BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 2 November 2009

APA NAK JADI ? JANGAN UNDANG BALA....

Apa nak jadi la dengan negara kita yang kita cintai ni... orang agama ditekan digertak ditangkap dituduh berbagai-bagai.... Orang gi belajar agama dipandang serong. Kalau awak tak nak belajar biarlah orang lain belajar.... Cara ditahan pun macam nak tahan penjenayah besar.... dengan ramainya kehadiran anggota keselamatan... macamla orang-orang yang gi belajar agama tu ganas/ jahat. Sesat tang mana belum dibuktikan lagi... kalau sesat kenapa dulu dia diangkat jadi mufti. Kalau nak pun gi la panggil ustaz tu elok-elok, jumpa dia dan soal elok-elok.... ini tak siap ada media ikut untuk buat penahanan. Nampak macam ada motif dan komplot sesuatu.
Tempat yang terang-terang hari-hari menyesatkan seperti pusat-pusat hiburan tak nak pulak diserbu, tahan dan dakwa kerana di sana ruang untuk sesat adalah lebih besar. Ada dadah, arak, betina dan tak mustahil jugak ada penyebaran aliran atau fahaman sesat. Tempat-tempat ni sebenarnya lebih berbahaya dan mengancam keselamatan negara sebab pengunjungnya akan jadi leka, alpa dan pentingkan diri sendiri.
Kita sayangkan negara kita dan amatlah paling dikhuatiri ialah kemurkaan Allah swt. Kita tak mahu kerana kerenah jahil segelintir manusia kita semua akan merasa bala yang mungkin diturunkan olehNYA. Lihatlah negara jiran kita yang tak henti-henti dilanda musibah. Disebalik musibah yang menimpa pernahkah kita ambil tahu antara sebab musabab lain selain dari logik fikiran manusia bahawasanya itu adalah bencana alam. Sudah tentu semua yang berlaku itu adalah atas kehendakNya.
Hentikanlah segala macam permainan yang mencabar kekuasaan Allah swt. Agama jangan dipersendakan. Ya Allah ampunilah dosa kami... dan peliharakanlah negara ini dari kemurkaanmu. Amin ya rabalalamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan