Tinggal tak berapa hari saja lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Syawal bakal menjelang. Berhari rayalah semua sekiannya. Baik yang betul-betul layak beraya mahu pun yang tak layak tetap beraya juga. Kepada yang layak dengan markah 100% aku ucapkan tahniah... Aku sendiri tak tahu berapa saja markah kelayakan untuk berhari raya yang diperolehi tahun ini. Bagaimanalah agaknya kalau Allah mewujudkan 'indicator' secara nampak dengan jelas pada zahirnya markah kita dalam bulan Ramadhan untuk layak berhari raya di Aidil Fitri. Seperti yang kita diajarkan berpuasa bukan hanya pada menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi juga banyak kawalan/perubahan lain yang perlu kita lakukan. Sehinggakan bermaaf-maafan itu bukan hanya pada hari raya tetapi sebelum berpuasa Ramadhan juga kita dituntut bermaaf-maafan agar ibadah dibulan Ramdhan benar-benar mendatangkan rahmat dan keinsafan.
Kalau setakat dalam bulan ramadhan berpuasa tetapi masih berlaku kezaliman, penindasan, penipuan, penyelewengan, penderaan, penganiayaan dan lain-lain apalah ertinya Ramadhan itu... jauh lebih tidak bererti untuk beriya-iya berhari raya.
Sekadar sedikit coretan menjelang hari raya kali ini untuk renungan bersama. Yang baik dari Allah dan yang kurang dan lemah itu datang dari kelemahan diri ini....
Berpesan-pesan kearah kebaikan juga satu ibadah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan