BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 30 Ogos 2010

MARI BERFIKIR : SIAPA LEBIH MENCEMAR ?

Semenjak dua menjak ni asyik riuh dan tak habis-habis kisah orang bukan islam dikatakan mencemarkan masjid (islam). Apakah pencemaran itu ? Rasanya dah lama orang-orang bukan islam berkunjung ke masjid-masjid untuk membuat lawatan, terutamanya masjid-masjid hebat dan serba indah di sekitar ibu kota dan Putrajaya. Tak ada apa-apa isu pun. Pihak berwajib juga telah meletakkan garis panduan tatacara untuk mereka (orang bukan islam) melawat masjid. Itu sesuatu yang baik, sekurang-kurang mereka boleh mendekati islam dengan membuat lawatan ke masjid-masjid. Kita pula dapat membuktikan islam itu bersifat terbuka, namun masih dalam lunas-lunas garis panduan adap sopan sebagai menghormati masjid sebagai tempat suci dan beribadah kepada orang islam.
Berada di masjid (dalam masjid) sesiapa jua haruslah dalam keadaan menutup aurat. Jika ada rakan bukan islam ingin memasuki kita haruslah menasihati agar mereka turut menutup aurat. Mereka harus dibimbing sebab mereka tidak tahu tentang aurat di dalam islam. Kita bersalah jika tidak membimbing mereka mengikut tatacara berada di dalam masjid. Secara tidak sengaja mereka tidak tahu dan tidak ada bimbingan... bolehkah dikatakan mereka mencemarkan masjid ? Memang mereka kelihatan bersalah tetapi bagaimana kesalahan itu berlaku harus dilihat terlebih dahulu. Mereka tidak masuk secara menyerang (curi-curi), melulu, kurang ajar, menghina, mencerca dan sebagainya yang terang nyata mencemarkan maruah islam dan masjid. Mereka masuk secara dijemput dan bersopan... cumanya berlaku perbuatan tidak menutup aurat sahaja.
Persoalan disini untuk kita berfikir ialah orang bukan islam yang tidak tahu hukum, tatacara islam bila berada di dalam masjid, dikatakan menghina/mencemarkan masjid..... bagaimana pula jika seseorang yang beragama islam berada didalam masjid, berkeadaan tidak menutup aurat? Orang bukan islam kita kata mereka mencemar/menghina masjid, orang islam yang tak tutup aurat ? apa kelasnya ? Apakah ada hukum dalam islam yang mengecualikan umatnya menutup aurat di dalam masjid? Sudah tentu tidak ada... diluar masjid/dimana sahaja kita dituntut menutup aurat... apatah lagi di dalam masjid...
Marilah kita berfikir secara rasional dan waras akan situasi ini. Kita jangan emosi tak tentu hala. Hebatkah islam kita setakat riuh rendah menuding jari salah menyalah sedangkan secara terang-terang kita sendiri dalam keadaan bersalah ? Fikir-fikirkanlah...

2 ulasan:

  1. Melihat pelbagai sudut adalah lebih baik.Kekadang 'kita' ini sering kecoh dengan perkara2 kecil hingga perkara2 BESAR dilihat remeh....kadang malas nak fikir lah...seolah2 semua orang bodoh hanya 'mereka' yg bijak dan pandai....Merdeka tapi terbelenggu....

    BalasPadam
  2. kerana dah terlalu letih seperti diperbodohkan maka hati bersuara. Kita masih punya akal yang boleh berfikir secara baik (waras). Akal waras ini tidak boleh menerima apa saja secara melulu... lantaran atas kesangsianlah ianya bersuara... Tolonglah tunjukkan yang kita ini betul-betul pandai....jika tidak , akan terus kelihatan bodoh...

    BalasPadam