BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 15 Disember 2009

SEDIAKAN ENJIN KEDUA

Tak kisahla bagaimana hidup ni nak digambarkan... ibarat kapal ke, kereta ke, kapal terbang ke atau apa sahaja hidup adalah hidup. Selagi bernyawa di atas mukabumi Allah ini kita dikatakan hidup. Kehidupan kita bermula dialam rahim sehinggalah kita dilahirkan, lantas dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Keseluruhannya semasa proses kita dibesarkan mungkin kita tidak begitu mengerti akan perit jerihnya perjuangan kehidupan yang dilalui oleh ibubapa kita.
Kita mungkin melalui cara dibesarkan yang berbeza. Ada yang membesar dalam kemewahan , ada yang membesar dalam kesederhanaan dan tuk kurang ramainya yang membesar dalam keadaan hidup yang serba kekurangan dan kesempitan hidup. Inilah proses kehidupan.
Dari proses ini kita beroleh pengalaman. Dari pengalaman ada banyak pengajaran. Pernahkah kita mengambil iktibar dari pelbagai pengajaran itu. Ada banyak pengajaran tentang kehidupan berdasarkan pengalaman yang kita lalui. Aku nak kupas salah satu cabang jer tentang pengajaran tersebut iaitu perjuangan untuk terus hidup. Bukan tujuan N3 ni dibuat nak tunjuk aku ni seolah-olah pandai sangat atau hebat sangat nak menupas soal perjuangan kehidupan. Aku tahu diluar sana lebih ramai lagi orang-orang hebat yang memang dah terbukti hebat boleh mengupas isu ini sedangkan aku bukti pun belum ada. Tapi bagi aku dah ada wadah yang cukup baik ini, walau pun aku belum jadi 'seseorang' , apa salahnya aku meluahkan apa yang terbuku dihati. Siapa pembaca yang sudi membaca dan bersetuju pula dengan N3 ini syukur alhamdulillah... dan bagi yang tidak bersetuju, anggaplah ini hanya satu bacaan ringan yang tak apa-apa makna.
Berbalik kepada tajuk asal N3 kali ni.... SEDIAKAN ENJIN KEDUA... dulu semasa kita 'ditanggungjawab' kita mungkin tak mengerti soal perjuangan dan perlumbaan kehidupan. Berbeza sekarang bila kita 'bertanggungjawab' untuk berjuang berlumba dalam arus kehidupan barulah kita tahu akan peritnya perjuangan ini. Kehidupan sekarang ini pulak tu tak sama dan jauh berbeza dari zaman aku 'ditanggungjawab' dulu.... dan bergerak kehadapan lagi sudah tentu semakin hebat tekanan yang menanti. Sekarang pun kita dah rasa peritnya tekanan hidup ni jadi tak tergambarlah akan kepayahan yang menanti dimasa mendatang. Setiap dari kita secara majoritinya hanya bersandarkan kepada 'SATU ENJIN' sahaja, bagi yang bekerja suami isteri bersyukurlah anda kerana ada 'DUA ENJIN'. Akan tetapi kebiasaanya rakan-rakan yang ada 'DUA ENJIN' kata sama ja tekanan hidup dengan yang 'SATU ENJIN'.... tapi bagi aku ia tetap tak sama....dengan 'DUA ENJIN" kehidupan anda sebenarnya lebih selesa dari aku yang 'SATU ENJIN' ...ini hakikat. Soal disini yang aku nak kupas adalah disudut makan gaji sebab aku makan gaji dan ramai rakan-rakan aku makan gaji. Ada juga kawan-kawan aku yang tak makan gaji yakni bekerja sendiri, berusaha sendiri.... mereka ni bagi aku cukup hebat sebab mereka ini berada diperlumbaan sebenar kehidupan. Bagi yang makan gaji kebanyakkannya mungkin berasa terlalu selamat dan selesa dengan kehidupan mereka. Dalam tak sedar sebenarnya ruang pergerakkan kehidupan orang makan gaji sekarang ini sudah jadi semakin sempit. Sempit itu berlaku kerana tindakan sendiri ( buat banyak hutang) atau memang keadaan semasa yang sememangnya semakin tidak menyebelahi lagi orang-orang makan gaji. Kalau ada lagi orang-orang makan gaji ketika ini yang merasakan hidupnya ok...selesa... nak buat apa pun boleh... nak pergi mana pun boleh... nak makan apa pun boleh...nak beli apa pun boleh.... tak ada rasa tergugat apa-apa... tak perlu berhutang untuk buat dan memiliki segala ...syabas dan tahniah aku ucapkan atas kehebatan anda menguruskan hidup anda. Jika anda seorang yang hanya bergantung 100% makan gaji rasanya anda tak mampu untuk hidup seselesa yang semua boleh tadi melainkan anda ada sumber-sumber harta warisan keluarga.... Ini yang pernah aku perkatakan dalam terbitan yang lepas... ramai dari kita masih berasa selesa (kononnya) walau hidupnya sebenarnya dalam kesusahan. Amat baik juga sebenarnya bila kita masih boleh berasa selesa dalam keadaan susah, jadi sekurang-kurangnya kita tidak terlalu tension dengan tekanan. Apalah salahnya jika kita cuba untuk keluar terus dari kesusahan ini. Tak payah lagi menipu diri sendiri, keluarga dan masyarakat dengan mengatakan kita sudah cukup selesa. Kalau selesa kenapa kita tipu anak kita bila dia nak sesuatu atau nak makan sesuatu kita akan beri seribu alasan untuk menolak permintaan mereka? bagaimana pulak dengan tipuan yang kita buat pada isteri, ahli keluarga yang lain dan seterusnya masyarakat. Tak habis-habis kita kena menipu... dan nak bagi sedap dengar kita kata 'TIPU SUNAT'.... ada ka dalam agama kita benda 'TIPU SUNAT' ni...
Keluarlah dari kepompong/zon selesa kita iaitu dunia makan gaji. Tidak bermaksud kita perlu berhenti kerja. Kalau berhenti kerja itu bukan keluar tapi semakin menjerumuskan hidup ke lubuk sengsara. Kita perlu kepada 'ENJIN KEDUA' untuk menjana sumber tambahan kewangan kita. Buatlah apa sahaja...asal ianya halal... ada usaha... tidak menipu dan menganiaya diri sendiri, keluarga dan orang lain. Cuba kita keluar dari dunia pemikiran makan gaji. Cuba kita masuk ke dalam dunia kawan-kawan kita yang berusaha sendiri. Cuba kita masuk ke dalam pemikiran mereka yang berusaha sendiri ini. Buka kasut kita yang dah lama kita pakai dan kita pakai kasut mereka. Apa salahnya kita berusaha dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan tugas makan gaji kita. Apa salahnya bila kita berusaha secara sambilan dan mampu memperolehi pendapatan tambahan samada ianya sekali, dua atau tiga atau berganda-ganda banyaknya dari gaji yang kita dapat. Jika kita memperolehi semua itu.... adakah kita nak mengeluh lagi bila tak ada bonus? nak marah dan salahkan orang lain lagi? nasib sendiri.... sendiri tentukan sendiri usahalah... Marah macam mana pun tak selesaikan masalah kita. Dengan marah pendapatan kita tak akan bertambah.... tapi dengan berikhtiar dan berusaha insyaallah kita akan dapat apa yang kita cari. Ada banyak pilihan untuk kita berusaha menambah pendapatan. Buatlah pilihan yang tepat. Ada banyak juga faktor mempengaruhi bila kita nak buat pilihan. Masa, modal, pengetahuan dan lain-lain.... tetapi untuk berjaya keluar dari belenggu jangan jadikan faktor-faktor yang aku sebut tadi sebagai halangan. Jadilah lebih berani, lebih berkeyakinan, lebih positif untuk menempuhi hari-hari mendatang.... Bangunlah setiap pagi dengan dipenuhi cas-cas positif setelah semalaman kita tidur yang dimulakan dengan memaafkan semua orang dan berfikir positif tentang kehidupan yang bakal dilalui keesokan harinya. Apabila cas-cas positif ini sudah mula semakin banyak... insyaallah kita akan jadi positif , kelihatan positif dan mampu memberikan cas-cas ini kepada orang lain.
Aku secara peribadi sudah mula merasakan walau baru sedikit akan kehebatan cas-cas positif ini. Walau pun kehidupan sekarang hakikatnya semakin menekan.... perasaan aku semakin gembira dan positif untuk melaluinya. Kalau boleh aku nak berkongsi rasa cas positif ini dengan kawan-kawan yang sudi..... akan tetapi sebelum itu anda harus membuka minda anda, neutralkan diri anda dan bersedia untuk sama-sama pakai kasut tambahan. Insyaallah dengan kasut tambahan ini kita mampu berjalan atau berlari jika perlu seiring dengan keperluan hidup semasa. 'ENJIN KEDUA' sudah kita hidupkan....
Jumpa lagi...... seperti biasa.... wooooooooooooo...... steadyyyyyyyyyy!!!!!....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan