BEREHAT SEBENTAR

Sabtu, 21 November 2009

SELESA DALAM KESUSAHAN

Pada hari ini hakikatnya kehidupan kita adalah susah dan semakin susah. Akan tetapi hebatnya orang kita dalam kesusahan masih kelihatan selesa. Selesa .... tetapi jauh disudut hati memikirkan akan kesusahan hidup hari ini dan masa mendatang yang lebih mencabar. Istilah hidup susah ini boleh kita takrifkan pada pelbagai peringkat. Daripada susah sehingga nak makan pun susah hinggalah susah ketika hendak memiliki harta/keperluan sehingga perlu berhutang. Banyak institusi kewangan yang sedia menghulurkan bantuan kepada kita yang susah ini. Adakah dengan abntuan pinjaman yang dihulur kita sudah keluar dari kesusahan hidup. Tidak juga...kan!! lalu terikatlah kita dengan komitmen selama bertahun-tahun.
Tahap kesusahan kita dari golongan sederhana ini memanglah tidak sampai tak makan berhari-hari tetapi kesusahan kita hari ini ialah nilai perbelanjaan kita yang semakin menguncup.
Banyak hajat, minat, keinginan terpaksa kita pendamkan begitu sahaja dan mungkin akan terus terpendam bersama ke liang lahad. Ada hajat (tak kesampaian) yang kita ceritakan kepada orang lain dan tak kurang juga lebih banyak hajat-hajat yang lain terus terpendam jauh dilubuk sanubari. Kini pula tambahan lagi bila kita sudah berkeluarga, banyak hajat isteri dan anak-anak yang cuba kita penuhi ( sebahagian besarnya gagal dipenuhi). Apakah sudah tertutup dan tidak ada ruang kepada kita memperbaiki dan mempertingkatkan diri? Berapa lama dan berapa kali lagi kita kena berbohong kepada anak-anak dan isteri kerana ketidakmampuan kita. Tak payahlah aku sebutkan contoh pembohongan disini tetapi rasanya setiap dari kita mesti pernah melakukannya. Nak bagi sedap dengar kita kata bohong sunat. Berapa banyak lagi kenyataan memujuk perlu kita keluarkan bagi menjelaskan situasi keadaan kita kepada mereka. Ini dalam keadaan sekarang, bagaimana esok? lusa? dan seterusnya.....
Keadaan ekonomi semasa kelihatannya tidak akan membenarkan duit yang kita ada menjadi semakin bernilai. Ini hakikat... Marilah kita cuba renungkan akan perkara ini.... kita masih ada banyak ruang untuk meningkatkan taraf hidup kita. N3 ini juga sebenarnya sebagai peringatan kepada diri aku sendiri... sekiranya ia berjaya mengetuk hati mana-mana pengunjung blog syukur alhamdulillah.... berjasa juga N3 yang aku buat ini. Memang kita tak tahu apa akan jadi dimasa hadapan tetapi sekurang-kurangnya kita memulakan suatu usaha pada hari ini untuk menempah masa depan yang lebih baik. Dapat memenuhi setiap impian/kehendak keluarga tercinta.SELESAKAH KITA ? APAKAH KESELESAAN (dalam kesusahan) INI AKAN BERTERUSAN DIMASA HADAPAN? APAKAH WAKTU ITU MEMANG SUDAK TIDAK ADA LAGI ISTILAH SELESA DALAM HIDUP KITA LANTARAN KESUSAHAN YANG MENELAN KITA. FIKIR-FIKIRKANLAH....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan