BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 8 Januari 2010

JanGaN PAndaNg ORang tAK dAk mATa....

Panas membara tul bila orang pandang kita tadak mata. Kejayaan organisasi seolah-olah kerana kerja dia seorang. Tuihhh!! nilah orang yang sebenarnya tak layak untuk pimpin organisasi. Orang-orang macam ni akan merosakkan organisasi.... perjalanan sebuah kenderaan organisasi akan jadi gelong jika orang-orang perasan bagus dan tak tahu menilai orang ni duduk di atas....
Orang kata sarang tabuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya... Menyatakan kebenaran memang pahit dan tak ramai yang berani.... tapi aku perduli apa.... keadaan mendesak untuk menyediakan dahan secepat kilat agar orang yang perasan bagus ni akan terantuk.... benjol? berdarah? .....

4 ulasan:

  1. Manusia..dengan pelbagai ragam..ada yang baik ada yang tidak...ada yang mulia,ada lak yang hina...
    Tapi le..hat yang selalu pandang org sebelah mata gan tadak mata ni..bukan reti bercampur dengan org lain...apa2 pun bersabar lagi..tapi kalu ada peluang boleh sepak terajang atau flying kick..go ahead!! jgn tunggu...peluang mai tak tentu..

    BalasPadam
  2. kalau sebelum ni memang ada jugak perasaan takut2 sebab nak jaga periuk nasi... tp bila difikirkan apa yg nak dinyatakan adalah kebenaran, soal hak.... ku nyatakan jugak... bak kata2 kalau takut dibadai ombak, jangan berumah ditepi pantai... bersuara perkara yang benar bukan bererti melawan kecuali mereka yang dungu dan fikiran sempit akan menganggapnya melawan... pada aku lebih baik disuarakan dari dipendam2 dan cakap belakang2... dah ada jugak sikit-sikit rasa macam cakap kat parlimen bagi pihak rakyat.Kita bukan terlalu bodoh untuk diperbodohkan.... takbir!!

    BalasPadam
  3. berani kerana benar..
    setakat tindakan di mulut sahaja tak pe.. bantai je.sedikit sebanyak orangnya akan terasa dan terfikir jugak

    BalasPadam
  4. ada orang yg sensitif hingga tahap isyarat bodylanguage pun dia dah perihatin, ada orang kena terus terang cakap baru dia tau hasrat orang, ada orang nak kena katok dengan kayu 1 2 baru dia sedar kemahuan dan hasrat hati orang lain... org yg tahap ketiga ni merbahaya sbb tak pasal2 org yg nak sedarkan dia bleh duduk dibalik jeriji besi... huk huk huk....

    BalasPadam