Tolooooooooonnnnnnggggggggg!!! ( sayup2).... toloooooooonnnnnnnnnngggggggg!! (sayup2 bunyinya).... hehe... apa pulak dah... ni? sapa yang minta tolong? nak tolong apa?....
Tolonggggg....( dah makin dekat suara tu).... haha.... masa dengak tang sayup2 tadi macam puteri buluh betong ( cerita laksa!!mana? DOREMI) minta tolong.... rupa-rupanya suara hati hati aku sendiri yang menjerit minta tolong.... apa pulak ni? pertolongan apa yang diminta oleh hati aku ni....? ooooooo!!! dia minta aku coretkan dilaman ini untuk minta tolong pada anda semua para sahabatku yang budiman dan sering saja mengikuti blog ini untuk sama-sama kita membaiki kesilapan yang sering kita lakukan selama ini sama ada sedar atau tak sedar... Aku akui aku sendiri banyak sangat, sangat, sangat kelemahan sebelum ini dan ketika ini pun masih ada lagi.... tetapi sejauh mana kita sedar kelemahan yang kita buat... jadi kalau tak sedar apa kelemahan dan kesilapan itu, macam mana kita nak buat perubahan.... ya tak ya jugak yek!...
So ada banyak benda yang tak berapa betul yang sering jadi kebiasaan kita buat. Benda paling simple ialah mulut kita.... mulut kita sering mengucapkan sesuatu yang negatif tentang diri kita sendiri... ini bermakna!! kita sendiri yang menegatifkan diri kita... sebagai contoh.... ayat-ayat popular....teng.. teng.. teng.... hishhh..!! aku ni mana ada masa...!! aku mana ada duit...!! aku tak boleh la nak ubah diri aku...!! hidup aku memang dah ditakdirkan jadi macam ni...!!! buatlah apa pun... aku tau diri aku... aku tak akan berjaya...!!! aku memang tak boleh kena hujan sikit pun.. kalau kena mesti aku demam... dan ada macam-macam lagi ayat-ayat perisai diri yang menggunakan akal untuk ditanam dalam diri kita bahawa kehidupan kita memang sangat-sangat-sangat-sangat terbatas...
percakapan kita... pemikiran kita yang seperti ini seolah-olah satu doa atau tarikan negatif yang akan terus membelenggu kita agar ketakutan untuk berubah.... ketakutan untuk mencuba.... ketakutan untuk berfikir bahawa kita juga boleh buat sebagaimana orang lain yang berjaya dalam hidupnya buat.... kalau kita tak boleh sehebat mereka sekurang-kurangnya kita telah mencuba dan terus mencuba untuk berjaya seperti mereka.... sedikit perubahan yang kita capai setelah mula berusaha... sudah dikira satu kejayaan kita mengubah belenggu minda kita walau hanya dengansatu 'esotan'...( org utara kata mengesot..)
Perubahan perlu kita buat dengan menukarkan tarikan negatif ini kepada tarikan positif... biar belum mampu menjadi, melaku, mempunyai, memiliki atau apa sahaja... tapi dengan kita mengubah mindset kita... percakapan kita... insyaallah dari segi perlakuannya untuk membuat perubahan akan menyusul... kita tak akan rasa sakit kepala nak demam lagi jika kena hujan sedikit pun... kita tak akan berasa selalu dalam kesusahan lagi.... hidup semakin lebih sempurna, lebih baik... keceriaan akan lebih terserlah.... semua ini dengan keizinan Allah sebab kita sentiasa jaga 'connection' denganNYA akan berlaku .... hari-hari yang mendatang sentiasa kita rasa menceriakan kerana aura-aura positif sudah mula menyelubungi kita.... insyaallah.... bermulalah dengan langkah yang pertama untuk hayunan langkah yang seterusnya... hidup ini terlalu indah sebenarnya untuk kita rosakkan dengan aura yg negatif....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan