A. Ada banyak masa lapang tapi hanya ada sedikit wang, kadang-kadang tak cukup.
- boleh banyak duduk berehat, tidor ikut suka nak tido sebab banyak masa, sembang-sembang, gebang-gebang... menonton program tv yang disukai dengan hati yang senang, bersama keluarga selalu. Sebab semua ni boleh kita lakukan sebab kita banyak masa... tapi bagaimana pulak dgn kewangan kita? sedikit...dan tak cukup. Memang terfikir jugak masalah ni tapi sayang nak korbankan keselesaan yang sedia ada.... perdulikanlah pasal kewangan... dah takdir rezeki yang ada banyak tu jer... bersyukurlah.... dan lebih baik sebab ada banyak masa rehat.
B. Ada sedikit sahaja masa lapang, kewangan pun sedikit jugak ( of coz tak cukup)
- terlalu sibuk dengan pelbagai urusan kehulu kehilir siang dan malam tapi hasil tak ader... mungkin lebih suka buat kerja sukarela dan kebajikan ( bagus la..ikhlas ) masa sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sedemikian.... ok la dibuat dgn jujur dan ikhlas dan kerja yang baik dapat kumpul pahala untuk akhirat nanti. Tapi kewangan tak der... hidup perlukan duit.... nak sara keluarga kena ada duit.... nak buat kerja kebajikan pun lebih sempurna kalau berduit...
C. Ada sedikit masa lapang tapi ada banyak wang....
- terpaksa korbankan sedikit masa luang dengan berusaha meningkatkan pendapatan. Jadi sementara nak beroleh masa luang yang banyak dikemudian hari kelak dengan kewangan yang kukuh... tolak tak rebah, tiup tak melayang... jadi kenalah berkorban untuk seketika detik waktu. Wang memang ada dan sentiasa ada (urus baik) dan terus bertambah saban hari....
D. Ada banyak masa lapang dan ada banyak wang....
- haha yang pastinya idaman semua orang... ada banyak masa luang yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti buat kebajikan, memenuhi hobi dan apa sahaja yang difikirkan pada hari berkenaan ( apa nak buat). Duit tak ada masalah kerana sudah dijana oleh duit. Tak ramai orang yang berada ditempat ini secara automatik ( kekayaan warisan keluarga)... semuanya memerlukan usaha kita dari mula iaitu keadaan seperti di C.
Yang mana pilihan kita?
Lihat pula keadaan orang ikut kategori A,B,C dan D apabila berlaku tekanan ekonomi...
A. Biasanya akan buat bising, marah, tak puas hati dan berbagai komplen. Salahkan orang sana sini. Diri sendiri tak pernah tengok.... apa usaha dah dibuat sebagai persediaan menghadapi hari muka.... ingat usaha yang dah dibuat 10-15 tahun kebelakang cukup ke?Sedar nilai kewangannya semakin mengecil tapi masih perlu masa lapang yang banyak untuk berehat.
B. Biasanya antara bising dengan tidak sebab kehidupannya terus sibuk dengan kerja-kerja yang berfaedah ( percuma) atau yg lebih teruk lagi buat kerja-kerja tak ada faedah. Kenaikan kos sama dirasai tapi menerima keadaan sebab faham keadaan tapi lebih penting aktivitinya.
C. Menyedari kenaikan kos sara hidup akan naik dan tetap naik.... tak dapat nak dihalang pun sebab sedar tak ada daya kuasa apa nak halang... nak bising-bising marah pun bukan boleh selesai masalah. Tempias kenaikan tak mengira siapa... semua akan kena dan merasa. Jadi teruskan usaha yang sedang dilakukan dengan harapan dapat menjadi seperti orang di D.
D. Apa kenaikan pun tak ada masalah.... bukan mereka ni nak berlagak atau sombong tapi dah kewangan mereka dah sangat stabil.... Malahan mereka ada banyak masa untuk berusaha lagi jika dirasakan perlu sebab mereka ada masa dan mereka ada modal yang kukuh. Pendek kata kenaikan tahap mana pun golongan ini tidak terkesan sangat walau terasa juga sedikit tempiasnya tapi masih steady. Jauh sekali nak bising-bising tapi usaha tak buat.....
Dimanalah kita ? bagi yang nak tengok la... yang tak mau tengok tak apa... just baca macam baca bahan bacaan ringan dan hiburan saja... Aku mencoret bukan nak tunjuk pandai atau nak memandai-mandai.... sekadar nak berkongsi rasa dan pandangan sahaja. Kalau jadi baik... baiklah ia... syukur.... kalau tak... apa bleh buat ... itu kelemahan aku dalam coretan ini.... siapalah aku.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan