BEREHAT SEBENTAR

Sabtu, 2 Januari 2010

MANUSIA SAMPAH


Agak lain macam tajuk N3 kali ni. Aku bukan nak bermaksudkan siapa-siapa sebagai manusia sampah atau sampah masyarakat. Ambik masa sendiri untuk baca N3 ni... aku sendiri pun tak pasti berapa panjang boleh datang talian idea dikotak pemikiran aku... tapi kebiasaannya panjang.

Sebenarnya dah agak lama aku perhatikan keadaan ini... mungkin anda-anda sekelian pun perasan akan satu fenomena dimana kerja-kerja menyelongkar kawasan pembuangan sampah yang semakin berleluasa. Kalau selongkar memang kat bukit2 sampah (tempat pengumpulan sampah ) tu tak pa la jugak... ni tak! kerja2 selongkar sampah kat tempat pengumpulan sampah di taman2 perumahan. Kesudahannya apa jadi? bertaburanlah sampah dipersekitaran tempat tu. Oklah... mereka tu cari rezeki halal walaupun ditempat kotor ( lebih baik dari mereka yang cari rezeki haram kat tempat hebat berprestij...hampeh!! tarak guna punya orang) tapi masalahnya mereka ni dah sepahkan sampah yang dah dibungkus.

Mungkin bagi orang yang tak perduli benda ni lantak dialah... tak sakit mata pun, jauh sekali nak rasa sikit2 gelimata. Bagi aku tak syok la tengok... bau pun semakin kuat sebab semua yang dalam bungkusan bertaburan keluar. Bagi pencari barang2 dalam sampah ni, mungkin nilah satu sumber rezeki diarang tapi rasanya kena ajar sikit sikap yang betul... Sekarang ni memang banyak kita jumpa jualan barang-barang lama yang mana salah satu sumbernya adalah dari pencari dalam sampah ini. Kena difikirkan bersama bagaimana nak selesaikan masalah ni secara 'winwin situation' ... ibarat kata pepatah menarik rambut dalam tepung rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.... jadi aku falsapahkan N3 aku kali ni kalau menarik barang-barang dalam sampah, biar barang jangan rosak dan SAMPAH TU JANGAN BAGI SELERAK. Sampai ke matlamat N3 aku ni... puak2 pencari hartakarun tu bukan dia baca blog2 ni... tak pa lah sekurang-kurang aku dah 'highlight' satu topik yang masyarakat pandang tak pandang... lantaran nampak tak nampak.... kut-kut ada orang kerajaan tempatan baca boleh la pikir2 sikit macam mana nak selesai masalah ni. Jangan kata ini bukan masalah aku.!!..lantak ler!! kalau dah merebak wabak penyakit... baru tau...

Apa pun pikir2kanlah....

wooooooooooo........steady!

2 ulasan:

  1. Ha... ada rakan ku yang peka juga tentang apa yang telah lama ku perhatikan.Betul tu Rot.Memang tak tau apa nak buat apabila ia melibatkan SIKAP, tak kiralah orang yang membuang sampah atau yang mencari sampah.Tak kira kecil besar, tua muda, jantan betina, Cina, India, Melayu, Benggali(CIMB), miskin kaya ka, sama saja....

    Sikap manusia boleh jadi elok kalau diasuh dari kecil.Malangnya sedari kecil lagi mereka telah diajar melakukan yang sebaliknya.Saban hari kita melihat ibubapa membawa anak naik kereta atau motor untuk membuang sampah tidak ditempat yang betul.Ada tong besar pun tak boleh nak letak dalam tong.Anak2 pun melihat dan akan lakukan yang sama apabila tiba giliran mereka.Siapakah tok guru mereka? Ayah sendiri.S0o, nak salahkan siapa?Bukan seorang, ramai yg macam tu.Tak hairanlah kalau tong sampah tak penuh tetapi keliling tong tong...fuuuh..susah mau cakap.B ila dah teruk, pandai pulak komplen.

    BalasPadam
  2. betul tu pak aziz... ada juga lg yg saya lupa nak masukkan dlm N3 ialah sikap buang sampah kedalam sungai... dah banyak kali saya terserempak anak beranak bawa moto/keta berenti kat jambatan dan buang sampah ke dalam sungai dgn tak malu dan rasa bersalah. Tengokkan rupa orgnya mcm org terpelajar dan org dunia pertama tp sayang sikapnya org terbodoh dan orang dunia ketiga. Rasa nak jer berhenti dan sound depa yg buta kayu ni... lagi satu yg dah lama saya nak ambik gambar dan buat N3 iaitu papan notis berbunyi "JANGAN BUANG SAMPAH DISINI- arahan MPT" tapi kat situlah depa buang sampah.... apa yang depa baca sehingga boleh buat tafsiran terbalik. Agaknya kena buat ayat yang reverse jugak kot "SILA BUANG SAMPAH DISINI" baru depa tak buang.... memang pelik pemikiran orang kita ni...macam mana nak jadi negara maju...

    BalasPadam