BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 28 Oktober 2009

BIAR...

Pekak Badak...
Biar.... pekak itu kepunyaan siBadak
Jangan kita merampas gelaran itu darinya....
Entah benar entah tidak pekak itu macam badak
Siapa boleh mengesahkannya...?
Kenapa harus telinga yang ada kita dipekakkan
Tidak mahu mendengar pada kebenaran
Tidak mahu mendengar akan rintihan
Tidak mahu mendengar pada penyaksian
Adakah mereka pekak macam badak ?


Bodoh macam lembu!!
Biar..... bodoh itu kepunyaan silembu
Jangan kita merampas gelaran itu darinya....
Entah benar entah tidak bodoh itu macam lembu
Siapa yang boleh mengesahkannya... ?
Kenapa harus akal yang ada tidak digunakan sebaiknya
Tidak mahu memikir secara cerdik
Tidak mahu bertindak secara bijak
Adakah mereka itu bodoh macam lembu ?

Pekak dan bodoh.... kenapa harus begitu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan