Hari ni keputusan PMR diumumkan jadi meriah dan riuh rendahlah dari rumah, jalanraya sampai ke sekolah-sekolah dengan gelak tawa dan tak kurang juga tangisan... baik kegembiraan mahupun kekecewaan... Kepada para ibubapa/penjaga yang anak2nya mendapat banyak A, kurang A atau tak dak A tahniah juga diucapkan kerana peranan anda terhadap anak-anak kesayangan anda. Yang banyak A tentulah bergembira dan jangan lupa tunaikan janji dengan seberapa segera... Yang kurang A jangan rasa kecewa begitu juga mungkin yang tak ada A. Kurang atau tak ada A bukan bererti anak-anak anda tidak bagus atau sudah gagal dalam hidupnya. Selagi anak-anak ini tahu menghormati/menghargai kita, keluarganya dan masyarakat sekelilingnya itu adalah lebih baik dari dapat banyak A tapi tak tau apa-apa tentang hubungan kemanusiaan lebih-lebih lagi bermasyarakat.
Agak malang bagi anak-anak yang terlalu dibedung untuk mendapat banyak A sehingga mereka juga terbedung dari bermasyarakat.... Tak tahu nak bergaul, tak tahu nak menghormati orang lain dan macam-macam lagi tak tahu... Kurang A dalam peperiksaan tapi A dalam bermasyarakat adalah lebih baik bagi aku sebab mereka ni lebih tahu tanggungjawabnya dalam hidup. Memang berjaya dalam pelajaran itu satu kelebihan dan kebaikan yang semua orang mahu tapi jika berjaya itu tidak membentuk jiwa manusia yang normal adalah satu kegagalan.
Akhir kalam untuk kesekian kalinya ini... selamat meraikan kejayaan anak-anak masing-masing bagi yang berjaya dan begitu juga bagi yang kurang berjaya raikanlah juga anak-anak anda sebab mereka telah berusaha dan mencuba....
salam....... wooooooooo...........steadyyyyyyyy...................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ya betul.Yang GAGAL hanya orang yang gagal terima kegagalan.Yang Gagal jika bangun semula akan temui kejayaan yang kekadang tidak disangka.Hidup sepatutnya tidak disukat daripada berapa banyak A dlm exam,Sekolah dasat2,U hebat2,Kerja tinggi2,rumah besar2....yang diukur patut ialah akhlak,kemanusiaan dan ketakwaan,dan akal yang digunakan sewajar mungkin...
BalasPadam