BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 18 Januari 2010

NASIB BAIK DIA MATI, KALAU TAK,.. MATI DIA....

Malang sungguhlah nasib seorang yang bergelar guru disebuah sekolah di P.Pinang yang terkorban ketika gigih melatih para pelajarnya... Akan tetapi setelah berlakunya kes ini segala jasa baik mendiang guru berkenaan pasti terkubur bersama jasadnya. Dia dilihat bersalah dan kerana itulah tajuk N3 aku NASIB BAIK DIA MATI, KALAU TAK,.... MATI DIA... NAK JAWAB... sepanjang hidupnya pasti dia akan dipersalahkan, kena jawab sendiri semua persoalan, saman akan datang keliling pinggang... dan mungkin lebih teruk juga guru berkenaan mungkin akan SAKIT JIWA... turun melatih mungkin secara sukarela, mahu membentuk disiplin, keyakinan, kerjasama dan pelbagai lagi aura2 positif pada jatidiri setiap pelajar asuhannya dalam latihan kayuhan perahu naga tersebut tanpa memikirkan kemungkinan malang yang bakal menimpa.... nah akhirnya yang tidak diingini berlaku jua....pasukan ini mungkin bukan yang pertama dilatihnya.... mungkin sebelum ini dah banyak pasukan-pasukan hebat yang pernah bersamanya.... sekolah berbangga... ibubapa lebih lagi bangga... siguru berkenaan pasti tersenyum puas setiap kali melihat anak didiknya berjaya.... namun kali ini sebaliknya malang telah menimpa... tak siapa mahukan kemalangan tersebut... lebih-lebih guru yang turut sama menjadi korban... siapa nak dibersalahkan dalam hal ini?.... dibersalahkan sebab kemalangan dah terjadi... nak tuding jari pada guru selaku jurulatih dia pun dah terkorban sama... ( rest in peace)
Mungkin ada kelemahan dan salah silap disini sana... ambil pelajaran dan pengajaran atas apa yang berlaku... guru, sekolah, ibubapa dan masyarakat... jangan juga kerana peristiwa ini segala penat lelah, jasa guru yang berkenaan dilupakan... ketawa boleh bersama, sepatutnya menangis juga boleh bersama... berkhidmat terlalu gigih dan tak mengenal penat lelah juga kadang kala akan mendatangkan kesusahan dipenghujungnya... apa pun ini hanya sudut sisi pandangku...

2 ulasan:

  1. Nampaknya Pegawai2 Besar dan ijazah bergulung2 yang duduk buat dasar di Kementerian Pelajaran,Jabatan dan pejabat kecil2..yang sembang macam2..yang hendakkan macam2..sebenarnya 'orang BUTA lagi PEKAK lagi BISU',.Jawapan mereka selalunya macam ni "guru atau pihak menganjur tidak mengikut SOP..jadi kami tidak bertanggungjawab..",.Inilah hakikat GURU umpama LILIN menerangi dunia walaupun akhirnya memBAKAR DIRI..sisa lilin..buat apa lagi..buang la..kerjaya Guru sebenar kerjaya paling BAHAYA.dan kerja tidak pernah mengambiltahu...adakah kita terluka..adakah kita bahagia...Yang Elok-Elok..yang Hebat2..yang diKagumi..yg ISO..yg Harapan Negara..yg berjaya mendidik anak bangsa..itu 'mereka' yang diatas sana...Yang tidak elok..yg tidak ikut aturan..yg berpanas..yg berpeluh..yg bakal disaman..yg bakal dibelasah ibubapa,media... yang bakal terbunuh..itu GURU biasa...kekadang MATInya Guru itu bersama dengan nama buruknya...Tabahkan Hati..

    BalasPadam
  2. sebab itu aku mendoakan sahabat malang yang meninggal dunia tu dengan 'REST IN PEACE'biarkan mereka yang hidup tak berakal ni fikir dan renung-renungkan... biar nampak bukan sikit tapi banyak-banyak pengorbanan seorang guru biasa hingga terkorban... mereka yang di atas-atas hanya pandai cakap, tuding jari dan mengelak bila ada masalah... dalam ISO nak dilaksana depa kata... tanggungjawab kami bagi tau dah lepas... hampa buat tak buat hampa jawab sendiri... amboi!! sedap mulut cakap macam tu...setakat mana yang hampa bagi tau... ISO ni kerja atas kertas yang menyemakkan... kerja dilapangan lebih penting dan berkesan dalam mencipta kegemilangan... tapi tulah c.gu... dialah ngajar, dialah gelek buat line padang, dialah bawa budak berkhemah, dialah bawa budak bersukan, dialah isi borang itu dan ini, dialah lapor itu dan ini, perkeranian sana sini, tinggai anak bini,keluar duit poket sendiri, alih-alih ada sedikit kesilapan BERSALAH... SEMUA PIHAK TEMBAK... NAK BELA JAUH SEKALI.... HANG BERANI BUAT HG BERANI TANGGUNG.... WAH SENANGNYA... LEPAS TANGAN... tu yg ramai jadi gila... sekarang buat kerja ala-ala je yang terbaik buat semua guru... yg penting jaga keselamatan diri, mental dan keluarga...jangan jadi kuda buta... babi sondoi...

    BalasPadam