BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 20 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA

Petang ni kerja-kerja meneropong anak bulan akan dijalankan. Yang pastinya hari Sabtu nanti kita umat islam akan berpuasa. Alhamdulillah panjang umur kita dan dapat kita bertemu lagi bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang dijanjikan Allah dengan pelbagai kebaikan, bonus dan lain-lain lagi atas segala amalan kebajikan yang kita lakukan.

Dibukanya seluas-luas pintu rahmat, apa lagi..... jadi aku nak nulis panjang-panjang bab ni takut silap. Marilah kita rebut peluang keemasan, keintanan, apa-apa je ke dan an yang sering kita kejar di dunia ni. Bekal untuk kat sana nanti kena gak sedia untuk dibawa sebab kat dunia ni ja tempat sedia bekal.

Harap-harap semua akan berPUASA PENUH dan berjimat cermat. Anggota dalaman badan kita dah mula tersenyum lebar sebab dia akan lebih berehat( terutama perut).... jadi jangan kita seksa dia pulak masa berbuka.... insyaallah...

Jangan lupa niat dan jangan pulak buat-buat lupa pagi-pagi puasa nanti p cari sarapan pulak....

Malam pi tarawih buat tawarih...

Dikesempatan ini juga aku nak mohon maaf pada rakan-rakan kenal atau tak kenal, juga pada x-tekniken sabah atas sebarang keterlanjuran... maafkan aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan