Pagi ni aku terdengar perbincangan 2 orang sahabat berkenaan nak hantar anak ke Smart Reader. Wah! memang bagus dan dah banyak juga aku dengar anak-anak rakan yang suksess dalam pembelajaran mereka. Begitulah bertanggungjawabnya kita kepada anak-anak kita. Ini juga merupakan kewajipan kita memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Terbaik dalam kemampuan dalam erti kata lain nak beri yang terbaik harus berkemampuan. Aku terus terang tak berkemampuan untuk itu sebab aku kayuh sorang-sorang... dah lama aku dengar dan perhatikan rakan-rakan bercerita dan sibuk dgn 'Smart Reader' khususnya... Jauh disudut hati suatu hari nanti aku akan beri yang lebih baik untuk anak-anak aku seperti orang lain... Jadi kena usaha dulu untuk itu....
Ok dulu kat situ... cuma satu jer yang aku rasa aku nampak mungkin lebih sikit dari yang orang lain tak nampak.... iaitu kasih sayang kita kepada anak-anak penerus legasi kita tidak hanya lagi difokuskan kepada memberi pelajaran yang terbaik. Kita juga harus menyediakan platform yang terbaik untuk anak-anak kita boleh berdiri sama tinggi dgn ORANG-ORANG LAIN. Cuba kita lihat pada hari ini..... ada berapa banyak Universiti, Kolej Universiti dan lain-lain nama pusat pengajian tinggi.... macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ini sesuatu yang bagus.... kerana setiap orang mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajarannya.... bermakna tidak ada lagi alasan nak salahkan orang jika tak melanjutkan pelajaran.... melainkan diri sendiri yg menafikan peluang untuk sambung belajar. Cuba kita lihat pula hasilan dari IPTA atau IPTS yang ramai-ramai ni kemana mereka pergi selepas tamat belajar.... dalam keadaan kegawatan ekonomi seperti sekarang ini, mencari pekerjaan amatlah perit... yang nak kena VSS ramai... yg baru nak menjenguk peluang pekerjaan ( makan gaji) pun ramai...
Ada yang terpaksa bekerja tanpa menggunakan pun kelulusannya semasa belajar sbb tak ada ruang kerja utknya jika nak guna kelulusannya, ada juga yang sekarang sanggup bekerja dengan gajinya dikurangkan asalkan masih bekerja untuk meneruskan kehidupan.... Hatta sekarang ni nak jadi guru ( kerja makan gaji paling senang, kononnya la)pun sekarang ni ramai yang terkandas tanpa penempatan setelah mengikuti latihan... suatu hari nanti anak-anak kita pun akan ikut serta dalam perlumbaan hidup ini... tapi bagaimana nasib mereka pada masa itu.... sekarang pun kita dah nampak persaingan/perlumbaan kehidupan sangat2 mencabar... apakah kita masih nak bertongkat (bantuan kerajaan) dibantu, bersubsidi, dan terus membisikkan ke telinga anak kita sama dengan bisikan makbapak kita kepada kita dahulu iaitu belajar rajin2 nanti dapat masuk universiti dan kerja makan gaji yg bagus.... relevan lagi ka nak buat macam tu.... sedangkan dunia persaingan semakin terbuka.... tak ada sapa pun yang boleh menahannya...
Tu bagi anak-anak yang hebat dan mampu otaknya bersaing bagaimana pulak dengan anak-anak yang tak berapa kemampuan otaknya utk belajar? apa hala apa haluan yg boleh kita beri utk anak kita? tak berjaya dalam pelajaran tak semestinya tak berjaya dalam hidup.... ini dah dibukti ramai insan2 dalam dunia perniagaan orang kita dan juga bangsa lain... kaum tionghua khususnya... kenapa mereka lebih berjaya dan menguasai ekonomi? sebab mereka 'survive' mereka tidak dibantu, mereka tidak dimomok dengan kemestian bekerja makan gaji.... lihat kouta kerja makan gaji sudahla... dan sekarang ni keadaan sudah menyebelahi mereka sebab dah terbukti survive mereka lebih baik dari 'makan gaji' kita. Bantuan yang tak ada mereka perolehi telah menyebabkan mereka kini bebas hidup tanpa perlu dibantu. Kesekolah hanya utk pandai baca dan mengira..... Kita? Kita? Kalau hari ini kita merasa kehidupan kita sudah cukup stabil dan buat apa nak susah2, pening2 berusaha buat kerja lain tapi kita kena ingat!! KESTABILAN YANG KITA RASA HARI INI TIDAK BERERTI IA AKAN MAMPU MENSTABILKAN KITA PADA HARI-HARI MENDATANG.
Suatu masa dulu sekitar tahun 70an dan 80an yg aku ingat seorang anak kmpung kalau berjaya dapat tempat ke universiti satu kampung akan merasa bangga, siap buat kenduri... semua warga kampung bangga.... pada hari nak pergi mendaftar dah macam hari orang nak pergi mekah sekarang... ramai jiran-jiran datang mengucapkan selamat maju jaya.... SEKARANG? ada lagi orang nak perduli anak kita masuk universiti? Sekarang masuk universiti dah mcm masuk sekolah ja.... orang dah tak heran... lebih tak heran lagi bila dah habis belajar sukar dapat kerja... inilah perlumbaan orang biasa... Selepas zaman penjajahan dulu tercipta satu sistem (mungkin secara sengaja atau tidak) masyarakat iaitu org melayu bertani, orang cina dilombong2, orang india diladang2 getah... secara kebetulan juga bertani ini dikampung2 tetap kampung sehingga sekarang (pemikiran juga cara kampung, takut untuk berubah, tak minat utk berubah), lombong2 menjadi pekan dan akhirnya bandar (pusat perniagaan) (pemikiran bersaing dalam perniagaan), ladang-ladang masih kekal sehingga kini namun banyak juga yg berubah menjadi bandar-bandar baru... pola kehidupan masyarakat ini juga kelihatan sudah banyak berubah....
Sekarang dari bertani kita kini menganjak ke makan gaji, dari melombong kini mereka menganjak ke dunia perniagaan menguasai ekonomi, dari berladang mereka menjadi tuan ladang dan sebagainya.... sekarang? dunia makan gaji sudah tak berapa menyebelahi dunia hari ini dan kelihatan semakin menguncup.... dunia perniagaan terus berkembang.... dunia perladangan juga terus berkembang....
Hari ini jika kita risau tentang pelajaran anak-anak kita itu bagus.... tapi kita harus lebih risau bagaimana anak-anak kita nak survive pada zaman mereka nanti... sebagai ibubapa yang penyayang takkan kita nak kata lantak hampa la... zaman hampa pandai-pandai la hampa nak hidup... kalau itu terdetik dihati kita maknanya kita tak cukup sayang dengan anak-anak kita sebagai mana sayangnya orang tua kita kepada kita sehingga kita dapat dan ada apa yang kita ada pada hari ini... Bangun buka minda dan melihatlah dengan mata hati yang ikhlas....
Seperti biasa... bukan nak tunjuk pandai, jauh sekali nak memandai-mandai... sekadar berkongsi rasa dan pandangan.... kalau baik jadinya syukur alhamdulillah.... kalau sebalik jadinya.... ampunilah dosaku wahai Allah yang maha Esa.... Kau celikkanlah minda kami ya! Allah!... amin ya rabbalalamin.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan