BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 27 Ogos 2009

RESEPI Daging Goreng Sos Thai


Satu resepi yang aku nak kongsi hari ni bagi yang gemar memasak dan mencuba. Simple saja, tak banyak songeh...

Bahan-bahan:

Daging lembu 1/2 kilo ( klu nak guna daging lain suka hati korang la)

Bawang besar 2 labu (dikisar)

Bawang putih 4 ulas (dikisar)

Sos Thai 5 sudu besar

Sos Tiram 3 sudu besar

Sos Soya (kicap la) 1 sudu besar

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit asam jawa

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng dan menumis

Serbuk perasa HILAL


Cara-caranya:

1. Rebuskan daging separuh masak. (simpan air rebusan)

2. Hiris daging yang telah direbus

3. Campurkan serbuk kunyit dan asam jawa (airnya) pada daging yang telah dihiris

4. Goreng daging sehingga separuh masak.

5. Tumis bawang sehingga naik bau

6. Masukkan daging yang telah digoreng

7. Masukkan sos thai, sos tiram, kicap dan kacau/gaul rata

8. Jika suka berkuah masukkan lebih air rebusan daging, jika tidak masuk sedikit sahaja.

9. Masukkan serbuk perasa HILAL ( ikut rasa)

10. Masukkan garam

11. Siap dimasak boleh dihidangkan.

12. Kalau nak hias, hiaslah ikut tuanpuan...


Selamat mencuba.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan