BEREHAT SEBENTAR

Ahad, 9 Ogos 2009

Panorama malam di Taiping



Malam di taiping memang mempersonakan. Maklumlah bandar warisan, keindahan pancaran cahaya neon yang melimpahi dingin malam dibandar tertua ini menampilkan satu kelainan pemandangan berbanding disiang hari. Maklum sajalah dalam keadaan semuanya diterangi cahaya mentari pemandangan tampak rata, sebaliknya disebelah malam tertonjol bangunan-bangunan yang cantik disuluh cahaya lampu limpah penyeri malam...
Inilah sebahagian dari rakaman lensaku buat tatapan pengunjung blog ini...


tepian gigi air taman tasik tertua di Malaysia

Lagi panorama di taman tasik ( gambar kelabu sbb tak guna stand)

Bangunan Pejabat Daerah, Tanah LMS

Pandangan dari depan kedai 786 YERAHYMAN...

Perpustakaan Awam ( mlm tak bukak kot )


Bukan Walt Disney mahupun White House tapi Muzium Perak...

Hotel Panorama tempat beradu...


Menara Jam
Bila pulak agaknya nak berkayuh malam, lama dah tak kayuh malam... mungkin bulan ramadhan nanti kot.. maklum sajalah kayuh siang silap langkah, lebuh posa... jd jgn buat pasai sebab pasai dah ada kat indon. Untuk kekalkan kefitan kaki kayuhan kena dipelihara latihannya.
Tadi siang berkayuh ke burmesee dgn ramai rakan-rakan... tak dan lagi nk upload gambar2 tu... internet slow... ni pun sambil tengok MU vs Chel. Hampeh Chel baru ja skor gol penyama... aku nak pi tengok game ... jumpa lagi...

2 ulasan:

  1. You are right my friend.Next time bawa tripod, baru gambar lebih sharp.Anyway, nice photos terutamanya yang bangunan putih2 tu

    BalasPadam
  2. thanks for the comment, i knew that... perhaps next time i'll snap the sharp one..

    BalasPadam