BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 21 Januari 2010

GURU/CIKGU BUKAN SUPERMAN

Bila ditahap nak melaksanakan amanah, tanggungjawab, harapan dan sebagainya orang yang memegang watak GURU/CIKGU ini biasanya diperlakukan atau perlu berlaku seperti seorang SUPERMAN/SUPERWOMEN... sebesar2 mana pun tanggungjawab orang lain dalam pekerjaannya tidak sebesar tanggungjawab seorang GURU/CIKGU. Bayangkanlah seorang anak seawal usia 4,5 tahun sudah dihantar ke pra sekolah dan seterusnya ke sekolah rendah dan menengah sebelum melanggah ke IPT2 yang banyak macam cendawan tumbuh di negara ini. Disekolah seorang manusia ingin dibentuk menjadi seorang manusia yang terbaik. Ibubapa kat rumah tak mampu nak bentuk anak sendiri dan mau tak mau mesti hantar anak ke sekolah. Membentuk jiwa manusia yang berakhlak, seimbang, rasional dan berjaya...WOW!! hampa ingat senang ka?... kat rumah bela anak 3, 4 orang pun dah mengeluh....

Bidang kerja lain... membentuk mesin, jaga kawasan, dan macam2 lagi tidak sebesar amanah membentuk dan menjaga manusia. Lantaran itu harapan yang tinggi diletakkan pada bahu setiap orang yang dipanggil GURU/CIKGU... Selain mengajar guru juga diarahkan untuk menjadi jurulatih, guru pengiring, pemantau dan lain-lain kerja yang sebenarnya banyak terdedah kepada risiko yang sentiasa tinggi. Maklumlah yang diuruskan adalah nyawa dan jiwa...insan. Dengan kadar gaji yang dikirakan berbanding tanggungjawab adalah sangat rendah... tetapi tanggungjawabnya tinggi mengunung... GURU/CIKGU bukan SUPERMAN/WOMEN yang berkuasa untuk melaksanakan tanggungjawab sesempurnanya tanpa rasa penat lelah dan tanpa melakukan kesilapan...
Ringkas cerita GURU/CIKGU BUKAN SUPERMAN/WOMEN boleh disuruh buat itu ini, jadi apa-apa pada diri sendiri itu pengorbanan GURU/CIKGU yang semestinya dilakukannya....

4 ulasan:

  1. Kerap juga terdengar rungutan ibubapa semasa menghampiri cuti...."ooooi dah nak cuti, letihlah hai..anak2 semua ada di rumah....kalau sekolah takpa jugak...setengah hari depa di sekolah,lepas tu sibuk dgn kerja rumah yg cikgu depa bagi...lepas tu buat kerja cikgu tuisyen...Ni...aduuuuh....letih2.
    Itu keluhan bagi 3 atau 4 orang anak acuan sendiri.
    Bayangkan cikgu di sekolah....ramai...ramai...acuan lain-lain pulak tu.
    Akhbar hari ini menceritakan perihal seorang ibu yang datang sekolah lalu menampar seorang guru kerana mengambil tindakan menampar anaknya.Akhirnya dijadikan kes polis.
    TABAHKAN HATI CIKGU.KALI NI ANDA SEDANG NAIK ROLLER COASTER DIMANA IA SEDANG BERPUTAR-PUTAR DAN MENUJU LAJU KE BAWAH...OOO...MENAKUTKAN.PEGANG KUAT2, FIRMLY.INSYAALLAH BILA GERABAK NAIK KE ATAS SEMULA, OK LAH KUT.
    Namun bukan semua ibibapa macam tu.Cuma saya rasa apa yang diharapkan ialah sedikit pengiktirafan yang wajar bagi segala peranan seorang guru....peranan sebagai pembimbing, kakak, abang, jururawat, tukang masak, tukang repair basikal, pegawai penyiasat, hakim, supir, tukang sapu, tukang cat, pemberi bantuan wang mengejut, tukang gunting rambut, tukang jahit, tukang cop, tukang kebun, tukang baiki kerosakan domestik, pelapor bagi pelbagai benda, jurugambar,juruteknik, juru audio, juru tari,guru nyanyian tak bertauliah, jurulatih sukan tak bertauliah, oooo.... macam lagi........never ending story.

    Teringat pulak sebuah lagu yang anakku nyanyikan semasa dia di sekolah rendah lebih kurang 10 tahun dulu.

    HARI PERTAMA MASUK SEKOLAH
    TAK PANDAI MEMBACA MENGIRA
    TETAPI CIKGU BEGITU TABAH
    MENGAJAR KAMI SUNGGUH SUNGGUH


    BERMULA A,B,C SAMPAI Z
    HITUNG SATU SAMPAI SEPULUH
    DARI EJAAN DAN KIRA-KIRA
    KAMI BELAJAR DENGAN LANCAR

    BERKAT KESABARAN GURU BIJAKSANA
    MEMBERI BERBAGAI PETUNJUK
    HARI DEMI HARI KAMI PUN MENGERTI
    PELAJARAN NILAINYA TINGGI

    KAMI INGAT SETIAP MASA
    JASA GURU MENDIDIK BANGSA
    SAMBUTLAH INI UCAPAN KAMI
    TERIMA KASIH CIKGU

    BalasPadam
  2. Kuatkan semangat. Ni asam garam dalam bidang pekerjaan ini dan apa jua.
    Diharapkan pihak yang bertanggungjawab dengan bidang ni pun memikirkan juga kebajikan guru. jangan mengejar itu ini, projek itu ini komputer untuk bilik komputer cangih tetapi bilik guru tetap sempit kerusi guru pun nak runtuh terpaksa dipaku2 lagi.

    BalasPadam
  3. Tu la..omak den dah posan dah dulu..ekau nak jugo jadi cikgu..mako jadilah lilin..terbakor ko..sabor..tabah..kalu tak sabar..kalau dah hilang tabah..kalau dah tak tenteram..kalau dah tak cinta..maka PUTUSkanlah jalinan kasih mesra dulu..maka LERAIkan..ikatan...maka MUSNAHkanlah..janji setia..asyik2 SABAR..kenapa? Kalau tidak manakan jadi sabar itu separuh keimanan..

    BalasPadam
  4. andainya superman/women tu wujud pasti depa akn tertunduk malu pada guru/cikgu....sebab pa? sebab guru/cikgu itu tanpa kuasa yang luar biasa bleh jadi hebat dari depa yang mempunyai super power!!!!

    BalasPadam