BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 7 Mei 2010

BAGUS MANA PUN KITA....

Bagus mana pun kita, kita masih perlu kepada orang lain. Bagus mana pun kita, mulut kita jangan terlalu lancang menutur kata yang menyakitkan hati dan perasaan orang lain. Hebat mana sangat pun idea kita jangan sampai memandang idea orang dihujung anak mata pun tak penting bagi kita... apa lagi nak mengiktiraf idea berkenaan. Kehidupan kita sememangnya tidak bleh lari dari bermasyarakat... dalam masyarakat nilah ada macam-macam ragam....
Malam tadi aku duty SRS di taman aku... mcm biasa benda SRS ni memang tak ramai yang suka nak buat... maklum sajalah orang lain sedap-sedap tidur kita kena berjaga. Atas nama tanggungjawab setaman aku gagahkan juga keluar jalankan tugas walau pun namanya suka rela... Seperti buah mula ayat aku di atas seorang rakan yang terlalu perihatin soal SRS ni hampir saban malam dia monitor siapa yang keluar dan tak keluar... seperti selalu giliran kumpulan aku... memang aku sorang-sorang jer yang keluar.... nasib jugaklah rakan sorang ni yang terlalu sangat perihatin ni dia keluar...
Yang aku tak berapa gemar atas keterlaluan keperihatinannya , luahan ketidakpuasanhatinya.... ada saja yang tak kena... dah lah jiran tetangga yang degil tak nak bagi kerja sama satu hal... tambah pulak dengan rakan sorang ni yang bleh tahan LASER mulut dia.... NAK AJAK ORANG BUAT KERJA BAIK TAPI LASERNYA YA AMAT... sampai bila nak sabar katanya... pangkah jer ... satu patah katanya yang cukup popular... ada saja yang tak kena. Memanglah yang dia leter tu betul... orang-orang yang tak mau bekerjasama/bertanggungjawab terlalu ramai. Aku cukup malaih nak dengan leterannya tu... Batu ketuk dengan batu... dah tentu salah satu akan pecah atau dua-dua pecah... jadi kenalah satu dah batu yang lagi satu kena jadi benda lain yang boleh serap batu tu....
Bagi aku senang jer... aku kata kat dia.... jangan terlalu difikirkan sangat benda SRS ni... ada banyak lagi benda lain dalam hidup kita yang penting untuk kita isi dalam kotak fikiran kita... kita tak akan boleh kawal hidup orang lain... sama gak kita jugak tak suka orang lain kawal hidup kita... tak guna buang tenaga fikiran kepada perkara yang dah banyak menemui kegagalan di lain-lain tempat... sekurang-kurangnya di taman aku benda SRS ni masih bernyawa walau kadang-kadang macam dah nazak... tapi masih bernyawa.... aktiviti lain-lain pun masih ada dijalankan ( siap keluar suratkhabar lagi).... bagi aku itu dah cukup bagus....
Maklum sajalah kita dah pening dan tertekan dengan kerja seharian kita... balik rumah kita nak cipta satu kepeningan lagi...nak buat apa? tak guna...kita balik rumah nak rehat... tenang bersama keluarga... kata aku pada rakan tu... Berlawanlah kami bercakap (bukan bergaduh) beri pendapat masing-masing.... sedar tak sedar jam dah tunjukkan pukul 5 pagi.... Sebelum kami masing-masing balik dia sempat sebut.... JANGAN FIKIR SANGAT YE!! ya betul kata aku.... ada banyak benda lain lagi kita kena fikir.... bukan pasal SRS jer... jangan kerana SRS habis semua JEM.... begitu juga benda-benda lain... jangan kerana sesuatu perkara tu kita jadi JEM dalam hal-hal lain.... kalau JEM baik tak yah buat .... laksanakan tanggungjawab setakat yang termampu... jangan LASERKAN ORANG... hidup kita ni terlalu pendek masanya untuk dilalui... so laluilah ia dengan penuh makna.... bahagia.... tenang disisi keluarga tercenta....
Akhir kalam... BAGUS MANA PUN KITA...biar kita tahu kita bagus... tak perlu memaksa orang memandang kita bagus dengan rasa tak puashati dan sakit hati....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan