Satu perkara yang banyak pro dan kontranya. Bagi sisiku apa-apa pun perancangan pemerintah biarlah rakyat dilindungi dari menanggung akibat yang pedih dan perit dalam mengharungi kehidupan. Memang alasan utama yang digunakan ialah agar subsidi yang diberi tidak mengalir ke tangan orang asing dan mereka yang lebih berkemampuan, akan tetapi kita berharap ianya tidak akan meninggalkan satu impak yang cukup berat dan tak tertanggung oleh rakyat kebanyakkan.
Cara pemberian subsidi melalui penggunaan mykad atau apa sekali pun diharapkan pihak kerajaan pastikan harga barang tidak lagi naik, kos perkhidmatan lain2 juga tidak naik, tol tidak naik, tarif elektrik tidak naik dan apa-apa sahaja yang kalau naik bakal membawa bebanan mengharungi kehidupan yang menyiksakan.
Sudah agak lama sebenarnya kita nantikan iaitu peningkatan kualiti hidup rakyat yang harus dinaikkan. Nilai kepada kewangan harus ditingkatkan. Bukan bererti meningkatkan jumlah gaji atau pendapatan itu dapat meningkatkan nilai kewangan jika sekiranya kos sara hidup terus melonjak-lonjak tanpa dapat dibendung.
Apa guna berpendapatan tinggi tetapi kos sara hidup juga lebih tinggi.... TAPI LAGI TAK GUNA BILA PENDAPATAN TAK CUKUP TINGGI, KOS SARA HIDUP SEMAKIN MENINGGI. Kalau pendapatan seperti sekarang pun dengan syarat kerajaan lebih berkesan bukan sekadar retorik dalam memastikan segala-gala berkaitan ekonomi dalam negara dapat dikawal dan jika boleh diturunkan kosnya maka agak sudah memadai dengan apa yang kita ada hari ini. Tetapi ini adalah satu perkara yang hampir mustahil jika melihatkan trend semasa.
Pihak kerajaan harus mengambil satu langkah berani untuk benar-benar kelihatan membela rakyat. Ketepikan seketika kepentingan kapitalis, bukan bererti mereka tidak boleh membuat keuntungan tetapi biarlah dalam margin yang lebih munasabah. Siapa yang lebih penting? RAKYAT atau KAPITALIS. Perubahan perlu segera dilakukan sebelum rakyat keseluruhan yang akan melakukan perubahan. Perubahan itu juga nanti harus sesuatu yang nyata dan hakiki bukan sekadar kosmetik yang bersifat sementara. Rakyat kebanyakkan sekarang dah tahu yang mana kosmetik dan yang mana kecantikan semulajadi (natural beauty) .
Tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi ke arah perlaksanaan mekanisma baru berkaitan harga minyak. Kesan ekonomi berkaitan harga minyak ini tentu akan membawa kesan berantai. Sebagai rakyat kita hanya boleh tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi kepada gelombang kehidupan tahun hadapan. Adakah geloranya akan merubah pantai ? atau mungkin geloranya membawa tsunami yang mampu meruntuhkan hatta sebuah bukit atau gunung ? Atau mungkin tiada sebarang gelora yang bakal terjadi malahan kita tidak sedar pun yang sebenarnya kita sedang dalam sebuah pelayaran. Bolehkah ianya terjadi? sedang kini pun pelayaran hidup kita sering dilanda gelora.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Sejahtera Bro...
BalasPadamMenyelusuri dan cuba untuk tenggelam bersama luahan anda...terasa ada benarnya cetusan anda.Namun yang masih bermain di kotak fikiran ini..adakah mahu akan mereka yang berkuasa itu merobah jalan yang telah mereka dirikan bersama juak-juak yang berkati-kati labanya itu?
Dan pada firasatku yang tidak khasyaf ini...kitalah yang perlu merintis jalan penuh onak ini...
Akhir kalam marilah KITA MEMAKSA DIRI BERJIMAT CERMAT dan BERHEMAH kerna tiada mahu akan mereka yang di atas awan sana mahu menunduk ke bumi tanah yang melata ini....