BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 12 Januari 2010

LEMBAGA BERTANDUK BERBADAN LICIN...


Apa pulak dah.... apa kes pulak lembaga bertanduk berbadan licin ni.... kisahnya pagi tadi aku berbual dgn rakan... lalu dia mengisahkan tentang PELUANG... bukan aku nak syer apa2 peluang dengan korang pembaca blog ni tentang apa-apa peluang, cuma yang menariknya rakan aku sorang ni kata... melalui pembacaan atau dia pernah dengar orang berkhabar pada dia bahawa PELUANG yang datang dalam hidup kita ibarat satu lembaga ( besar/kecil/sasa/gagah/lemah bergantung jenis peluang) yang bertanduk( tajam,beruas,bersinar, berkilat,memancar,malap bergantung jugak jenis peluang) dan bertubuh badan yang sangat licin (bagi peluang yang sangat baik/terbaik), kurang licin tapi tetap licin (peluang yang agak kurang Q tapi masih tetap satu peluang)...

Terpulang kepada kita untuk cuba merebut peluang yang hadir atau kita lebih suka melihat sahaja peluang itu berlalu.... tak pernah dan terlalu takut untuk mencuba. Sedangkan kalau kita dapat peluang tu mungkin ia bakal mengubah hidup kita.... ahhhh!!! terlalu byk, besar dan kebal jugak minda ketakutan yang bersarang dalam minda kita.... betul tak? cuba scan tengok....

Berbalik kepada cerita lembaga bertanduk dan berbadan licin tadi memang peluang yang bagus dan baik itu tanduknya kelihatan gagah, tajam, berkilat.... tubuhnya sasa, gagah, kuat.... licin tubuhnya toksah cerita.... jadi nak ambil peluang ni senang ke? tengok dia datang pun dah takut... kata kat diri sendiri.... jangan cari pasal.... tapi itulah peluang terbaik yang pernah kita tengok dalam hidup kita... kenapa tak beranikan/gagahkan diri untuk menangkap peluang itu... sebab kalau dapat memang kita akan berharapan padanya.

Cabaran hidup hari ini memerlukan kita kepada peluang yang garang tanduknya, sasa tubuhnya dan licin gerakannya.... barulah kita boleh jadi penunggang yang hebat diatasnya menongkah segala onak dan cabaran durjana sang kapitalis.... cuba! cuba! bayangkan diri anda sedang menunggang satu lembaga seperti yg aku gambarkan (bernama peluang) tadi dan meredah selamba segala kepayahan dan onak.... Kita akan kelihatan seperti sang Wira.... dah ada ramai sang Wira beraksi ditunggangan masing-masing... kenapa kita tidak mencoba menyertai mereka... kenapa hanya sekadar menonton, bersorak dan menangis kesedihan akibat tertekan... sedangkan dalam diri kita ada X-FAXTOR yang belum dikeluar dan digunakan.... keberanian harus ditunjukkan barulah ia bererti, keikhlasan/kejujuran perlu diamalkan barulah ia bererti... memang berbeza setelah kita mula merasainya... keberanian yang benar... keikhlasan yang tulus... membawa seribu pengertian untuk kita.... maka tambatkanlah lembaga yang telah kita jinakkan dengan tali keyakinan dan rasa kepuasan kerana keesokan hari kita bakal terus menunggangnya menempuhi badai kehidupan kini...................

3 ulasan:

  1. Ya riibaa ya anggree...ayoh tungganglah pemacumu dgn berani,gagah perkasa...biarlah bertiup angin ikhlas lagi mulus...biar hidup ini bererti.
    What other people think of you is
    none of your business.No one is in charge of your happiness except you.

    BalasPadam
  2. yaribba2... haha awat bravo hg dah tesampuk dgn gaya penulisan aku ker? haha...begitulah kehidupan ni kena saling tarik menari dan tolak menolak ke hadapan... maju bersama...

    BalasPadam
  3. I like the story and the morale of the story.Tepat, boleh di apply dalam apa juga organisasi dan amat berguna bagi setiap individu untuk memajukan diri, cuma...
    tu lah.... kalau semua manusia mempunyai kebolehan,keberanian dan kecelikan yang sama untuk mencangkul dalam diri untuk mencari X-Factor seperti yang anda katakan tu mudahlah.
    The world needs people like you to make them realise...tapi, my thinking is....kalau tiba2 je agak susah.
    Mungkin kalau diasuh dari kecil,dari sekolah lagi,mungkin ia akan jadi lebih bermakna.Barulah setiap rintangan tidak dianggap sebagai rintangan tetapi sebagai peluang untuk membuktikan bahawa seseorang itu menjadi wira apabila rintangan itu dapat diatasi atau makhluk licin bertanduk berapa pun dapat ditunggangi.Setidak2nya tunggu sebentar utk ambil gambar.

    Tetap setuju dengan x-factor yang harus digali dan tetap setuju dengan ketidaksamaan sikap manusia.Rintangan untuk diatasi, bukan untuk dielak.

    BalasPadam