BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 26 Ogos 2009

UP skit...UP skit..









<







Hari ni aku pi meluang masa yang memang terluang untuk melayan permintaan batalion untuk menonton cerita UP... Cerita kartun3D walt disney. Dah lama cerita ni dipromokan... Aku memang tertarik dengan keindahan rekaan grafik keseluruhan cerita ni. Teknik 3D yang sangat hebat, penuh warna warni.

Ditambah pula dengan jalan cerita yang menarik, tentang impian, cinta, setia kasih, semangat dan keegoan Mr. Fredericksen serta kecekalan seorang budak pengakap yang mulanya lurus bendul iaitu si Russel telah digabungkan dan melahirkan satu cerita kartun yang seronok untuk ditonton. Bagi aku cerita ni dalam kategorinya layak dapat 5 bintang.





Apa yang menarik juga selingan sebelum cerita ni bermula, iaitu kisah burung-burung dan awan. Walau pun ianya memang mengarut (kisah burung dan awan ini) tetapi kelucuan disebalik awan hitam dan kesetiaan burung yang berkhidmat dengannya walau pun pelbagai bala bencana menimpanya namun dia masih setia bertugas kepada si awan hitam. Best gak cerita selingan ni walaupun pendek sahaja.







Siapa yang suka boleh pi tengok, tenang-tenangkan fikiran sambil layan anak-anak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan