BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 19 November 2009

HIDUP INI SATU PERLUMBAAN


Suka tak suka untuk kita menerima pakai akan hakikat bahawasanya kehidupan kita ini adalah satu perlumbaan adalah merupakan realiti. Yang menjadikannya seolah-olah satu fantasi adalah kotak pemikiran kita. Kotak pemikiran kita yang telah dibentuk acuannya sejak zaman berzaman dan hidup kita pada hari ini kebanyakkannya hanya mengulangi jalan cerita yang sama. Hari ini tidak ada beza dengan semalam, malahan esok yang bakal mendatang juga tak akan berbeza dengan apa yang kita lakukan pada hari ini dan semalam.

Begitulah seterusnya indahnya sudah kehidupan kita yang ditanamkan dalam kotak pemikiran sehinggalah tiba masa kita menutup mata. Kita telah diajar untuk merasa selesa walaupun sebenarnya kehidupan hari ini sangat mendesak. Kita telah ditanamkan sifat penakut yang amat sangat dalam melakukan perubahan dalam kehidupan kita. Kita dibayangkan akan musibah yang bakal menimpa sekiranya kita cuba menjadi pemain dalam perlumbaan kehidupan. Padahal dalam masa yang sama memang kita sedang bergelora dilambung musibah kehidupan.

Kita telah dibisikkan "itu/ini bukan duniamu" dan kita menerimanya lantas berpegang padanya sehingga hari ini bahawasanya " itu/ini bukan duniaku". Bagaimana kita mahu kelihatan hebat dan maju jika kita hanya menjadi penonton yang ingin berasa selamat. Pernahkah kita terfikir bahawa suatu hari nanti mereka yang berlumba itu dengan terpaksanya bakal melanggar keselesaan (hakikatnya tak selesa pun) hidup kita. Sebenarnya pada hari ini pun kita sudah sering dihimpit-himpit oleh mereka yang berlumba ini, seperti biasa telinga kita akan dibisikkan, sabar.... bawa bertenang.... biarkan mereka... dunia itu bukan dunia kita.... kita tidak akan berupaya untuk berada didunia itu.... cukuplah dengan apa yang kita ada.....

Pernahkah kita terfikir bahawa apa yang kita ada pada hari ini adalah tidak cukup untuk diwarisi oleh anak cucu kita suatu hari nanti? Sedangkan kedua orang tua kita sudah dikira berjaya didalam misi perlumbaan kehidupan mereka dengan memberi satu ruang yang agak selesa dengan apa yang kita miliki hari ini. Apakah perlumbaan dunia anak cucu kita nanti kita fikir akan sama dengan perlumbaan dunia kita sekarang? Sedang bibit-bibit perubahan bentuk persaingan sudah jelas kita perhatikan pada hari ini, masihkah lagi kita akan mengulangi skrip yang sama terhadap mereka.

Persaingan semakin sengit.... kita semakin minta dilindungi... sedangkan dalam hakikat sebenarnya kita sendiri yang harus melindungi diri kita dan keluarga. Sampai bila kita mahu berada dalam kotak zon selesa yang palsu ini? Adakah sampai nanti kita sudah tidak mampu bertahan barulah kita nak memulakan langkah? Memang betul kita masih boleh berubah ketika itu... tetapi kita akan terus ketinggalan.... Harapkan tanah warisan/farait.... tanah sudah semakin mengecil (semakin membesar angkah pecahannya).... itu pun kalau ada.... kalau semuanya sudah habis dijual? Dengan apa yang kita ada dan usahakan pada hari ini.... bolehkah kita menambah harta sebagai warisan kepada anak cucu? Kalau tidak boleh maka kita perlu mencari jawapannya kenapa tidak boleh...... dan bagaimana ianya harus jadi boleh.....

Ya! kita perlu kepada perubahan.... transfomasi.... kita kena ubah minda kita.... kena ubah cara kita berfikir.... kena ubah cara kita melihat sesuatu.... kita perlu berubah dengan melihat sesuatu itu daripada melihatnya secara biasa kepada secara luarbiasa. Masa yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita semakin singkat.... apalah salahnya hari ini kita berazam dan bersedia untuk mula membuat perubahan yang bakal memberikan kelainan dalam nilai kehidupan kita pada hari esok dan seterusnya.... anak cucu kita akan sentiasa ingat akan jasa dan pengorbanan yang kita lakukan pada hari ini. Zaman untuk kita menanam durian pada hari ini untuk diwariskan kepada anak cucu merasai kelazatan isinya suatu hari nanti sudah berlalu, untuk masa yang lampau...ia... pada hari ini kita akan beritahu ini adalah hasil usaha datuk/nenek moyang mereka untuk kita merasainya. Tetapi hakikatnya pada hari ini nak makan durian kalau tak berdusun pun kita boleh makan macam orang ada dusun. Apa yang perlu adalah DUIT.... Tak akan ada siapa boleh menafikan perkara yang bernama DUIT ini, hari ini kita bertungkus lumus keluar bekerja kerana apa? kerana duitlah.... memang benar DUIT bukanlah segala-galanya.... tetapi cuba kita renungkan hidup kita hari ini dengan keperluan DUIT yang seringkali mendesak dan mengasak kita.... pada masa hadapan lebihlah lagi peritnya hidup kerana perkara yang dinamakan DUIT.... Ini bukan zaman kita mewariskan pokok durian buat anak cucu.... dan ini juga bukannya zaman untuk kita mewariskan DUIT semata-mata tetapi lebih dari itu adalah zaman untuk kita berubah daripada sekadar menjadi seorang penonton perlumbaan kehidupan kepada seorang pelumba kehidupan yang berjaya dalam keredhaan Allah swt (dlm erti kata sebenar). Anak-anak...dan cucu-cucu kita juga harus kita sediakan mereka untuk jadi pelumba kehidupan yang berjaya dunia dan akhirat.

Insyaalah pada masa itu nanti kita bukan lagi menjadi manusia yang masih dalam kotak ketakutan/keselesaan....Kita boleh bersaing dengan siapa sahaja.... selagi hayat dikandung badan. Kita bukan lagi menjadi orang yang meminta-minta, mengharap-harap.... merayu-rayu... sembah tak laku.... lantaran kita akan terus diperkuda kerana kelemahan,ketakutan yang telah lama membayangi hidup kita.

Untuk menjadi seorang yang terhormat tak perlu menjadi seorang yang berhormat,..... seorang yang terhormat adalah seorang yang dihormati semua orang termasuklah oleh yang berhormat. Hidup biar berjasa, hidup biar luarbiasa agar kita mampu untuk berbuat sesuatu yang luarbiasa. Kemudian pula kita mampu untuk menjadi anggota masyarakat yang boleh memberi impak dan kebaikan kepada semua.... sehingga ketemu lagi dilain bicara ketukan jari jemari.... (nak kata bicara mata pena, tak guna pena...) semoga ada manfaat yang akan kita perolehi terutamanya kepada diri saya sendiri dan seterusnya kepada tuan/puan pembaca setia blog ini.

Bertemu dipodium kejayaan.....

1 ulasan:

  1. Menarik..kupinjam frasa katamu 'cukuplah dengan apa yang ada',.
    Hari ini kenapa banyak orang 'tertinggal' di belakang?
    Perkara utama ialah MINDA.Minda yang terbelenggu adalah minda/jiwa mereka yang tidak 'merdeka'.
    Mereka yang tidak 'merdeka' adalah umpama 'pengekor' kepada yang lain.(ini pun kupinjam dari kata2 falsafah mana tah..)
    Langkah utama UBAH MINDA...

    BalasPadam