BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 7 September 2010

HARI-HARI TERAKHIR...

Hari-hari terakhir berpuasa kini... ini juga menandakan hari-hari terakhir syaitan terbelenggu. Dalam syaitan terbelenggu pun kita lihat ramai manusia terlatih oleh syaitan ni meneruskan kehidupan seperti sebelumnya. Walau syaitan terbelenggu... tersenyum lebar jer dia dibalik belenggunya nengokkan keletah manusia yang telah mahir dilatihnya.
Ada yang tanpa segan silu tidak berpuasa dikhalayak ramai... antaranya aku perhatikan merokok dan lain-lain. Yang sambil menaiki kenderaan, bermotor...kereta atau lain2 asyik berkepul2... begitu juga yg berniaga pakaian raya... berkepul tanpa lagi ada rasa malu... dahsyat ni... latihan perguruan oleh syaitan tahap tggi ni... kalau ditegur golongan ni mau dimaki berjela... inilah gejala sekarang kalau ditegur pasti bertindak balas... silap2 haribulan bertindak lebih kasar lagi...
Kenapa jadi begini gelapnya hati... apakah sebab pemakanan kita hari ini tidak diurus dengan baik tahap kehalalannya.... duit yang kita cari halal tapi makanan yang kita makan tu tak halal dikata halal. Ini cuma satu faktor... ada banyak faktor lain lagi... faktor didikan ibubapa... juga sangat berperanan... anak bermasalah di sekolah disalahkan cik gu....
Inilah zaman yang serba mencabar... semakin nak maju nampaknya semakin punah nilai keislaman dalam diri manusia yang bernama umat islam... Dalam masa yang sama semua nampak nak jadi 'Jaguh Islam' dan pejuang Islam. Tapi hal-hal sebegini nampak seperti tak diendahkan.... anak-anak kurang ajar, anak muda lagak samseng, orang-orang yang lebih tua yang tak boleh dibuat contoh... dan macam-macam lagi penyakit umat Islam kini....
Pandang biar melihat, dengar biar mendengar, rasa biar tahu masam masin, pahit manisnya. Apa pun dikesempatan ini aku juga nak ucap SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI.... SEMOGA LEBARAN INI MEMBERIKAN SERIBU RAHMAT DAN KEBAIKAN KEPADA KITA SELURUHNYA... terima kasih kepada yang masih sudi bertandang membaca blog ini walau agak jarang dibuat N3 atau mungkin N3 ku sekarang sudah tak menarik lagi atau memang dari dulu tak pernah menarik pun... hehe... apakan daya itulah aku..
Berkata-kata kerana aku,akulah jua.... sekadar menulis melepaskan yang terbuku dan tersirat dihati... tidak berniat nak menyinggung/provokasi sesiapa segala dicoret dgn ikhlas. Suka alhamdulillah , tak suka pun alhamdulillah...
Jumpa lagi lepas raya nanti...

1 ulasan:

  1. Alhamdullilah..sampai jua kita Ramadhan dihujung2 ni...yg datang pasti pergi..Berakhir Ramadhan maka akan menjelangnya Syawal...Moga2 kekuatan tika di Ramadhan itu akan berpanjangan hingga bertemu Ramadhan yg akan datang...Menyedari akan hakikat manusia..maka begitulah lakunya manusia..mendidik dan mengamalkan ilmu itu adalah tanggungjawab..pelakuan pelanggaran hukum adalah kerana kegagalan memahami akan hakikat Ilmu....adakah mereka yg tidak berpuasa sewenang2 itu tidak berilmu...akan mereka yg mengingkariNya itu tidak berilmu...ini beda antara berilmu (mengetahui) dan tidak mengetahui...Berilmu (mengetahui) TANPA amal adalah KOSONG...inilah yg padaku telah tidak dipeterjemahkan oleh kita...ibubapa..guru..ilmu itu gagal DIJIWAI..roh ILMU itu tiada...maka lahirlah mereka yg alpa...seperti diriku...sesungguhnya ini jua adalah untuk diriku jua..sekadar berkongsi denganmu..sahabatku..
    Selamat Menyambut AidilFitri..maaf zahir dan bathin...

    Duniaku (MOHD AZAINI SHAM MOHD ALI)

    BalasPadam