BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 15 September 2010

TAK PANDAI MEMASAK

Amat malang sekali sekiranya seorang insan lebih-lebih seorang wanita tidak tahu memasak. Terlebih malang lagi tatkala sudah berkahwin masih tidak tahu memasak. Kenapa aku 'highlight' kan perkara ini? sebabnya semalam aku terdengar ianya diungkapkan oleh seorang kenalan yang sudah berkahwin (baru kahwin) katanya dia tak tahu memasak.
Aku percaya bukan dia seorang sahaja malah ramai lagi diluar sana yang berkeadaan sama. Seorang lelaki jika tak tahu masak tidak begitu besar salahnya tetapi jika seorang wanita tak tahu masak memang besar salahnya. Bila sudah mendirikan rumahtangga wajib seorang isteri itu memasak untuk suami dan anak-anaknya. Barulah lengkap tugasannya sebagai seorang isteri.
Zaman memang sudah berubah tetapi kebolehan asas seperti memasak perlu ada pada setiap insan bergelar isteri. Cuba melihat kepada punca berlakunya perkara ini, agaknya semasa remaja langsung tidak pernah ambil peduli dengan kemahiran memasak. Ada juga kemungkinan siibu tidak membenarkan anak gadisnya memasak/menyibuk. Sibuk bagaimana sekali pun kalau tidak dilatih maka jadilah kesannya sekarang.
Bagaimana nak menawan hati suami jika dengan masakan tak boleh. Bagaimana nak membesarkan anak-anak?, bagaimana nak merai tetamu yang datang?
Bukannya susah sangat memasak ni sebenarnya. Kalau tak pandai boleh belajar. Ada banyak buku resepi dipasaran. ada ramai ahli keluarga, kawan-kawan yang kita boleh belajar. Gagal sekali mencuba masakan, perbaiki lagi pada percubaan kedua dan seterusnya.
Apa pun pokok pangkalnya kalau dah MALAS buat apa pun tak pandai. Nanti suami lari cari orang lain baru tau.. Kepada gadis-gadis sekelian luangkanlah masa belajar memasak. Bermula dari yang semudah2 masakan dahulu. Apa pun aku harap lepas ni tak lagi aku terjumpa seorang wanita bergelar seorang isteri berkata " tak tahu memasak ".

4 ulasan:

  1. Salam Sejahtera..
    Paling aku setuju..kebolehan memasak ini perlu ada pada semua org..baik lelaki apatah lagi wanita bergelar isteri...sedap itu perkara no.2..namun dalam 'mengikat' hubungan suami-isteri..banyak faktor yg mempengaruhinya...

    BalasPadam
  2. inilah satu kemahiran yang dipandang sepi oleh ramai orang. Lebih malang aku kata jika orang itu seorang perempuan. Kita yang lelaki pun boleh memasak apa lagi pompuan. Memasak ni sebenarnya penuh dengan keseniannya. Bahan yang sama disediakan tetapi lain-lain orang masak pasti rasanya berlainan. Kenapa berbeza? sebab aturan memasaknya pasti berbeza. Lain2 yang didahulukan dan lain2 yg dikemudiankan. Satu kepuasan akan kita capai melalui memasak. Satu lagi tahap keyakinan diri juga teruji melalui masakan. Benda yang nampak simple tapi banyak pengajaran didalamnya, tersurat dan tersirat.Hebat mana pun kerjaya kerana keyakinannya tapi belum sempurna kerana tak ada keyakinan dalam masakan.... betoi ka?

    BalasPadam
  3. Dia kata "tak tahu atau tak pandai?" :) Kalau tak tahu maknanya tak ada asas langsung... kalau tak pandai... maknanya ada asas tapi taklah sehebat orang yang "pandai" ....ATAU mungkin ada perkara lain yang tersirat? :)

    BalasPadam
  4. panas N3 ni... tapi tk pa, secara ilmiah ia kita bincangkan. Sebenarnya tak tahu dan tak pandai tu pada setengah orang sama saja, dan memang pd orang lain ianya berbeza.Tak tahu juga kadangkala orang gunakan sbg ayat merendah diri, begitu juga ayat tak pandai. Sekurang2nya org yg melafazkan tu ikhlas dari hatinya. Kepada yang memang ada usaha untuk "boleh" memasak, itu memang baik, tapi bagi yang say sori to dapur, amat malanglah dia dan keluarganya. Bagi setiap insan, antara yang dirindui dari seorang ibu ialah masakannya. Tapi klu siibu tak pernah nak memasak, apa yang anak tu nnti nak rindukan dari ibunya. Pandai, tahu, boleh memasak tak semestinya sehebat seorang chef... cukup sekadar disukai keluarganya.... wallahualam...

    BalasPadam