BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 3 November 2009

APA NAK JADI BOLASEPAK MALAYSIA...

Apa nak jadi ni? kita dikejutkan hari ini dalam berita bahawa beberapa negeri dan kelab tidak layak beraksi dalam liga Malaysia tahun depan sebab tak bayar hutang. Bolasepak kita nampaknya menuju kehancuran. Semakin hari semakin mereput, dan akan musnah nampaknya. Jangan dok salahkan bolasepak luar dan rakyat Malaysia lebih minat bolasepak luar. Bola sepak dalaman tak memberangsangkan, penuh dengan kemelut, politik dan berbagai-bagai. Para pemain kebanyakkan lebih menuju ke alam glamor, mementingkan gaya (bukan gaya permainan), bercinta dengan selebriti, mencetus kontroversi... para pemimpinnya pula menjadikan sukan no 1 ni sebagai batu loncatan untuk politic mileage...
HANCUR!!! negeriku yang tercinta juga termasuk dalam senarai negeri yang tak bayar hutang pada FAM ka apa ka... lebih kurang tu la alasannya menyebabkan pasukan tidak boleh beraksi musiam akan datang. Sedihnya.... nak sokong pasukan mana lagi? negeri tanah tumpah darahku ini tak bleh beraksi.... Sadis sungguh tragedi sedih dan memalukan bukan setakat negeriku tercinta malahan negaraku tersayang.
Kalau ini yang berlaku di peringkat atasan yakni liga Malaysia... apahalnya pulak dengan peringkat awal usia yang baru nak mengenal permainan ini.... Sebab itulah ibubapa tak berkeyakinan nak dorong anak main bolasepak... cam tak ada masa depan.
Seperti yang pernah aku suarakan melalui blog ini juga.... serahkan bolasepak ini pada orang yang lebih baik untuk mengurus, punyai wawasan yang jelas, munasabah untuk dicapai secara peringkat demi peringkat. Yang penting sukan bolasepak perlu jadi satu industri.... bukan lagi sekadar sukan bolasepak. Bolasepak di Malaysia harus ada keupayaan untuk diniagakan. Pengurusnya harus seorang ahli perniagaan yang boleh menjual pasukannya (bukan rasuah jual game tapi adalah perfomance). Sebuah pasukan itu juga harus ada pasukan yang lengkap disetiap peringkat umur. Bakat-bakat baru yang digilap boleh dijual dan mendatangkan keuntungan kepada pemain dan pasukan.... barulah bolasepak Malaysia jadi perniagaan. Jadilah bolasepak Malaysia sebagai sebuah industri...
Sekarang macam mana bila ada pasukan kena gantung. Tegas ka nak gantung tu? selesaikah masalah dengan menggantung tu.... apa nasib bakat-bakat yang kita ada.... adakah dunia (orang) luar nak respek bolasepak kita.? Ada benarnya BOLASEPAK MALAYSIA BUKAN SEKADAR BOLASEPAK.... SEGALA-GALANYA ADA DI DALAMNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan