BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 17 Ogos 2009

H1N1

Inilah trend sekarang... dimana-mana...
tak terkecuali aku dan waris-warisku...

Bencana H1N1 ni nampak macam tak ada kesudahan. Apakah bermula dari sekarang sehingga bila-bila pun kita kena bertopeng seperti sekarang. Penyakit ni nampaknya sukar dibendung... siapa-siapa saja berpotensi dijangkiti . Kita tak tau pun dari mana ia datang, atas? bawah? kiri? kanan? depan? belakang? hari ini, semalam atau esok.


Apakah ini sebagai permulaan kehidupan cara baru bertopeng? mungkin lepas ini kita kena pakai topeng yang lebih komplikated lagi sebab wabak yg lebih bahaya atau pencemaran yg teruk... Pada pemikiran aku yang aku nak kongsi di sini, industri baru dunia fesyen sekarang dah masukkan sekali fesyen topeng... mungkinlepas ni topeng berbunga-bunga, berupa pelbagai penampilan agar kelihatan lebih menarik, bukan sekadar topeng untuk keselamatan tapi juga topeng untuk penampilan...


Sekarang topeng, takut masa akan datang pakaian pun kita kena pakai pakaian khas mcm orang ke angkasa lepas.... tak mustahil kan? Semua ni angkara siapa? angkara kita manusia juga... Dunia akhir zaman betul,... pola cara kehidupan makin berubah dengan cara yang sangat pantas pulak tu....

Tu la sebelum ni ada yg kutuk2 org pakai purdah/burkha , sekarang lawa dan hensem mana pun wajah kita tak leh orang pandang sebab perlu bertopeng untuk keselamatan... dari penyakit yang tak di ketahui dari arah mana ia akan datang dan bilakah masa ia datang... Belajarlah kita dari perkara ini rakan-rakan sekelian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan