BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 27 Ogos 2009

ELAKKAN TRAGEDI


Musim perayaan bakal menjelma tak lama lagi. Biasanya peratusan kemalangan yang berlaku juga sering meningkat. Maklumlah jumlah kenderaan yang berada diatas jalanraya juga meningkat. Tapi bagi teman pulak sebenarnya kemalangan sering berlaku cuma bulan-bulan lain tak di'highlight'kan ja... Kenderaan pada masa sekarang memang lebih dan semakin banyak berbanding dengan masa-masa yang lepas.




Rasanya kemalangan yang berlaku ketika jalanraya betul-betul sesak tidak
memungkinkan berlakunya kemalangan yang ngeri. Macam mana nak ngeri gerak 10-30km/j berhenti dan gerak lagi dengan kelajuan yang sama. Kalau berlaku juga kemalangan cuma calar dan kemek sikit-sikit je. Riders mountainbike lagi laju masa ni.. Memandu maksima 20-30km/j kita pun lenguh dan boring (dlm jam)..


jam! jam!



Bila jalan 'clear' boleh pecut.... ha masa ni lah risiko kemalangan ngeri meningkat tinggi. Seperti tergambar pada gambar hiasan, mahukah kita atau keluarga kita ditimpa musibah seperti itu? Oleh itu setiap pemandu hendaklah bertanggungjawab memastikan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain semasa diatas jalanraya. Kita nak balik raya, bukan nak terkorban atas jalanraya. Raya memanglah lambat lagi tapi ia semakin menghampiri... PANDU CERMAT SELALU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan