ini... politik lah tu... disudut ibubapa pula depa pun main politik kat kita iaitu kalau dapat pencapaian terbaik dalam peperiksaan mereka akan beri sesuatu sebagai ganjaran.... politiklah tu... dan sekarang perkara ni kita recycle pula kat anak-anak kita dan kita sendiri seronok tengok keletah anak-anak kita berpolitik semacam yang kita buat suatu masa dahulu....tapi.....
Nampak sekarang ni budak-budak dah ada 'advance' ( dgn izin ) haha mcm dalam dewan rakyat pulak... politiklah ni... hehehe... bak kata satu iklan kat tv " Zaman dah berubah..dunia dah makin maju..." ... "kalau berjalan mesti kedepan, bukan kebelakang... (aku tambah sikit)...masa berjalan mata mau bukak dan sama lihat kedepan sebab zaman sekarang ramai yang aku jumpa orang bergerak kedepan (dgn motor/kereta) tapi mata tengok kelain... tu yang nak jadi eksiden tak tentu hala tu...ayat-ayat ni pun penuh dengan politik dan maksud tersirat...
Berbalik semula pada kisah budak-budak sekarang yang lebih terdedah dan banyak pendedahan... maklumlah zaman IT serba canggih dan segera... corak politik mereka kepada kita juga dah berubah... sekarang bukan zaman budak-budak boleh kena gempak dan gertak tak tentu hala.... nanti ditanya nya balik kenapa kita gempak dan gertak depa semacam itu.... hah... kena kita... politik siapa yang mempolitik siapa hehehe...
Sekarang zaman kanak-kanak yang nak tahu itu dan ini tanpa ada rasa takut.... mereka akan bertanya macam-macam.... adakah kita nak jawab dengan cara berpolitik orang-orang tua zaman kita budak-budak dulu... jawapan standard dulu-dulu... hish! hang budak-budak lagi mana hang tau dan tak perlu hang tau.... ini hal orang tua-tua.... hampa duduk diam-diam... hish!!.... malulah... tak boleh cakap pasal tu... sampai masa nanti hampa tau la.... tula rupa jawapan standard dulu-dulu.... kita pun masa tu akur dan diam, walau pun dalam kepala terus bersarang berbagai persoalan.
Zaman sekarang? minta mahaf la... nak bagi jawapan stail dulu-dulu... sebaik-baiknya kita kena jawab segala persoalan agar kita lebih mengetahui secara mendalam apa persoalan dan kemahuan mereka , dan dengan ini kita dan mereka akan sentiasa bersama.... mereka tak akan jauh dari kita... kalau kita tak jawab, atau jawaban kita tu dirasakan tak berapa logik diakal mereka.... maka mereka akan mencari sendiri jawapan ditempat lain... sebagai contoh di internet dan sebagainya.... Inilah yang aku nak perkatakan tentang politik disisi aku...
Sebagai pembuka kalam bab ini... aku rasa, korang para pembaca/pengunjung blog ini boleh faham kot apa yang aku coretkan....
Ni baru kisah politik zaman kanak-kanak... terlalu banyak politik yang dah bermula dizaman itu... politik ngelat tak pi ngaji.... politik bila gagal ujian....politik balik lambat (main petang)... politik nak kasut baru.... politik tak nak ikut orang tua pi rumah sedara.... politik dengan atuk dan nenek lagilah... panjang berjela...
Seterusnya nanti aku akan sambung lagi kupasan bab ini... itu pun kalau ada yang sudi untuk terus membaca dan mengulas.... nantikan sambungan bab politik ni wassalam...
Barilaan...
*p/s : bacalah tanpa prejudis dan dengan fikiran terbuka...
Rabu, 7 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Yo..bernas (bkn padi bernas no..) idea menarik.kunci katanya POLITIK ini SENI.seni utk dapatkan sesuatu samada utk kebaikan atau sebaliknya.dia pun ada mcm2 aliran.terpulang pd kita utk gunanya....
BalasPadam