BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 15 Januari 2010

TELEPAS PANDANG........

AAAHHHHH!!!... senang sungguh melafazkan alasan.... sedang orang dah dari awal berusaha memenuhi syarat dan kehendak yang diperlukan bagi memperolehi apa yang dihajatkan.... Segala prosedur dah dipatuhi alih-alih bila yang diharap tidak menjadi kenyataan dengan mudah alasan diberi... TERLEPAS PANDANG..... aduhhhhh!!! rasa nak bubuh penambuk (penampar + tumbuk) jer... kita disuruh buat betul-betul dengan penuh perhatian tapi bila tiba giliran dia... boleh buat sambil lewa dan lepas tu dengan mudah melafazkan TERLEPAS PANDANG.... apakah dengan bagi alasan TERLEPAS PANDANG tu dapat selesaikan masalah yang dah lama diutaraselatankan... kalau aku buat kerja macam tu mungkin dah diberi surat cinta... tapi bila sebaliknya kenapa pulak aku tak boleh bagi surat cinta.... janganlah lagi nanti beri alasan yang sama iaitu TERLEPAS PANDANG dimasa mendatang... sebab kami tak pernah SELAYANG PANDANGkan pun tugasan yang diberi jauh sekali buat PANDANG TAK PANDANG sebab kami tak mau TERLEPAS PANDANG .... apakah mereka SE...................... PA....................kan atau PA........... T.... P......................... jer.....
Itulah kisahnya berlaku disebuah tempat namanya antah berantah... mungkin juga pernah berlaku dimana-mana... sengaja ditimbulkan untuk pengajaran..... hargailah usaha penat jerih orang lain.... jauhkan dari memberi alasan yang meloyakan tekak dan merendahkan tahap mental insan lain....sesuaikanlah tindakan dan gaya pemikiran kita dengan dimana kita berada... baik diambil pengajaran... tak baik buat sempadan....

1 ulasan:

  1. kekadang perkataan yang ada awalan 'ter..' ni digunakan melepaskan diri dari tanggungjawab dlm kontek arah dan laksana.Dan kita sebenarnya perlu melihat/menjiwai idea 'Kita:Memimpin dan Dipimpin'...banyak org boleh jadi pemimpin tetapi berapa ramai pemimpin yang rela dipimpin.

    BalasPadam