Pada pengamatanku malang sungguh nasibmu SiTua kerana panjangnya usia yang diberikan padamu tidak dapat kau manfaatkan sebaik-baiknya. Kenapa dirimu tidak seperti insan-insan lain yang seusia tetapi lebih bijak memanfaat usia menghargai masa baki usia.
Kau banyak menghabiskan masa ditempat-tempat yang tak sepatutnya lagi kau berada. Sepatutnya ketika ini kau harus cuba mendekatkan diri dengan PENCIPTA kita, membaiki silap dan salah, menunjukkan contoh dan tauladan yang baik dan dirimu akan terus dikenang dan disanjung kerana ketaqwaan mu.
Janganlah lagi kau habiskan masamu ditempat-tempat hiburan, dimeja-meja perjudian yang botol araknya bergelimpangan, yang wanitanya layak dipanggil cucu, berpakaian tak cukup benang bergentayangan.... Agaknya kenapalah orang-orang sepertimu ramai yang dipanjangkan umurnya.... sedangkan insan-insan yang warak dan patuh ajaran agama dijemput lebih awal kembali padaNYA....
Kenapa juga orang-orang sepertimu ini ramai yang dikurniakan kemewahan, pangkat, harta dan darjat... Berbuat amal bakti harus ada liputan media seantero benua, agar menyelinap disetiap ruang jiwa insan marhain bahawasanya andalah yang terhebat....terbaik dan berkemampuan... orang lain tidak boleh buat sebagai mana yang anda buat...
Ya Allah !! berilah petunjuk dan hidayahmu agar mereka ini kembali ke pangkal jalan dan kau hindarilah hambamu ini dari bersikap sedemikian andai ditakdirkan berada ditempat yang sama. Malangnya nasibmu SiTua andainya hidup masih dan makin jauh dari agama. Kerana waktu semakin suntuk, mega senja usiamu semakin terserlah.... tak berapa ketika lagi malammua bakal menjelma... apalah nasibmu SiTua.... Sesungguhnya Tuhan itu Maha mengetahui.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan