BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 18 Januari 2010

SATU USAHA SERIBU IMPIAN

Baca tajuk ja dah membayangkan betapa peritnya dengan satu usaha, satu jalan hendakkan seribu impian. Boleh ker dengan satu usaha kita dapat seribu impian kita dan keluarga kita. Selama ni seberapa boleh kita mengelakkan untuk bertanya apa yang orang-orang tersayang kita impikan. Impikan dan perlukan adalah satu yang berbeza. Perlukan itu dapat tidak perlu dilaksanakan... manakala impian pulak adalah satu pilihan sahaja. Keperluan pun dah agak perit untuk kita penuhi pada zaman yang serba mencabar ini... memang sewajarnya kita lupakan sementara waktu impian atau mungkin terus kebumikan sahaja dalam-dalam semua impian kita sendiri dan setiap ahli keluarga kita sebab memandangkan keadaan semasa ini nampaknya tak akan menyebelahi kita insan-insan biasa ini.
Teringat aku kat lagu seribu impian nyanyian Casey yang suatu masa dulu mewarnai dunia hiburan tanahair tetapi sekarang dah tenggelam ntah ke mana. Apalah nasibnya kita ditakdirkan begini... serba serbi terhad... tapi rasanya kita masih lagi rasa gembira kerana kita ada sebuah keluarga yang kuat menyokong kita untuk terus berjuang dalam hidup. Ada orang dengan senang dan bangganya heboh-heboh dalam media arus perdana sempena hari jadi beri hadiah hari jadi bernilai RM40K... memang tu hak dia tapi agaknya nangis orang2 yang hidupnya berkais pun kadang-kadang tak makan juga... lantaran kesusahan hidup tapi ada orang lain 40K sekadar satu hadiah hari jadi.... Moga-moga siPerai itu adalah antara penyumbang yang besar juga dalam masyarakat melalui zakat dan sebagainya...
Kita letaklah diri kita seketika dalam diri orang-orang yang susah, nak makan pun susah, tidur berbumbung langit berlantai bumi.... anak-anak nangis kelaparan... tiba-tiba melayang satu keratan akhbar yang membawakan berita beri hadiah harijadi bernilai RM40K singgah dikaki kita dan kita membacanya sambil merenung diri dan anak-anak yang sedang nangis.... apa rasa kita....

1 ulasan:

  1. Dari manakah datangnya usaha? Impian aka harapan aka cita2 aka mimpi adalah fitrah yang melahirkan usaha (dlm skop ini).Kelebihan milik orang lain sepatutnya jadi motivasi atau cabaran namun ianya juga perlu mengikut kesesuaian dan kewajaran yang munasabah.Mana mungkin ada RM100.00 mahu beli jet....baik dibeli parang atau cangkul untuk melakukan kerja lain yang boleh memberi pulangan tambahan.Dan moga2 berkat usaha gigih ini impian memiliki jet akan tercapai suatu hari nanti.Yang utama ialah dimana ada kemahuan maka ianya perlu disertai dengan usaha.

    BalasPadam