BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 9 Disember 2009

TARIF BARU ELEKTRIK JANUARI 2010

Tadi dalam berita utama ada diberitakan kemungkinan tarif elektrik akan dinaikkan pada Januari depan sebab peningkatan kos operasi oleh TNB. Jika kabinet meluluskan kenaikkan tersebut akan terjadilah nanti.... Ini adalah satu lagi berita baik untuk negara Malaysia. Disini sekali lagi rakyat akan diuji untuk membantu negara ini dalam menjana ekonomi negara. Kemungkinan haruslah jadi kenyataan jangan sekadar satu kemungkinan. Ketika ini pun kehidupan rakyat Malaysia secara umumnya cukup selesa, mewah dan bergaya. Rasanya tak ada masalah jika tarif elektrik ni nak naik 3 kali setahun. Sebagai rakyat yang cintakan negara kita perlu memahami keadaan ini. Jangan ada yang cepat melenting tak tentu hala. Kita kena terima kenaikkan itu nanti dengan hati yang riang dan terbuka seluas-luasnya.

Kita sayangkan negara kita jadi kita kena sokong..... ini sangat baik... nanti khabarnya gula juga akan naik dari Rm1.45 sekarang kepada Rm2.45 sekilo. Ini juga merupakan satu kenaikkan yang baik untuk membantu merancakkan ekonomi negara. mungkin pada masa tu kalau minum teh 'O' gelas kena bayar Rm1.30@1.50 segelas berbanding sekarang Rm1.00 . Juga satu kenaikan yang bijak akan dibuat oleh peniaga makanan dan minuman. Perkiraan matematik mereka memang hebat. Ini terbukti pada kenaikan yang lepas2..... Bertambah suburlah ekonomi negara kita dikalangan negara membangun. Kalau rasa gaji yang ada tak cukup nanti, jangan mengeluh... ambil ini sebagai cabaran... buatlah sesuatu agar hidup anda berubah... maksud saya buatlah part time untuk cari duit lebih... kalau tak tau nak buat apa... mai kat saya, saya nak bagi tau apa nak buat. Jangan banyak buat bising yang tak akan menyelesaikan masalah. Salak bukit, bukit tak akan runtuh....menimba air laut, laut takkan kering... suara tak puas hati tu hanya ibarat seketul batu yang dibuang ke dalam laut... tak meninggalkan apa-apa kesan pun kat laut... dok baik-baik... pikir baik-baik sebagai persediaan... tapi kena ingat jangan dok pikir terlampau lama... kena bertindak dari sekarang....

Kita harus ubah minda dan tindakan kita.... kita harus jadi sebahagian dari pemain ekonomi... selama ini kita hanya jadi pemerhati dan pengikut sahaja. Keadaan sudah semakin tidak menyebelahi.... tak kan tak sedak lagi kot.... Jangan kita terus asyik selesa (laghoo) dalam kesusahan.. kena bertindak dari sekarang... sumber rezeki 9/10 adalah dari perniagaan... kenapa? tak percaya ker? Kalau tak jangan kita mengeluh... terima sahaja semua kenaikan yang bakal melanda dimasa depan....
Apa-apa sahaja kenaikan yang melibatkan kos sara hidup tidak dapat kita elakkan jadi ianya adalah sesuatu yang sangat baik....
Apa-apa pun.....seperti biasa.... woooooooooo......steadyyyyyyy!!!!!!

3 ulasan:

  1. perenggan akhir paling best...heh..heh..dah macam kawan saya...yang ayatnya;"saudara/i,tuan/puan,abang/kakak..bila lagi...??

    BalasPadam
  2. Duniaku >haha... ayat akan bermakna kalau diambil makna tapi ayat juga tak membawa apa2 makna kalau tak mau tengok maknanya....

    Lord Zara> kenapa lak tak nak pindah... kalau dah lama plan nak pindah... pindah jer la... hidup mesti diteruskan... cuma mcm mana kita nak teruskan hidup... itu yg penting...

    BalasPadam