BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 14 Disember 2009

SELAGI HIDUP DIBELENGGU HUTANG

N3 kali ni aku utarakan berkenaan tajuk diatas. Zaman sekarang ni memang jarang benor kita dengar orang tidak berhutang. Sama ada dari sekecil-kecilnya hutang tu sampailah ke sebesar-besarnya hutang. Anak nak sekolah... hutang, rumah hutang, kereta hutang, kawin hutang, kelengkapan rumah hutang.... dan yang menarik sekali sekarang ni benda-benda tidak perlu pun kita boleh berhutang... apa dia benda-benda tidak perlu? sebagai contoh sportrim.... mcm biasa ayat kempen dia "PAKAI DULU BAYAR KEMUDIAN, ANSURAN 12 BULAN." Apa perlunya merantai diri dengan hutang seperti ini? Hutang yang tidak membawa sebarang kebaikan. Untuk kelihatan bergaya sahaja, sudah berhutang. Ayat POWER BANGANG yang pernah terbit dan sering kali dimainkan dicuping telinga terus ke dalam hati iaitu "BIAR PAPA ASAL BERGAYA". Dengan ayat ni ramai orang menjerut lehernya ke arah kehidupan yang "HIGHTENSION" selepas itu.
Hutang jika ianya perlu dan ditempat yang betul tak ada masalah.... tetapi kebanyakan orang-orang kita ni...MELAYUBOLEH khususnya seperti tidak berfikir panjang bila membuat hutang. Nak kawinkan anak sanggup berhutang demi gaya dan kelihatan hebat. Jika tidak berhutang pun kenapa perlu membazirkan duit yang ada dengan membuat kenduri yang over. Kalau yang berniat ikhlas tu tak pa la, tapi bagaimana yang berniat nak menunjuk. Memanglah kita perlu peduli apa... duit dia ... tapi sekadar memetik isu untuk difikirkan bersama.
HUTANG satu kata keramat yang sebenarnya bakal menambah derita jiwa setiap pembuat hutang. Dengan sumber pendapatan yang tetap, statik tiada pertambahan... kebanyakkan dari kita mengambil risiko yang tinggi dengan saban hari menambah hutang. Kadang kala hutang dibuat kerana hobi... kalau hobi yang mendatangkan pendapatan ok la juga.... tapi bagaimana kalau yang tak ada apa-apa pendapatan tambahan dapat dijana? Sekali lagi kita terperangkap dengan permainan nafsu kita. Dalam keadaan aliran tunai kita yang kecil jangan kita membadai ombak hutang bak tsunami yang akan membuat kita kelemasan.
wooooooooooo...........steadyyyyyyyyyyyyy!!!!!!

2 ulasan:

  1. Dulu,zaman dulu le..(la dak dah kot..)orang yang berhutang ini taraf dia Hamba aje..Hamba Hutang.Buat kerja untuk langsai hutang yang berbunga.Bayar bunga aje..pokok idak lagi..Hidup keterikatan..hidup yang keterbatasan....steadyyyyy...

    BalasPadam
  2. kebanyakkan dari kita yang hidup makan gaji ni kalau tak usaha untuk buat sesuatu, nampaknya kita akan terus bekerja dan membayar hutang sampai pencen... simpanan memang tipis ... selagi kita kerja mencari duit kita takkan keluar dari belenggu tak cukup duit... tapi bila kita ada duit dan kita boleh buat duit tu cari duit untuk kita itu tandanya kita bakal keluar dari kepompong kehidupan biasa kita....

    BalasPadam