BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 31 Disember 2010

OK KE ?

OK KE ? kalau rumahtangga kita yang menjadi tanggunjawab kita, kita naikkan papan iklan didepan rumah kita dan beritahu bahawa isi rumah ini adalah tanggungjawab kita. Memang pun orang dah tahu rumahtangga kita mestilah tanggungjawab kita atas segala-galanya. Takkan kita nak suruh jiran kita pulak yang bertanggungjawab. Kalau tak nak bertanggungjawab baik jangan berkeluarga. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? tatkala kita menghadapi masalah ekonomi rumahtangga, langkah pertama yang kita ambil ialah memotong perbelanjaan dapur, duit poket sekolah anak, duit mengaji anak dan lain-lain duit perlu/wajib sedangkan dalam masa sama kita masih mengekalkan bajet untuk hiburan, rokok, minum2 diluar dan pelbagai lagi yang sebenarnya hanya kita seorang merasai keseronokannya sedangkan keluarga yang menjadi tanggungjawab merasa keperitan. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? kalau ahli keluarga kita sebagai contoh anak kita cuba memberi teguran dan cadangan yang bernas, kita katakan sebagai kurang ajar. Mereka dikenakan hukuman, diugut supaya diam sahaja dari memberi pelbagai pendapat dan cadangan yang bernas untuk kebaikan keluarga kita sendiri. Anak-anak dikurung agar mereka tidak melihat jiran-jiran yang lebih baik pengurusan keluarganya. Wajarkah kita terus memomokkan keluarga kita bahawa kita sudah cukup baik berbanding keluarga2 lain, sedangkan pada hakikatnya anak-anak kita tahu yang pengurusan kita banyak yang tidak betul. Malangnya bila mereka memberi pandangan, mereka ditempelak sebagai tidak tahu apa-apa dan cuma kita yang tua ini saja yang tahu mengurus keluarga walau pun kita boleh sudah dikira gagal. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? bila mana kita menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak tetapi dalam masa yang sama kita memberi tahu perkara yang sememangnya jadi kebiasaan kita itu tidak baik dan salah. Tak ke pening anak-anak kita dengan gelagat kita. Kita kata merokok tu tak baik untuk kesihatan tapi dalam masa yang sama kita merokok. Kita kata tak baik menganiayai tak kira sesiapa pun, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan hatta harta benda yang tidak bernyawa, sedangkan dalam masa sama kita tidak begitu. Kita menyuruh anak-anak sembahyang sedangkan kita tidak sembahyang. Banyak lagilah yang kita berlakon benda itu baik dan suruh anak kita buat tetapi kita sendiri tidak suka buat. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? kita sering ingatkan keluarga kita untuk terus menyayangi dan mengasihi antara satu sama lain dalam keluarga agar keluarga kita jadi lebih kukuh, kuat dan bersatu padu sedangkan dalam masa sama kita tidak menunjukkan sifat kasih sayang, ikhlas dan bertanggungjawab. Kita sering mengungkit budi yang kita tabur pada keluarga walau pada hakikatnya tak setara mana juga kerana kalau ikut kemampuan kita sebenarnya jauh lebih baik yang boleh kita beri kepada keluarga kita. Sayangnya kita lebih pentingkan diri sendiri dan rakan-rakan kita dari keluarga sendiri. OK KE MACAM TU ?
OK KE ? bila kita berpesan kepada anak-anak kita bahawa apa yang ada ini sudah cukup baik. Tidak perlulah cuba untuk memajukan diri melihat jauh ke dunia luar. Kalau keluarga ini sudah begini nasibnya tak perlulah cuba-cuba untuk mengubah nasib dengan cara yang lain melainkan dengan cara kita sendiri sebagai ketua keluarga. Kita kawal seketat-ketat yang boleh keluarga kita seperti kita memberitahu bahawa dunia diluar itu sungguh gelap dan penuh kejahatan sedangkan rumah kita banyak dinding-dinding bocor, bumbung-bumbung berlubang yang memberitahu bahawa sebenarnya diluar sana tidaklah segelap dan jahat sebagai mana yang kita gambarkan. Ibarat kata warna kuning tetapi kita cuba beritahu itu adalah warna merah. OK KE MACAM TU ?
Sempena tahun baru 2011 ini biarlah kita berfikir secara yang lebih bebas dan boleh membuat pilihan yang bebas mengikut naluri kita. Kita sebagai anak-anak terpelajar dalam sebuah keluarga tahu batasan hormat dan kurang ajar. Yang baik sememangnya telah lama kita iktiraf ia sebagai baik. Yang tidak baik itu tetap tidak baik sampai bila-bila walau penjaga kita cuba mengajarkan kita bahawa itu juga adalah baik dan boleh diterima. Memang benar penjaga kita berjasa membesarkan kita tetapi memaksa kita mengikuti/menerima sesuatu yang tidak betul samada secara terang, halus atau paksa adalah tidak wajar. Jagalah keluarga kita sebaiknya selagi masa masih ada. Buatlah perubahan yang sewajarnya agar keluarga kita benar-benar merasai yang kita sememangnya mahukan yang terbaik untuk keluarga kita.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011.

Ahad, 26 Disember 2010

MISKIN KERANA BANYAK BERALASAN ?

Terpanggil aku nak mengulas tentang statement yang menjadi tajuk N3 kali ini. Acap kali aku mendengar ungkapan ini dari orang-orang yang sudah kaya, sedang kaya, bakal kaya atau pernah kaya. Mungkin ada benarnya ungkapan mereka itu dan mungkin juga tidak. Orang-orang kaya boleh berkata apa saja kerana mereka kaya. Hak untuk orang kaya mengata orang miskin. Tetapi bagaimana hak orang miskin dalam kehidupannya. Walau pun miskin mereka juga makhluk mulia ciptaan yang maha kuasa dan ada peranan mereka yang tersendiri. Hidup dan kehidupan ini saling melengkapi sebenarnya.
Ada sebab musababnya Allah menciptakan manusia ini dari pelbagai kaum, keturunan, taraf hidup dan lain-lain kepelbagaian. Tujuannya lain tidak adalah untuk umat manusia saling menghormati antara satu sama lain. Kalau orang kaya merasakan hidupnya bagus, selesa, mewah, bahagia dan serba serbinya terbaik akan tetapi rasanya belum ada lagi orang miskin yang jadi GILA bila menyedari dirinya miskin dan melihat orang lain kaya. Kenapa ada orang kaya yang tergamak untuk mengatakan orang yang miskin (dimata orang-orang kaya ini) penuh dengan alasan. Tidakkah mereka tahu bahawa simiskin ini walau miskin dizahirnya (harta benda/wang ringgit) tetapi jiwa mereka tidak pernah miskin. Kepala mereka tidak pernah berhasad dengki, khianat dan sebagainya sebagaimana sebahagian besar orang-orang kaya. Orang miskin cukup bahagia dengan keluarga dan kehidupannya. Kebahagiaan ini sebenarnya KEKAYAAN YANG TIDAK ADA PADA SEBAHAGIAN BESAR ORANG-ORANG YANG MERASAKAN DIA KAYA. Orang kaya selalu tak cukup masa kerana mengejar kekayaan tetapi orang miskin bersyukur dengan masa yang ada dan menikmati masa-masa berharganya.
Pada orang-orang kaya mungkin difikiran mereka adalah kebahagiaan itu akan wujud bila wang melimpah ruah. Ya benar bila wang melimpah ruah hidup jadi senang, apa yang terniat boleh dimiliki/lakukan. Tetapi sedarkah mereka bahawa simiskin tidak pernah banyak alasan seperti yang dikata. Cumanya mungkin simiskin tidak pernah cuba memikirkan bahawa kenapa dia tidak kaya seperti sikaya kerana dia tahu itu akan hanya menambah tekanan dalam hidupnya.
Hidup sudah terbeban, apa guna menambah lagi beban. Sebab itu aku katakan jarang benar kita dengar orang miskin jadi gila sebab dia miskin tetapi ramai orang boleh jadi gila bila dia gagal kaya dan pernah kaya kemudian jatuh miskin. Isi kepala itu yang penting. Sikaya yang mendabik dada mengatakan simiskin banyak alasan dek kerana keghairahan memburu kekayaan harus ingat kekayaan boleh datang dan pergi. Bersediakah anda untuk berhadapan dengan kemiskinan kerana anda sekarang kaya?
Kaya itu memang baik, bermartabat dan sebagainya tetapi miskin itu juga tidak hina melainkan dihina. Miskin juga tidak susah melainkan disusahkan. Kejarlah kekayaan semahunya yang kamu mahu tetapi jangan sekali-kali menghina dan merendahkan martabat kehidupan orang lain. Jangan katakan orang miskin itu banyak alasan sedangkan orang-orang kaya juga banyak alasan bila kesibukan memburu kekayaan dengan mengenepikan hak kekeluargaan, rakan taulan, masyarakat setempat. Adakah ini nak dinafikan oleh orang-orang kaya? Apa alasan orang-orang kaya ini bukan alasan. Hebat sungguh kehidupan orang-orang kaya sebab mereka boleh buat apa saja ( bukan alasan) kerana mereka nak terus kaya.
Jika berhajat untuk jadi orang kaya beriman kenalah betulkan sedikit pandangan terhadap orang miskin. Belajar menghormati hak orang lain. Belajar menghormati apa sahaja yang bukan berkenaan diri kita (yang kaya) agar iman yang dimahukan benar-benar meresap. Kayalah semahunya, jangan sekali-kali memandang hina pada orang lain yang tidak kaya.

Rabu, 15 Disember 2010

KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN

Selalunya wujud kesempatan dalam kesempitan. Oleh itu bagi mereka yang suka mengambil kesempatan, iktibarnya adalah mewujudkan sebanyak mungkin kesempitan. Dalam kesempitan itu ada pelbagai perasaan takut yang wujud ( agar terus rasa terhimpit). Pelbagai kesakitan, kesusahan, kesengsaraan, kemiskinan, kelemahan, kemunduran, penindasan dan pelbagai lagi ke.. dan ...an terus dimainkan secara visual mahupun secara pendengaran.
Manusia yang dalam kesempitan selalunya akal fikirnya menjadi kelam kabut, celaru dan mudah untuk dimanipulasikan. Manusia yang akan mengambil kesempatan akan mencipta apa jua jalan agar wujud seluas-luasnya ruang kesempitan agar mudah ia mengambil kesempatan. Titik lemah dalam pemikiran inilah yang banyak mendatangkan keuntungan kepada mereka yang kadang kala kita kata sebagai tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.
Teori ini adakah ianya akan selamanya berjaya ? Zaman dah berubah. Manusia yang masih lagi percaya dalam kesempitan itu ada kesempatan mungkin akan tersilap membuat percaturan. Mengena tidak semestinya berpihak lagi pada yang mencipta kesempitan kerana mereka yang ditarget akan terkena juga sudah bijak untuk mengenakan.

Selasa, 14 Disember 2010

CADANGAN GUA BATU

Apa punya jawapan mamanda yang jaga ni. Kalau nak jimat nak murah, sayur tanam sendiri. Habis gula ? tanam tebu sendiri, proses sendiri ? Semuanya nak guna minyak. OOO minyak pun pi gali sendiri kalau nak murah. Benda lain bolehlah jimat cermat tak beli. Ini benda makan, mau tak mau kena beli.
Jawapan zaman batu dibagi mamanda dizaman serba canggih dan langit terbuka ni. Rendahnya mentaliti atau cuba merendah-rendahkan. Kalo ini rophe jawapan nyer hee... tok menakan teman pun bleh amik tempat memanda. Aper ler kome ni ? kome sebenor nak nolong ke idok ? Gini gayer rophe nyer hee... pensil kene asoh bagi tajam.... habuan nulih jawapan yang lebih intelektual... Sian deme...

Rabu, 8 Disember 2010

LAYAK KERANA USAHA DAN NASIB

Tahniah kepada pasukan bolasepak negara kerana layak ke separuh akhir Piala Suzuki. Anda telah berusaha keras dalam perlawanan terakhir dengan membenam Laos 5 - 1. Tidak boleh dinafikan juga anda layak kerana faktor nasib. Nasib Thailand kalah dan terima kasih Indonesia yang bermain secara profesional dan memenangi perlawanan. Tidak salah pujian diberi kepada skuad Indonesia kerana mereka punya pilihan untuk bermain secara santai kerana kedudukan mereka sedikit pun tidak akan terjejas jika kalah sekali pun.
Jelas kelihatan kesungguhan dalam persembahan mereka. Bambang Pamungkas dan rakan-rakan telah membuktikan mereka adalah kuasa terkini bolasepak rantau asia tenggara yang harus diberi perhatian. Lebih menarik lagi kelab bolasepak liga perdana Inggeris iaitu Liverpool juga khabarnya akan membuka akademi bolasepaknya di Indonesia. Satu perkembangan yang sangat menarik di negara jiran kita.
Thailand pastinya pulang dengan muka yang merah padam. Pernah digeruni sebagai antara gergasi dirantau asia tenggara, prestasi mereka begitu merudum. Selepas Peter Whithe mengendali dengan agak cemerlang suatu ketika dahulu, kini dibawah kendalian Brayn Robson seorang lagenda bolasepak Manchester United, kelihatan Thailand semakin merosot prestasi mereka. Apakah Brayn Robson akan angkat kaki sebab kemerosotan ini ? kita tunggu dan lihat...
Berbalik kepada pasukan kebangsaan kita, satu sahaja harapan iaitu tonjolkan permainan yang terbaik. Kalah atau menang itu satu soal lain. Kalau kalah dengan prestasi hambar bak pasukan budak sekolah bermain liga kampung bukan sesuatu yang berbaloi bagi penyokong yang masih sayangkan skuad negara ini. Kalah melawan dengan cara yang terbaik lebih diterima akal. Bukanlah kita semua hendak pasukan kita kalah tetapi hakikatnya apabila pasukan kita kalah, permainan yang ditunjukkan amatlah memalukan kualitinya.
Apa-apa pun selamat berjuang... marah macam mana pun Malaysia tetap kita sayang... Marah pun sebab sayang... kalau tak sayang tak ambil peduli dah....

Selasa, 7 Disember 2010

DIMANA TUANNYA MELAYU ?

Melayu yang makan gaji ? sudah tentu bukan... ( tengah bulan dah paras hidung)
Melayu yang kerja sendiri ? pun bukan... ( kadang2 lebih, kadang2 tak cukup)
Melayu yang berniaga kecil-kecilan ? bukannn... ( hutang along jugak..)
Melayu yang mengampu ? bukan... ( hidupnya bergantung sehebat mana dia mengampu)
Melayu yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ? lagi bukan... (asyik mengais jer)
Melayu yang hidup ikhlas, jujur ? bukan jugak.... ( pasrah ini semua dunia... )
Melayu yang sedar diri ? bukanlah... ( takut akan kehidupan yg kekal di akhirat )
Melayu bertani ? dari dulu lagi bukan...
Melayu nelayan ? bukan...
Pendek kata melayu yang biasa2 ni tak pernah merasa pun macam tuan. Yang merasa dirinya tuan ?
Mungkin,
Melayu berjaya dalam berniaga atas usaha kuat sendiri... ( syabas anda memang HEBAT!! carry on...)
Melayu yang kaya hasil menipu..... ( mulut manis, tangan beracun)
Melayu yang suka ambil kesempatan ( bukan pandai ambil kesempatan)
Melayu yang pijak kepala melayu lain.... ( nak senang cepat )
Melayu yang cakap lain, buat lain.... ( mengelirukan orang lain )
dan macam-macam jenis Melayu lagi yang amat terasa tergugat hidupnya jika tuan yang diwujudkan hilang. ( kecuali Melayu yang berjaya dalam berniaga atas usaha sendiri sbg contoh dlm MLM dan lain2)
Pendek kata dengan tekanan dan kesusahan hidup majoriti kaum Melayu ini, nak dimomok apa dengan Ketuanan Melayu. Lantai rumah berlubang, bumbung rumah bocor, makanan berkhasiat lama-lama sekali, anak nak sekolah tak ada duit, bekalan air paip tak ada, bekalan elektrik tak ada..... dimana tuannya melayu ni? Melayu yang ada hari ini bukan berada dizaman awal merdeka lagi.... Melayu hari ini adalah Melayu di zaman milenium... tetapi kenapa masih ada melayu yang kabur nasibnya seperti zaman baru merdeka.
Bukalah minda kita untuk menerima hakikat nyata. Mahu tak mahu kita kena memikirkannya kerana kita dalam rumpun Melayu.... Bila Melayu bersuara jika tidak senada jangan di anggap musuh, jangan diulit dendam, jangan dikenyit ugutan. Melayu bersuara untuk kebaikan semua. Apa guna Melayu jika hanya duduk membatu, berdiri bak tunggul buruk.
Maaf jika bicara ini tidak selayaknya dilayangkan kerana aku sedar siapa aku... kerna itu AKUAKULAHJUA....

Sabtu, 4 Disember 2010

MANA LAGI PENTING ?

Antara BANGSA dan AGAMA ? Mengagungkan bangsa atau mengagungkan agama. Agama menyatukan semua bangsa, tak kira apa keturunan dan dari ceruk mana dalam dunia ni kita datang. Buktinya semasa IBADAH HAJI di Mekah berlangsung. Seluruh umat manusia berkumpul, wukuf di padang Arafah ( seakan perhimpunan di padang mahsyar kelak) tidak membangkit sedikit pun asal keturunan (Bangsa) kita disitu.
Kalau tak silap aku setelah mati dalam soalan Munkar Nankir tak ada KAMU BANGSA APA? So apa nak besar-besar sangat soal bangsa tatkala soal agama pun dipandang remeh jer... Tak lain tak bukan sebab nakkan dunia semata-mata. Bangsa hanya laku didunia sahaja. Di akhirat kelak tak laku dah... Cuma kita dijadikan berbangsa-bangsa (puak) adalah untuk saling mengenali, hormat menghormati antara satu sama lain. Itu yang disebut dalam agama. Kita tidak disuruh untuk bermusuhan, mencurigai hanya kerana berlainan bangsa.
Jadi ini dah terbukti agama menyuruh kira yang terbaik dan ianya lebih jauh terbaik berbanding bangsa yang sempit. Tahu asal keturunan kita itu memang penting tetapi bukan untuk mengagungkannya melampau-lampau melebihi agama. Kenapa aku kata melebihi sebab hari ini kita boleh lihat kalau agama digugat, macam tak dak apa berlaku jer ... tapi kalau bangsa digugat ... wah bukan main lagi juak-juak berjuang menjaga maruah kononnya. Agama tergugat bukan bererti secara nampak terang terangan tergugat tetapi secara halus tergugat... adakah juak-juak nak perduli ? Jawabnya tidak.... Sayang seribu kali sayang kerana tidak menjadi sebahagian khalifah yang sebenar-benarnya berjuang untuk hidup juga berjuang untuk agamanya.
Antara KETUHANAN dan KETUANAN mana yang lagi penting. Penting untuk DUNIA DAN AKHIRAT... Dalam KETUHANAN segala-galanya adalah jelas, ada kitabnya ada ajarannya ada nabinya ( yg pasti bukan seorang MELAYU) ada jaminan syurga dan neraka.... Dalam KETUANAN ada apa ? ada tikam belakang, pengkhianatan, fitnah, penganiayaan, curiga mencurigai, yang kuat berkuasa yang lemah mangsa, pentingkan diri dan macam-macam lagi yang semuanya untuk dunia semata-mata.... kemuliaan hanya untuk mengipas, mengampu... dunia-dunia...
Berfikirlah secara rasional dan seperti orang beragama yakni Islam. Daulah bangsa tak kemana Daulah Islam Sejahtera Selamanya Dunia dan Akhirat.... aminnnn...

Khamis, 2 Disember 2010

KALA BUMI MENYONGSANG PUTARANNYA

Tak dak guna apa dah walau satu sen pun. Apalagi harta berkoyan-koyan, duit meliun triliun. Sahabat ketawa yang selama ini sering mengipas, busuk pun dikata wangi, jelik pun dikata ok, meloya pun dikata sedap sudah tidak berguna lagi. Tatkala pada masa itu nak mencari sipolan sipolan untuk memohon ampun dan maaf juga sudah tidak berguna lagi.
Kuasa yang kau ada juga tidak berguna lagi. Allah juga yang maha berkuasa atas segalanya. Hentikanlah zaman songsang ini, kembalilah kita menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Bersuaralah kita pada kebenaran, menentanglah kita pada kebatilan. Tegakkanlah kebenaran, tumbangkanlah kebatilan. Sebelum segala terlambat dan sudah tidak berguna lagi....

ZAMAN SONGSANG

BERANI KERANA SALAH, TAKUT KERANA BENAR. Satu kenyataan yang macam tak ada beza tetapi sangat berbeza. Zaman Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah sudah berlalu samada kita sedari atau tidak.
Kita tengok sajalah di sekeliling kita hari ini.... YANG SALAH SEMUANYA BERANI-BERANI dan YANG BENAR SEMUANYA TAKUT-TAKUT. Dijalan raya sebagai contoh, Mat Rempit, Mat Pelesit dan lain-lain Mat-Mat semuanya SALAH dan mereka ni BERANI-BERANI. Kita salah ke, dia salah ke tetap kita yang jadi takut dan dia yang berani. Maka wujudlah samseng jalanraya.
Anak-anak muda sekarang dalam berpacaran, bagaimana lagaknya ? BERANI!! walaupun dengan perlakuan yang SALAH. Kita yang masyarakat teramai ini bagaimana pulak bila berhadapan dengan mereka ini ? kebanyakkannya walau tidak semua tetapi kebanyakkannya TAKUT walau berada dipihak yang BENAR. Takut nak menegur, tak nak kecoh kerana mereka sanggup memaki hamun kita. Belum lagi mak ayah yang akan memaki kita sebab sibuk hal anak pinaknya. Belum lagi kes-kes yang mereka fikir perlu dibawa ke mahkamah.
BERANI KERANA SALAH dalam membuat fitnah yang sangat berleluasa hari ini. Kenapa ianya berlaku ? kerana adanya kuasa ? adanya payung tempat berlindung? adanya ketiak tempat bersembunyi ? Banyaknya manipulasi-manipulasi yang boleh menjerut siTAKUT KERANA BENAR. Pada hari ini yang takut-takut bukan lagi orang-orang yang salah tetapi kebanyakkannya orang-orang yang berada dipihak yang benar.
Zaman sudah sangat songsang. Yang betul dikata salah yang salah dikata betul. Yang biadap bermaharajalela, yang sopan menjadi mangsa. Keadaan sudah semakin menjadi kucar. Masyarakat semakin sakit. Anak sudah tidak hormat pada ibu ayah, apa lagi nak hormat orang lain. Zaman " anak aku buatlah macam anak hang, kalau salah tegok la... tunjuk ajar dia"... sudah semakin menjauh... sekarang zaman " awat nak sibuk hal anak aku ? anak masing-masing... masing jagalah!! " ini ungkapan yang banyak masa kini. "Tepi kain sendiri tak terjaga nak jagi tepi kain orang..." lagi satu ungkapan yang biasa-biasa masa kini.
Begini keadaannya, beginilah realitinya. Di dahan mana kebenaran nak berpaut ? di tebing mana kebenaran nak bertaut. KEBENARAN semakin dipandang sepi, sebaliknya KESALAHAN makin terpuji. Inilah natijahnya bila kebendaan, wang ringgit dan kuasa menjadi raja di hati.
Semoga masih ada sinar buat yang BENAR, semoga yang BENAR akan bangkit membetulkan arah yang semakin menyongsang. Semoga BERANI KERANA BENAR AKAN KEMBALI DITEMPATNYA DAN TAKUT KERANA SALAH AKAN KEMBALI KE TAKUKNYA.

Rabu, 1 Disember 2010

NAZAK NAK MATI....

Kematian adalah dalam pelbagai keadaan. Yang aku nak utarakan bukan selatankan disini ialah jasad yang nazak nak mati akibat sakit yang perlahan-lahan. Ada dua keadaan jasad itu menghadapi ujiannya. Yang pertama jika jasad itu penuh dengan keimanan, percaya kepada kematian dan telah lama bersedia untuk mati maka hari-hari terakhirnya sentiasa tenang. Mungkin lebih tenang dari mereka yang masih segar bugar bernafas. Dia tidak akan melihat sekelilingnya secara negatif dan jauh sekali memandang kehadapannya secara negatif. Dia tidak akan marah-marah, meracau, mencari salah silap orang lain yang menyebabkan keadaannya begitu.
Dia akan terus tenang dan sejuk mata memandang. Sebaliknya jasad yang kurang atau tidak ada keimanan ini bila menghadapi hari-hari akhir hidupnya akan terus meronta dan bergelora jiwanya. Segala apa jua dipersekitarannya adalah salah. Orang di sekitarnya semua salah. Sakitnya semua berpunca dari orang lain. Dirinya tidak ada salah langsung. Jadinya keadaannya begitu adalah kerana orang lain. Hari-hari dirinya akan meracau, mengingau dan mengalami mimpi ngeri silih berganti siang dan malam. Perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya selain dari merintih adalah diselang-seli dengan maki hamun, kata nista dan dusta. Masih ada busuk hati untuk memfitnah orang lain....Masyaallah matimu sudah semakin dekat.
Perbanyakkanlah amal ibadah.... bersabar... muhasabah diri.... bertaubat kalau perlu. Berdoa juga memohon ampun atas segala kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Bermaafan juga dengan insan-insan persekitaran. Berdoalah juga agar disembuhkan dari sakit dan dipanjangkan umur. Mampu membaiki diri dan kesilapan silam dan mengembalikan kepercayaan orang kepada diri. Inilah saja peluang masa yang ada sebelum mautmu benar-benar tiba.... kalau kau mati pun tidaklah kau mati terlalu hina.

Selasa, 30 November 2010

HIDUP DAN KEHIDUPAN

Dalam setiap hidup ada kehidupan. Dalam setiap kehidupan ada pelbagai rencahnya. Suka duka, sedih takut, susah senang, tawa ria adalah antara warna warni kehidupan. Hari ini kehidupan sangat unik. Apa apa pun biarlah :
1. YANG RASA LEMAH JANGAN MENJADI KECUT
2. YANG MERASA KUAT JANGAN TERLALU MENGEPAK
3. YANG RASA PANDAI JANGAN MEMANDAI-MANDAI
4. YANG RASA KURANG PANDAI JANGAN DIKUDA
5. YANG KUAT AUTA JANGAN ASYIK MENIPU

Kerana kita masih ada peluru dalam simpanan bak pesanan lirik lagu M.Nasir ( kalau tak silap, klu silap maaf je la) .... Tinggalkan Satu Peluru.... Janganlah disalah tafsir pulak peluru itu peluru senjata api, tapi adalah peluru sebagai perlambangan kepada hak dan kuasa diri kita ke atas diri kita.

Jumaat, 5 November 2010

SATU PERINGATAN

Kalah menang adalah adat dalam bertanding. Tidak kiralah apa yang dipertandingkan. Sama ada padangnya sama rata atau tidak atau apa-apa lagi yang lain-lainnya yang dikira tidak sama rata. Yang menang pastinya gembira, mendabik dada megah berkata-kata. Yang kalah pula jangan cepat putus asa dan bermuram durja. Sudah menjadi kebiasaan juga yang menang akan merasa dirinya hebat dan yang kalah merasa dirinya lemah. Akan tetapi disebaliknya jika yang menang itu merasa gagah dan hebat bermakna kemungkinan dia akan menerima kekalahan adalah besar dan jika yang kalah itu merasa dia tidak lemah tetapi perlu cermin diri dan terus berusaha maka kemenangan masih menunggunya dihadapan.
Bagi orang yang sentiasa menang dan sesekali dia kalah, ibaratnya seorang yang sentiasa sihat tiba-tiba jatuh sakit. Maka semasa sakit ini adalah waktu untuk merenung kembali kekurangan yang perlu diperbaiki agar ia tidak berlarutan. Baiki semua kesilapan, tingkatkan usaha berterusan, tunjukkan kesungguhan dan keyakinan.
Kemenangan itu melalaikan.... kekalahan itu menyedarkan. Bertemu kekalahan dalam ujian yang kecil adalah lebih baik dari dibaham kekalahan dalam ujian yang besar.

Selasa, 26 Oktober 2010

Hub Pusat Hiburan Malam.... Wow!!

Wow menarik dan best idea yang menanti untuk dilaksanakan ini. Pastinya akan menggamit kedatangan ramai pelancong. Penyerapan budaya juga akan mudah dan cepat berlaku. Usah difikirkan budaya siapa yang meresap kepada siapa ? Bagi yang sukakan 'night life' inilah yang ditunggu-tunggu sebagai sebuah negara maju.
Bagi yang membantah pasti akan semakin kuat azam dan tekadnya membantah. Bagi yang ditengah-tengah antara sedar dan tidak jika cenderung ke arah sedar maka perkara ini akan terus menyedarkan simpang mana yang harus dipilih, arus mana yang harus dilayari dan arus mana yang semestinya ditongkahi.
Bagi yang sayangkan generasinya pasti akan membuat pilihan yang tepat. Bagi yang tidak memikirkan sangat soal untung rugi generasinya sudah pasti bergembira dengan keadaan ni. Maklumlah hidup hanya sekali. Semasa hidup inilah nak dilakukan segala mungkin. Soal lain belakang kira. Itu pu kalau ada kesempatan untuk menoleh kebelakang buat membaiki kesilapan silam.

Isnin, 25 Oktober 2010

PERLUKAH MENARA LAGI ?

Pada pandangan/firasat aku kerana aku merasakan aku jugak ada hak nak bersuara berkenaan Menara 100 tingkat yang nak dibina ianya adalah tidak perlu buat masa ini atau mungkin selama-lamanya pun tidak perlu. Sebagai rakyat yang perihatin dengan negara yang disayangi ini maka pertimbangkanlah semula cadangan nak bina menara tersebut.
Apa kewajarannya ? Antara hujah yang aku dengan dari mulut menteri pelancongan Ng Yen Yen, katanya menara baru yang lebih tinggi perlu untuk menunjukkan kemajuan negara kita dan ia sebagai tarikan pelancong. Menyebutkan beberapa negara/tempat yang ada menara tinggi seperti di Taiwan, Dubai dan lain2 kata menteri berkenaan Malaysia mesti mempunyai satu mercu tanda baru yang lebih tinggi.
Setakat itu sahaja hujah yang dikemukakan ianya memang tidak cukup kuat untuk aku berfikir secara logik untuk menerima dan menyokong idea tu. Dengan jumlah bajet 5 bilion yang mungkin akan lebih dari itu kos bagi memajukan menara 100 tingkat, alangkah indahnya jika peruntukan bajet tersebut dibelanjakan pada keperluan yang benar-benar mensejahterakan seluruh rakyat. Bila seluruh rakyat sejahtera, pelancong yang datang akan dapat melihat kesejahteraan, kegembiraan dan keceriaan rakyat Malaysia yang menerima kehadiran mereka dengan lebih bererti.
Hidup rakyat yang baik, stabil, tiada rasa susah dan tidak puas hati akan memberi imej yang cukup baik kepada Negara berbanding tersergam menara bisu 100 tingkat yang mungkin akan menyebabkan tertumpahnya airmata rakyat teramai menanggung bebannya. Pada aku sebahagian besar pelancong yang datang ke sini bukan nak melihat kecanggihan bangunan tinggi-tinggi sebaliknya mereka nak melihat keunikan budaya, cara hidup yang rukun rakyat berbilang kaum negara ini dan kepelbagaian lain-lain seperti makanan, kesenian dan warisan setiap bangsa.
Kenapalah perkara seperti ini pun tak boleh difikirkan. PNB yang akan menanggung/menguruskan kos pembinaan menara ni lebih baik cari jalan dengan duit sebanyak 5 bilion tu untuk memberi pulangan yang lebih baik kepada pelaburnya agar dapat menggunakan keuntungan pelaburan untuk merancakkan ekonomi rakyat teramai. Aku mungkin tak pandai sangat berkenaan urusan ekonomi tetapi berfikir secara orang kampung, inilah pandangan aku....

Ahad, 17 Oktober 2010

SHOPPING SAKAN...

Wow cukai barang kesukaan orang tempatan dan pelancong (membeli belah) dihapuskan/dikurangkan ka hingga cukai hingga 30% kalau tak silap. Ini berita sangat baik kepada orang-orang kampung, rakyat marhain terbanyak yang suka bershopping sakan, turun naik tangka butik, emporium dan lain-lain pusat jualan barangan berjenama yang sememangnya sangat diperlukan oleh mak cik jah, kak kiah, cik senah dan ramai lagi nama-nama familiar, tipikal name kata omputih. Pastinya setiap majlis kenduri yang dihadiri mesti nak tayang beg tangan yang berlainan, bau minyak wangi yang berlainan ( nak menghilangkan bau selut, bau getah skrap, bau buah sawit). Gincu dan alat-alat mekap juga mesti yang terbaik. Seluar dalam juga bolehlah lepas ni pakai yang jenama dari paris, milan, london.
Nanti pak cik Non balik dari kebun tekejut beruk dia tengok mak andehnya dah bersedia. Maklumlah barang dah murah. Makan minum pun mungkin boleh dilupakan sebab tak penting sangat pun... yang penting shopping, gaya, prestij... harummmmm... Raga bawang, cabai semua boleh tukar dengan susunan koleksi beg tangan, kasut dan lain-lain.... haha... memang hebat gaya hidup masa kini... Handphone pun semakin murah, semua orang boleh memilikinya... boleh buat turun apa saja bentuk video ikut kesukaan. Buat koleksi atau buat rujukan, atau buat kenang-kenangan... Untuk tidur dalam suasana yang lebih klasik kelambu pun dah murah dah... Eh! bila pulak kali terakhir aku tidur guna kelambu tah... lupa la pulak...
Eloklah duit-duit lebih yang didapati tu diguna untuk shopping setiap bulan, sebab barang murah. Tadi siang aku tengok kat tv...., rancangan mee goreng teh o, seorang tetamu jemputan telah pun menunjukkan contoh yang baik untuk shopping. Satu majlis satu beg tangan, kena match pulak dengan baju, kasut. Kalau dalam sebulan ada 4 majlis nak pergi maknanya 4 persalinan full set yang berlainan. Kata tetamu tu lagi barang yg dia guna paling lama setakat 6 bulan kalau tak silap aku la pelas tu kira mcm dah out dated la.... fuhhh!!!! tu dia contoh baik yang mesti orang ramai ikut...
Kenalah ubah suai rumah untu simpan semua koleksi.... barang-barang keperluan untu sumbat perut bolehlah dipandang sipi2 jer... keperluan pakaian sekolah anak-anak dan lain-lain perbelanjaan harian kita kena fikirlah sendiri. Jangan asyik nak salahkan orang jer... tau. Jangan malas bekerja, jangan salahkan takdir. Simpan duit banyak-banyak untuk shopping2... jalan-jalan.... menjana ekonomi..... Kena belajak dulu mengenali brand-brand Aramis, D&C, DKNY,RALPH LAURENT dan tang aku pasti banyak lagi dan aku tak tau... kelambu jenama apa yang baik noh? spenda pulak brand apa yang sedap pakai.... minyak wangi apa yang tahan seminggu tak hilang bau.... Fuhh!! banyak2 nak kena study ni... sebut pun kena betul gak.... hehe... SELAMAT BERSHOPPING LER YER !!! ....BEST! BEST!...

Khamis, 14 Oktober 2010

MONEY MANAGEMENT a.k.a BIJAK WANG

Sampai hari ini ramai dikalangan kita gagal menguruskan kewangan masing-masing. Tak kata kat orang, diri sendiri pun termasuk juga. Kenapa jadi begini ? Kerana tidak ada dedahan secara menyeluruh. Sepatutnya perkara ini didedahkan seawal usia persekolahan. Pengurusan Kewangan ini perlu dijadikan satu subjek penting yang diajarkan disekolah-sekolah. Setiap orang perlu belajar subjek ini dan akhirnya nanti setiap rakyat akan bijak menguruskan kewangan masing-masing dan secara tidak langsung negara akan lebih cekap dalam hal ekonomi.
Bijak menguruskan kewangan bukan semestinya untuk orang yang nak berniaga sahaja, sebaliknya setiap insan yang bernyawa di muka bumi pasti ada memegang dan menguruskan wangnya. Tidak kiralah samada jumlahnya banyak atau sedikit. Perkara ini mungkin telah terlepas pandang atau sebaliknya, bukan bertujuan menuding jari pada pihak berwajib tapi sama-samalah kita memperbaiki kelemahan ini.
Rasanya banyak masalah seperti bankrap , hutang along dan lain-lain dapat diatasi jika pengetahuan pengurusan kewangan yang cekap ada pada setiap orang. Tidak dinafikan memang ada rancangan ditelevisyen yang membicarakan dan mengajar soal kewangan tetapi berapa orang sangat yang menonton ? kena pulak waktu siarannya lewat petang atau waktu maghrib.
Paling berkesan jika perkara ni dijadikan subjek penting di sekolah-sekolah, seperti mana pentingnya subjek matematik dan lain-lain.

Rabu, 13 Oktober 2010

PERBELANJAAN TINGGI VS PENDAPATAN TINGGI...

Sejak akhir-akhir ni pukulan canang pasal PENDAPATAN TINGGI seringkali dimainkan. Melihatnya ibarat melihat buah yang sedang masak tapi tak jatuh-jatuh.... sedangkan dibawah ni sengatan kerengga (PERBELANJAAN TINGGI) sudah tak tertahan sakitnya mengigit-gigit .... kegatalan akibat gigitan sang semut membuatkan kaki ni rasa nak penendang ja pangkal pokok ni kot-kot mau jatuh buah yang asyik dicanang sedap, manis dan macam-macam lagi.
Banyak pulak songehnya syarat-syarat buah ni nak luruh. Kena kaji dulu kalau luruh waktu pagi macam mana, klu luruh belah tengah hari/ petang atau malam apa pulak halnya... buah dah masak baru nak kaji... kenapa tak dikaji lebih awal bila buah tu dah nampak matang nak masak.
Kalau ditimbang antara PERBELANJAAN TINGGI VS PENDAPATAN TINGGI sudah tentu sangat tidak seimbang beratnya dimana lebih berat pada PERBELANJAAN berbanding PENDAPATAN.
Kalau PENDAPATAN TAK TINGGI rasanya kita tak kisah kalau PERBELANJAAN JUGAK TIDAK TINGGI. Oleh itu segerakanlah urusan yang meresahkan ramai umat manusia ini. Kesabaran itu ada hadnya, dah banyak kaki-kaki yang bengkak menahan gigitan sang kerengga sambil memujuk hati agar bersabar kerana buah masak itu pasti akan gugur. Mata jugak semakin pedih kerana masin peluh dikepala.
TAK ADA SAPA SUKA PERBELANJAAN TINGGI TAPI PENDAPATAN TAK TINGGI-TINGGI. KALAU PAYAH NAK BERI PENDAPATAN TINGGI, RENDAHKAN KOS SARA HIDUP YANG SANGAT TINGGI SEKARANG. Eloklah buat yang orang suka sebelum bertukar menjadi duka. Bijaksana dan Bijaksini. Fikirlah sendiri...

Isnin, 11 Oktober 2010

BAS MAUT

Tak akan ada siapa yang akan naik BAS MAUT. Tapi sering kali dan saban kali berlaku juga kemalangan maut. Maklum sajalah bila bas yang kemalangan pasti besar jumlah korbannya. Salah satu punca dari banyak-banyak punca ialah kelajuan. Pada aku kelajuan pada setiap bas harus dikunci pada kelajuan maksimanya yang dibenarkan sahaja.
Kunci saja kelajuan bas pada 100 km/jam, tekanlah minyak sekuat mana pun kelajuannya terhad pada 100 km/jam. Dengan ini kelajuan sudah dapat dikawal. Sekarang dalam keadaan kelajuan yang tak terkawal walau ada tanda hadlaju yang dibenarkan, tetapi sipemandu masih boleh menekan pedal minyaknya rapat selaju mahunya.
Seringkali bila di atas lebuhraya kita memandu dengan kelajuan 110-120 tetapi bas-bas dengan selambanya memotong kita. Berapa kelajuannya ? sudah tentu lebih 120km/jam. Bukan setakat memotong tetapi memecut terus meninggalkan kita yang memandu kereta ni... Kalau nak kejar dan memotong balik mungkin kena pecut 140-150 km/jam...
Banyak lagi faktor-faktor lain tetapi rasanya faktor kelajuan adalah penting untuk dikawal secara teknikal/mekanikalnya, bukan setakat dengan stiker hadlaju atau amaran dan aduan sahaja. HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH.

MENIAGA MACAM GANGSTER !!

Berniaga memang menguntungkan jika tidak masakan dikatakan bahawa 9/10 dari kekayaan adalah datangnya dari berniaga. Baguslah bagi mereka-mereka yang berminat berniaga. Pelbagai kaedah, strategi diatur untuk menarik pelanggan datang kepada perniagaan kita. Malangnya ada juga peniaga yang pelanggan sudah datang kepadanya tetapi layanan seolah-olah pelanggan yang datang tu musuhnya. Layanan macam seorang GANGSTER... melayan mangsanya... ptuihhhh!!... bangang punya peniaga...
Lalu aku teringat cerita P.Ramlee bila fikir-fikir soal berniaga ni. Sama ada anda perasan atau tidak ada banyak pengajaran bab perniagaan dalam filim-filim P.Ramlee, antaranya 6 JAHANAM... ni contoh peniaga gangster... ingat lagi tak bila P.Ramlee ( wataknya aku dah lupa) singgah nak makan disebuah warung... tu satu contoh yang P.Ramlee sampaikan sebagai sindiran kepada peniaga yang berlagak. Ada lagi contoh lain, dalam filim DO RE MI kalau tak silap aku... yang masuk macam nak merompak tapi sebenarnya nak jual ubat gigi. Maknanya lebih kurang menyerbu, mengepung orang secara mengejut/terpaksa ( lebih kurang perangkap jugak la) dan membuatkan simangsa tak boleh berfikir untuk tidak membeli ( sebab tertekan).
Dalam filim DO RE MI juga bila mereka berniaga minyak (obat) dengan ramuan yang mereka sendiri tahu memang sah MENIPU tapi dengan yakinnya dan persembahannya, maka perniagaan mereka berjaya walau untuk sementara. Berbagai-bagai lagi kerenah dunia berniaga ni yang telah digambarkan lebih awal ragamnya oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. 3 ni yang aku paling ingat, mungkin ada lagi yang lain-lain.
Berbalik kepada peniaga layan pelanggan macam GANGSTER... tadi, terus putus angin aku nak melanjutkan urus niaga. Bukan aku tak da duit nak beli, cuma macam biasa bila ada masa kita nak membina kemesraan dan cuba untuk menawar harga, tapi malangnya peniaga ni macam orang baru putus haid ( tapi lelaki).... aku tak rugi apa-apa sebab aku boleh cari kedai lain, tapi peniaga tu dah rugi satu urus niaga yang bukan untuk hari itu sahaja, tapi mungkin selamanya... inilah kesan yang mungkin ramai peniaga tak fikir. KALAU KAU BESAR MASALAH SEBAB BELAKANG RUMAH KAU GUNUNG BERAPI DAH MELETUS, ATAU KETA MEWAH KAU SEMALAM BARU KENA TARIK/CURI tapi bila berdepan pelanggan kau kena tenang dan senyum... pelanggan bukan nak tau apa hal/masalah kau.... pelanggan nak apa yang dia fikir ada kau niagakan....

Isnin, 4 Oktober 2010

HARAM BETUL JUDI NI....

Syukur alhamdulillah sebab kesedaran tentang JUDI ni memang haram ni semakin meningkat. Orang ramai mulai sedar akan peri pentingnya menjauhi JUDI dan sumber-sumbernya. Akan tetapi sejauh mana sebenarnya JUDI itu ingin diHARAMkan didalam hati-hati mereka yang berkuasa untuk mengHARAMkannya.
Kalau dilihat dari segi meriahnya akhbar-akhbar MELAYU kita menyiarkan keputusan perJUDIan, tidaklah nampak akan JUDI ini yang sememangnya HARAM akan diHARAMkan. Kerana itu kita seringkali mendengar di media massa istilah "JUDI HARAM" .... seolah-olah macam ada pulak JUDI HALAL... kerana sememangnya JUDI itu HARAM dan setiap umat islam yang faham agamanya cetek sekali pun tahu JUDI itu HARAM.
Ramai agaknya orang ISLAM/MELAYU kita yang taik JUDI ? sebab itulah keputusannya begitu MERIAH sekali pada HARI-HARI MINGGU. Banyak juga agaknya HASIL dari bayaran syarikat perjudian atas iklan keputusan yang disiarkan. Takkan disiarkan secara saja-saja dan percuma kot? Perlu sangat ke dengan duit HASIL judi tu ? Dalam kesedaran HARAMnya JUDI dan segala apa yang berkaitan dengannya pada hari ini, terutamanya pencetusnya di PULAU PINANG ( tahniah!!) eloklah perkara ini jadi AGENDA NASIONAL untuk mengukuhkan semangat islamiah. Betul-betul kita percaya ajaran yang diberi dalam ISLAM bahawasanya JUDI itu sememangnya HARAM.
Para alim ulama' dan cendikiawan Islam tersohor negara harus segera bersuara dalam hal ini. Agar masyarakat tidak terkeliru dan memahami hakikat sebenar. Wallahualam...

Selasa, 28 September 2010

BACA KOMEN DARI YANG ARIF DAN NEUTRAL.

Berkenaan isu hasil judi digunakan untuk membantu orang ramai, membayar gaji dan lain-lain. Tak perlulah perkara ini nak jadi isu politik kalau faham hukum hakam. Tak mau komen panjang, bacalah sendiri di sini : http//www.malaysiakini.com/news/143718

Ahad, 26 September 2010

APA NAK JADI?

Apa nak jadi ni..... judi dijadikan senjata untuk menikam. Pada pengamatan aku yang tak berapa pandai politikus ni, senjata menikam akan menikam diri sendiri. Kenapa tikam diri sendiri ? fikir-fikir dan amatilah pada ruang lingkup yang seluas-luasnya.
Setuju dengan sahabatku Duniaku..... kemana hasil cukai judi, arak dan lain2 dibelanjakan? apakah ada jugak tabung yang berasingan ? Berat ni berat.... simpati pada para pahlawan sekelian.... bukan senang nak 'menikam'... mudah sangat nanti tertikam.

Isnin, 20 September 2010

HALUAN/JALAN BERBEZA

Tatkala sama melangkah suatu waktu dahulu, kita pernah berpimpin tangan, bertepuk bertampar, bergurau mesra. Akan tetapi pabila sampai disebuah persimpangan kita terpaksa memilih jalan dan haluan sendiri. Masa berlalu terasa sangat pantas, puluhan tahun berlalu pergi, saat eidul fitri menemukan kita rakan-rakan sepermainan, sepengajian suatu ketika dahulu.
Pergh!! berbahasa la pulak... tapi itulah gambarannya bila sekian lama kita tak jumpa rakan lama. Mungkin selepas ni lebih ramai rakan-rakan lama akan kita temui. Lebih-lebih lagi titik awal pertemuan sekarang amat mudah berlaku di dunia maya.
Pasti anda pengunjung blog ini juga semakin ramai dapat menemui rakan-rakan yang banyak mencoretkan kenangan bersama dahulu. Baru-baru ini kita berhari raya, peluang yang terhidang ada yang menggunakannya sebaiknya bertemu sahabat lama.
Sesuatu yang agak mustahil dahulu untuk berlaku iaitu menjejaki rakan taulan secara mudah di alam maya kini sudah jadi satu perkara biasa. Apalagi yang pada masa kini kita fikirkan mustahil hari ini pasti bukan lagi pada masa-masa mendatang.
Ledakan ini sangat cepat berlaku. Manfaatkanlah secara sebaik-baiknya. Nak berniaga pun lebih mudah di dunia maya. Nak kena tipu pun mudah juga... hehe...
Sama-samalah kita nantikan apa pula ledakan mustahil dahulunya tetapi tidak lagi kini...

Rabu, 15 September 2010

TAK PANDAI MEMASAK

Amat malang sekali sekiranya seorang insan lebih-lebih seorang wanita tidak tahu memasak. Terlebih malang lagi tatkala sudah berkahwin masih tidak tahu memasak. Kenapa aku 'highlight' kan perkara ini? sebabnya semalam aku terdengar ianya diungkapkan oleh seorang kenalan yang sudah berkahwin (baru kahwin) katanya dia tak tahu memasak.
Aku percaya bukan dia seorang sahaja malah ramai lagi diluar sana yang berkeadaan sama. Seorang lelaki jika tak tahu masak tidak begitu besar salahnya tetapi jika seorang wanita tak tahu masak memang besar salahnya. Bila sudah mendirikan rumahtangga wajib seorang isteri itu memasak untuk suami dan anak-anaknya. Barulah lengkap tugasannya sebagai seorang isteri.
Zaman memang sudah berubah tetapi kebolehan asas seperti memasak perlu ada pada setiap insan bergelar isteri. Cuba melihat kepada punca berlakunya perkara ini, agaknya semasa remaja langsung tidak pernah ambil peduli dengan kemahiran memasak. Ada juga kemungkinan siibu tidak membenarkan anak gadisnya memasak/menyibuk. Sibuk bagaimana sekali pun kalau tidak dilatih maka jadilah kesannya sekarang.
Bagaimana nak menawan hati suami jika dengan masakan tak boleh. Bagaimana nak membesarkan anak-anak?, bagaimana nak merai tetamu yang datang?
Bukannya susah sangat memasak ni sebenarnya. Kalau tak pandai boleh belajar. Ada banyak buku resepi dipasaran. ada ramai ahli keluarga, kawan-kawan yang kita boleh belajar. Gagal sekali mencuba masakan, perbaiki lagi pada percubaan kedua dan seterusnya.
Apa pun pokok pangkalnya kalau dah MALAS buat apa pun tak pandai. Nanti suami lari cari orang lain baru tau.. Kepada gadis-gadis sekelian luangkanlah masa belajar memasak. Bermula dari yang semudah2 masakan dahulu. Apa pun aku harap lepas ni tak lagi aku terjumpa seorang wanita bergelar seorang isteri berkata " tak tahu memasak ".

Selasa, 7 September 2010

HARI-HARI TERAKHIR...

Hari-hari terakhir berpuasa kini... ini juga menandakan hari-hari terakhir syaitan terbelenggu. Dalam syaitan terbelenggu pun kita lihat ramai manusia terlatih oleh syaitan ni meneruskan kehidupan seperti sebelumnya. Walau syaitan terbelenggu... tersenyum lebar jer dia dibalik belenggunya nengokkan keletah manusia yang telah mahir dilatihnya.
Ada yang tanpa segan silu tidak berpuasa dikhalayak ramai... antaranya aku perhatikan merokok dan lain-lain. Yang sambil menaiki kenderaan, bermotor...kereta atau lain2 asyik berkepul2... begitu juga yg berniaga pakaian raya... berkepul tanpa lagi ada rasa malu... dahsyat ni... latihan perguruan oleh syaitan tahap tggi ni... kalau ditegur golongan ni mau dimaki berjela... inilah gejala sekarang kalau ditegur pasti bertindak balas... silap2 haribulan bertindak lebih kasar lagi...
Kenapa jadi begini gelapnya hati... apakah sebab pemakanan kita hari ini tidak diurus dengan baik tahap kehalalannya.... duit yang kita cari halal tapi makanan yang kita makan tu tak halal dikata halal. Ini cuma satu faktor... ada banyak faktor lain lagi... faktor didikan ibubapa... juga sangat berperanan... anak bermasalah di sekolah disalahkan cik gu....
Inilah zaman yang serba mencabar... semakin nak maju nampaknya semakin punah nilai keislaman dalam diri manusia yang bernama umat islam... Dalam masa yang sama semua nampak nak jadi 'Jaguh Islam' dan pejuang Islam. Tapi hal-hal sebegini nampak seperti tak diendahkan.... anak-anak kurang ajar, anak muda lagak samseng, orang-orang yang lebih tua yang tak boleh dibuat contoh... dan macam-macam lagi penyakit umat Islam kini....
Pandang biar melihat, dengar biar mendengar, rasa biar tahu masam masin, pahit manisnya. Apa pun dikesempatan ini aku juga nak ucap SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI.... SEMOGA LEBARAN INI MEMBERIKAN SERIBU RAHMAT DAN KEBAIKAN KEPADA KITA SELURUHNYA... terima kasih kepada yang masih sudi bertandang membaca blog ini walau agak jarang dibuat N3 atau mungkin N3 ku sekarang sudah tak menarik lagi atau memang dari dulu tak pernah menarik pun... hehe... apakan daya itulah aku..
Berkata-kata kerana aku,akulah jua.... sekadar menulis melepaskan yang terbuku dan tersirat dihati... tidak berniat nak menyinggung/provokasi sesiapa segala dicoret dgn ikhlas. Suka alhamdulillah , tak suka pun alhamdulillah...
Jumpa lagi lepas raya nanti...

Sabtu, 4 September 2010

PENANGAN MAK SITI....

Semalam pi serbu mak siti dengan kawan-kawan.... fuh!! sampai tak mau dibuatnya.... puas!!! mak siti pun layan baik punya.... tak cukup... dia tambah lagi bagi sampai puas.....

Jumaat, 3 September 2010

BERAYA PADA YANG BERHAK

Tinggal tak berapa hari saja lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Syawal bakal menjelang. Berhari rayalah semua sekiannya. Baik yang betul-betul layak beraya mahu pun yang tak layak tetap beraya juga. Kepada yang layak dengan markah 100% aku ucapkan tahniah... Aku sendiri tak tahu berapa saja markah kelayakan untuk berhari raya yang diperolehi tahun ini. Bagaimanalah agaknya kalau Allah mewujudkan 'indicator' secara nampak dengan jelas pada zahirnya markah kita dalam bulan Ramadhan untuk layak berhari raya di Aidil Fitri. Seperti yang kita diajarkan berpuasa bukan hanya pada menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi juga banyak kawalan/perubahan lain yang perlu kita lakukan. Sehinggakan bermaaf-maafan itu bukan hanya pada hari raya tetapi sebelum berpuasa Ramadhan juga kita dituntut bermaaf-maafan agar ibadah dibulan Ramdhan benar-benar mendatangkan rahmat dan keinsafan.
Kalau setakat dalam bulan ramadhan berpuasa tetapi masih berlaku kezaliman, penindasan, penipuan, penyelewengan, penderaan, penganiayaan dan lain-lain apalah ertinya Ramadhan itu... jauh lebih tidak bererti untuk beriya-iya berhari raya.
Sekadar sedikit coretan menjelang hari raya kali ini untuk renungan bersama. Yang baik dari Allah dan yang kurang dan lemah itu datang dari kelemahan diri ini....
Berpesan-pesan kearah kebaikan juga satu ibadah...

Rabu, 1 September 2010

AKU TAK DAK HATI....

Bukan hati aku dah tak dak.... tapi aku tak dak hati nak beri kerjasama dengan manusia yg hanya tahu menagih khidmat tetapi tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan. Biarlah peluang aku dimasa depan mungkin dah tak ada tapi buat saat ini rasanya aku puas jika ketidakpuasan hatiku dapat aku redakan. Tak sanggup lagi rasanya seperti diperkudakan... akhirnya nilai diri ni macam tak ada apa-apa...
Inilah suatu kelemahan.... kau buat kerja dulu... kemudian nanti kami bayar kau.... pembayaran dengan tidak ada satu kepastian bahawasanya aku akan dapat apa yang sepatutnya aku dapat dan akhirnya benar bahawa aku tak dapat seperti apa yang aku patut dapat.
Memang hampeh jenis manusia yang tak menghargai daya fikiran, masa dan keringat orang lain.... ambik kau ... aku tak akan bekerjasama lagi .... puas hati aku....

Selasa, 31 Ogos 2010

Bagaimana nak berSATU...?

Bagaimana nak bersatu jika setiap hari kita dimomokkan dengan syak wasangka melampau. Kita seolah diminta berburuk sangka antara satu sama lain. Kenapa tidak dibesar-besarkan perkara berbaik sangka. Generasi keliru akan terus terkeliru dengan situasi seperti ini.....
Aduh !! lain diseru lain dibuat.... Untuk berjaya dan dihormati kita mesti bersatu hati dalam erti kata yang sebenar... dalam hal ini siapa yang lebih realistik ? siapa yang plastik?
Adalah diharapkan jangan dibesar-besarkan perkara yang tidak perlu dibesarkan... sedang ada banyak perkara besar dan penting yang jauh lebih menguntung semua yang boleh kita berkongsi perkembangannya. Didiklah masyarakat dengan cara menghargai mindanya... Kebertanggungjawaban ini amat berat untuk dijawab di akhirat kelak. Jika pokok boleh dibonsaikan akan tetapi usia yang sedang memamah diri tidak boleh dihentikan. Liang lahad semakin hampir. Segala yang ada akan ditinggalkan....
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami seluruhnya.... Engkau kurniakanlah cahayamu agar hati-hati yang gelap kembali bersinar.Sesungguhnya kami amat lemah.... hanya kepada-Mu kami berserah kerana sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buat kami.
Amin ya rabbalalamin....

Isnin, 30 Ogos 2010

MARI BERFIKIR : SIAPA LEBIH MENCEMAR ?

Semenjak dua menjak ni asyik riuh dan tak habis-habis kisah orang bukan islam dikatakan mencemarkan masjid (islam). Apakah pencemaran itu ? Rasanya dah lama orang-orang bukan islam berkunjung ke masjid-masjid untuk membuat lawatan, terutamanya masjid-masjid hebat dan serba indah di sekitar ibu kota dan Putrajaya. Tak ada apa-apa isu pun. Pihak berwajib juga telah meletakkan garis panduan tatacara untuk mereka (orang bukan islam) melawat masjid. Itu sesuatu yang baik, sekurang-kurang mereka boleh mendekati islam dengan membuat lawatan ke masjid-masjid. Kita pula dapat membuktikan islam itu bersifat terbuka, namun masih dalam lunas-lunas garis panduan adap sopan sebagai menghormati masjid sebagai tempat suci dan beribadah kepada orang islam.
Berada di masjid (dalam masjid) sesiapa jua haruslah dalam keadaan menutup aurat. Jika ada rakan bukan islam ingin memasuki kita haruslah menasihati agar mereka turut menutup aurat. Mereka harus dibimbing sebab mereka tidak tahu tentang aurat di dalam islam. Kita bersalah jika tidak membimbing mereka mengikut tatacara berada di dalam masjid. Secara tidak sengaja mereka tidak tahu dan tidak ada bimbingan... bolehkah dikatakan mereka mencemarkan masjid ? Memang mereka kelihatan bersalah tetapi bagaimana kesalahan itu berlaku harus dilihat terlebih dahulu. Mereka tidak masuk secara menyerang (curi-curi), melulu, kurang ajar, menghina, mencerca dan sebagainya yang terang nyata mencemarkan maruah islam dan masjid. Mereka masuk secara dijemput dan bersopan... cumanya berlaku perbuatan tidak menutup aurat sahaja.
Persoalan disini untuk kita berfikir ialah orang bukan islam yang tidak tahu hukum, tatacara islam bila berada di dalam masjid, dikatakan menghina/mencemarkan masjid..... bagaimana pula jika seseorang yang beragama islam berada didalam masjid, berkeadaan tidak menutup aurat? Orang bukan islam kita kata mereka mencemar/menghina masjid, orang islam yang tak tutup aurat ? apa kelasnya ? Apakah ada hukum dalam islam yang mengecualikan umatnya menutup aurat di dalam masjid? Sudah tentu tidak ada... diluar masjid/dimana sahaja kita dituntut menutup aurat... apatah lagi di dalam masjid...
Marilah kita berfikir secara rasional dan waras akan situasi ini. Kita jangan emosi tak tentu hala. Hebatkah islam kita setakat riuh rendah menuding jari salah menyalah sedangkan secara terang-terang kita sendiri dalam keadaan bersalah ? Fikir-fikirkanlah...

Ahad, 15 Ogos 2010

MAAFKAN AKU...KAWAN

Setelah agak lama jiwa dan kepala otak telah menjadi tenang kelmarin kembali ia menjadi bergelora. Perasaan membengkak, fikiran bercelaru. Walau aku cuba memujuk hati tetapi tetap resah mengharungi hari mendatang kerana kita bakal ketemu jua.

MAAFKAN AKU KAWAN,
AKU TAK BISA MENURUTI KEMAHUAN KALIAN,
AKU SEDAR AKAN HAK KALIAN,
NAMUN AKU JUGA BERHAK DENGAN DIRIKU,
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHUKU MEMIKULNYA,

WALAU APA PUN PERSEPSI KALIAN,
AKANKU PERJUANGKAN JUGA NASIBKU INI,
KERNA AKU BERSEORANGAN,
PAHIT MANIS GELORA MEMBADAI,
NAMUN KUHARUNG KUHARUNG JUA,

LANGKAH INI SEKARANG AMAT TERASA BERATNYA,
BILA KU SEDAR KITA TAK LAGI SEHALUAN,
NAMUN APAKAN DAYA,
AKU HANYA INSAN BIASA,
APA PUN TERJADI...
PADAKU KITA TETAP KAWAN,

BERDOA DAN MENERUSKAN LANGKAH KE HADAPAN,
MOGA ADA SINAR HARAPAN,
HANYA BERBEKALKAN SEMANGAT DAN KEYAKINAN,
KESABARAN INI BUKAN SESUATU YANG SIA-SIA,

APA PUN TERJADI AKU REDHA,
MAHU DITANGISI AKU REDHA,
MAHU DITERTAWA AKU REDHA,
KERANA AKU YAKIN DENGAN DIRIKU,
YAKIN DENGAN PILIHANKU,
MAAFKAN AKU KAWAN,
MEMAHAMI ATAU TIDAK AKU REDHA,
BERSAMA ATAU TIDAK AKU REDHA,

MUNGKIN INILAH SURATAN TAKDIR HIDUPKU,
KUTANGISI PUN BEGITULAH JUA,
PESANKU PADA DIRIKU,
TABAH, CEKAL, YAKIN DAN SABAR,
AKU SANGAT PASTI...KERNA.... AKU AKULAH JUA....

Rabu, 11 Ogos 2010

TORTILA - buat sendiri la...

TORTILA... sejenis lempeng jer sebenarnya... tapi namanya membuatkan macam special jer... Hampa perasan ka tortila ni... ala yg selalu makanan segera ayam goreng dok promote kat tv tu... kali ni aku nak kongsi cara nak buat sendiri tortila. Senang jer n tak cerewet. Kalau kita kreatif kita boleh pelbagaikan bentuk, bahan dan rasa tortila ni... Ok! antara bahan yg perlu :
1. Tepung gandum berzat/vitamin ( byk sukatan ikut kemahuan anda)
2. lemak sayuran
3. baking powder
4. garam secukup rasa.
5. air suam

Cara-cara (ikut cara aku buat ) :
tepung aku senduk lebih kurang 10 senduk.
lemak sayuran 2 sudu besar
baking powder 2 sudu teh
garam bancuh dgn air suam ( 2 gelas)

gaulkan semua bahan..uli sampai sebati dan jadi doh yang cantik ( tak lembik tak keras)
setelah itu biarkan selama 20-30 minit.
setelah 30 minit buatkan ketul-ketul kecil (mcm nak buat roti canai) saiz ikut suka.
ketulan doh tadi sudah sedia untu digelek dgn penggelek. ( gunakan serbuk tepung utk memudahkan kerja menggelek)
siap sediakan kuali (non stick dryfan) ka apa ka nama dia dengan panas yg secukupnya
letakkan doh yg dah dicanai tadi. alih-alihkan sehingga kedua-dua belah tortila anda masak.
kalau nak lebih rangup boleh la lama sikit tetapi kesannya ia akan jadi lebih keras.
kalau tak nak keras... bakar seadanya sahaja.
maka jadilah tortila yg dimake by your own...
selamat mencuba...
hintinya.... coming soon... next entry.... tu pun klu ada yg minat nak tahu...
chow...wey...

Isnin, 19 Julai 2010

OUTSTATION 2..

Minggu ni 'outstation' 2 dlm tahun ni. Seruan tugasanlah katakan. Ok gak tempat ni... bilik aku ngadap KLCC dan KL TOWER. Gerai makan bersepah keliling. Cuma nak kontrol makan so tak yah ler nak gatal-gatal atoq kedai, lagi pun makan yg disediakan pun dah cukup. Apa tak bila cermin diri jer ...aduhhhh.... berat mata memandang berat lagi kaki menanggung. Klu nak pun sesekali minum-minum jer.
Khamis celapak balik n ada game boling plak kat Ipoh. Harap kali ni tak game over awal sangat. Well aktiviti kayuhan nampaknya bleh bersambung minggu depan. Turunkan apa yang naik, kecilkan apa yang besar, kempiskan apa yang kembang...hehe... Walau pun ada yang hot dengan kenaikan, tapi aku kena usaha untuk keturunan.
Lama tak jumpa 'Duniaku', pak aziz dan ramai lagi... ada kesempatan jumpalah nanti.... waktu pun dah agak lewat...harus tidur dulu... esok berderetan kerja menanti untuk disiapkan, but i still enjoy my work with my freinds. Miss my family also....
Chow wei......

Sabtu, 17 Julai 2010

KEMANA BOLASEPAK KITA ? - bhgn 3

Aku nak meneruskaan sikit lagi cerita pasal bolasepak Malaysia dari kaca mata dan akal fikirku. Pembangunan bolasepak perlu secara berterusan dari peringkat usia muda hinggalah ke usia matang dewasa. Dalam istilah lain ia disebut pembangunan peringkat 'akar umbi'. Adalah satu kelompok manusia yang suka menggunakan istilah 'akar umbi' tapi hampeh... cakap jer buat sedap telinga dengar....
Kita disini kekurangan akademi jadi apasalahnya gunakan sekolah-sekolah rendah yang ada disetiap pelusuk negara sebagai akademi secara tak langsung. Selama dah berpuluh tahun peluang yang ada ini kita abaikan. Guru-guru yang mengajar disekolah-sekolah rendah ini tidak diberikan kursus kejurulatihan dan bersijil. Sepatutnya pihak berwajib ambillah kesempatan ini dengan bijak. Anjurkan kursus kejurulatihan, biar semua guru yang mengajar bolasepak di sekolah-sekolah rendah ada sijil sekurang-kurangnya bertaraf lesen C. Guru-guru sekolah menengah pula bertaraf lesen B.
Dengan adanya guru-guru yang bersijil diiktiraf oleh FAM maka sudah tentu pembangunan yang lebih sistematik boleh dimulakan sejak di sekolah rendah lagi. Bukan lagi guru yang mengajar bolasepak itu bersikap tangkap muat. Bagi bola sebiji suruh anak murid main, cikgu duduk relax ditepi padang. Betapa rugi dan membazirnya masa yang ada kerana keadaan sebegini.
Bayangkan jika guru yang berlesen C, bolehlah dia menerapkan latihan yang lebih bersistem, menerapkan sikap yang betul untuk menjadi seorang pemain bola sepak. Perkara ini akan berterusan ke sekolah menengah dengan persaingan ditahap yang lebih kompetetif kerana selama 6 tahun pemain di sekolah rendah sudah terdedah dengan sistem latihan yang teratur. Bila tiba di peringkat menengah para pemain bukan nak belajar cara nak sepak bola yang betul, nak tahan bola cara yang betul seperti sekarang.
Bayangkanlah betapa hebatnya persaingan peringkat MSSN dan MSSM. Itu baru peringkat sekolah. Janganlah kita banyak buang masa nak tunggu ada akademi khusus. Guna ja kelebihan yang sedia ada. Bayangkan jika fenomena ini berlaku disetiap sekolah seluruh negara... tak kan kita tak boleh jumpa pemain-pemain berbakat yang terasuh dengan betul sejak usianya muda. Dari ratusan ribu pemain yang keluar setiap tahun dari sekolah-sekolah tak kan tak ada 30 pemain yang terbaik.
Kelangsungan pembangunan bakat boleh diteruskan lagi selepas mereka tamat bersekolah dengan pasukan-pasukan kolej, universiti dan lain-lain di samping menjadi pemain pro sepenuh masa... Apa yang susah sangat FAM nak fikir... habis duit berjuta-juta mungkin dah berbilion menyediakan prasarana seluruh negara tapi tenaga yang nak main bolasepak tu sendiri tak terbangun.
Jangan susahkan sangat prosedur untuk memberikan kursus dan sijil kejurulatihan tu kepada guru-guru. Jangan ingat nak simpan kouta untuk bekas pemain jer untuk jadi jurulatih. Seorang bekas pemain bolasepak tak semestinya dia boleh jadi jurulatih yang baik dan hebat... Setahu aku Arsene Wanger bukanlah seorang pemain bolasepak yang hebat tapi dia seorang jurulatih yang hebat...
FAM bukalah mata seluas-luasnya... kelebihan ada di depan mata tapi kenapa tak mahu diambil. Asyik cari formula itu dan ini, dah cuba itu dan ini, itu-itu jugak pemain yang ada, fokuslah lebih kepada pembangunan yang hebat dengan segera dari kelihatan hebat dengan kuasa dan hukuman. Tak kemana bolasepak kita jika banyak dihabiskan di meja mesyuarat. Orang politik wajib dikecualikan dari memegang apa-apa jawatan. Bola sepak bukan tempat untuk mencari perbatuan politik anda. Para peminat dah muak melihat perkara ini.... berikan kepada mereka yang benar-benar berjiwa bola sepak, yang tahu setiap inci berkenaan bola sepak, yang bukan pura-pura pandai pasal bola sepak dan melihat bola sepak ini sebagai sebuah gedung perniagaan.
Jumpa lagi...

TERTIPU SEKEJAP....

Cisss... tertipu sekejap bila mata aku terbaca kat nota bergerak dlm TV (dibhgn bwh). Bunyi ayatnya subsidi minyak Ron 95 dikurangkan 5 sen seliter dan yang lain-lain pun lebih kurang sama bunyi ayatnya utk gas, diesel dan gula.... cuma ayat untuk Ron 97 jer lain sikit. Permainan minda tul... bila baca yang perkataan subsidi tu dah mcm tak nampak... yang nampak cuma Ron95 dikurangkan 5 sen seliter.... hampeh tul...
Didada2 akhbar pulak tak dak cita ayat kenaikan... semuanya ayat pelarasan dan lain-lain, ada setengahnya lagi langsung tak keluarkan cerita ni. Adapun yang keluarkan sebagai tajuk kecil ditengah2 suratkhabar mereka..... Wah bagus ni ... satu strategi yang baik.... lepas ni diharapkan juga tak dak kesan berantai seperti harga minuman dikedai kopi tak naik, harga susu anak tak naik, pampers anak tak naik, harga ikan tak naik, dan lain-lain lah semuanya tak naik. Boleh ker?
Satu lagi ayat lazim diucapkan... kenaikan yang tidak membebankan... memang betul pun tidak membebankan... tidak membebankan kepada siapa dan membebankan kepada siapa? ni mau tengokla... masih rendah harga dinegara kita berbanding negara lain... memang betul juga ni... tapi mau tengok la negara yang tinggi harga minyak tu macam mana income rakyat 'marhain' dia...
Jadi dengan tajuk N3 di atas TERTIPI SEKEJAP... memang sekejap sangat lebih kurang 10 saat aku tertipu... begitu juga bila baca akhbar arus perdana tertipu juga tapi sekejap juga.... bila aku mula berfikir dengan baik dan rasional.... aku tak nak kena tipu dan tak rela ditipu..... hampeh..!!

Khamis, 15 Julai 2010

BOLASEPAK KITA NAK KEMANA? bhgn 2

Sebelumnya telah panjang lebar aku memberikan mukadimah dan gambaran apa yang tertulis diminda dan hati aku tentang bolasepak negara kita yang tercinta. Siapa tak sayang negara dan segala apa isi yang ada didalamnya termasuklah isu bolasepak. Jalan terbaiknya pendapat pelbagai pihak perlu didengari oleh mereka-mereka yang memikul amanah. Kalau tak mahu dengar atau beri perhatian, baik jangan duduk dikerusi yang anda semua duduk sekarang.
Pendapat ini mungkin hanya datang dari seekor nyamuk kecil yang mungkin kedengarannya merimaskan. Tapi tahukah anda berjuta-juta nyamuk-nyamuk ini sudah bosan dan merasa letih melihat perkembangan semasa pasukan bolasepak kebangsaan kita. Kadangkala dapat diperhatikan seperti banyak sepak terajang diluar gelanggang berbanding aksi didalam.
Jika kita melihat perkembangan bolasepak dinegara-negara lain begitu pesat. Apa yang mereka buat? Kita kelihatannya pesat tapi tidak sebenarnya. Pembangunan bolasepak seharusnya seawal semuda-muda usia. Itulah yang banyak dilakukan oleh negara-negara seantero dunia. Ada juga yang menjadikan bolasepak untuk keluar dari kemiskinan dan kemelaratan hidup.
Bagaimanakah pembangunan diperingkat awal usia dinegara kita ? atau lebih mudahnya sering kali disebut sebagai pembangunan peringkat akar umbi ? istilah yang lebih akademik disebut juga sebagai akademi bolasepak. Nampaknya perkembangan pembangunan ala-ala akademi ni masih belum berlaku secara menyeluruh, agresif dan besar-besaran. Makna kata bila ada pembangunan secara akademi bolasepak akan diajar pada bakat-bakat muda secara sistematik iaitu disiplin, pembentukan minda seorang pemain bolasepak yang hebat, pengurusan diri seperti soal pemakanan dan penjagaan kesihatan yang sistematik, pembangunan fizikal yang hebat disamping pembentukan skil permainan itu sendiri.
Dimanakah akademi kita ? Satu negeri satu akademi ? ada ke? kalau ada pun cukup ke? sedangkan ramai bakat-bakat muda yang dahagakan pembentukan secara sistematik. Nak tunggu syarikat-syarikat besar melabur dengan membentuk akademi dan menjadikan bolasepak sebagai satu perniagaan masih belum nampak riak-riaknya lagi. Negara-negara barat yang menjadi kuasa dan pengaruh bolasepak secara umumnya telah lama menjadikan bolasepak ini sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. Secara tidak langsung negara mereka menerima hasilnya dengan lahirnya pasukan yang gagah perkasa dan liga negara mereka seringkali menjadi perhatian dunia. Inilah yang belum berlaku di negara kita. Bolasepak hanya dianggap sebagai satu aktiviti sukan maka selamanya kita tidak akan maju.
Pembangunan akar umbi kita sangat lembab. Terlalu mengharap pada satu dua akademi, itu pun dibandar-bandar besar sahaja, terlalu mengharap juga pada satu dua sekolah sukan sedangkan kita ada beribu buah sekolah yang sebenarnya boleh berperanan sebagai sekolah sukan tapi tidak dimanfaatkan sebaiknya.
Berhenti dulu dan akan disambung lagi....

Rabu, 14 Julai 2010

BOLASEPAK KITA NAK KEMANA?

Tergerak aku nak menulis sikit berkenaan bolasepak, sukan nombor wahid seantero maya pada. Buktinya piala dunia yang baru berlalu akan tetapi kehangatannya masih terasa. Sepanyol beraya gila, Belanda apa kurangnya, Jerman turut berpesta dan Uruguay turut berbangga. Apa tidaknya di negara kita kehangatan para penyokong pasukan pujaan masing-masing sanggup berlaga, berkata nesta asal kepuasan dihati dapat dicapai.Tak kurang juga yang ikut kecewa bila pasukan pujaannya tersungkur menyembah muka padang... titisan air mata lebih laju dari titisan air peluh disegenap rongga. Para penyokong pulang hampa, mamak jugak yang tawa ria kerana laba jualan lebih dari biasa. Bab judi aku tak nak ulas di sini sebab kalau bukan dengan bolasepak pun pentaik judi tetap berjudi.... setiap perkara boleh dijudikan, asal ada ongkosnya.
Panjang pulak mukadimah aku, tapi macam biasa... blog ni blog aku so suka akulah nak menarikan jari jemari aku ikut rentak mana. Apapun memang ada perkara penting yang dah lama terbuku di hati aku dan mungkin juga di hati-hati anda semua. BOLASEPAK KITA NAK KEMANA? tajuk yang agak besar skopnya. Baru nak tempah jersi ? baru nak cari kawasan sesuai nak buat padang ? baru nak fikir nak mula dimana? tengah nak fikir siapa pengemudi ? baru fikir siapa yang nak main? siapa pulak nak jadi tukang urutnya ? siapa yang nak jadi drebar bas pasukan ? siapa nak hulur tajaan ? siapa tukang buat air ? Wah banyaknya nak difikirkan siapa itu ini..? bolehkah itu ini ? dimanakah itu ini ?
Aduh tak nak fikir tapi terfikir, malas nak fikir tapi kena fikir.... kenapa nak fikir? sebab aku sayangkan bolasepak dan negara aku. Sampai bila kita seronok tak tentu hala sokong pasukan yang bukan pasukan kita. Kadangkala sampai ada yang sanggup bertekak sesama keluarga, teman-teman kerana sokongan pada pasukan masing-masing. MALANGNYA!! malangnya.... itu semua bukan pasukan kita.... bukan sewarna kita... bukan seselera kita. Begitu kuat dan hebat sokongan kita... PASUKAN KITA di mana ? jersi kita dah lama siap, padang kita dah ada dalam stadium yang serba moden dan canggih, dah lama kita bermula, dah ramai pengemudi bekerja, dah ramai barisan pemain yang siap siaga, tukang urut lengkap dengan ilmu fisioterapinya, jadi apa lagi masalahnya ?
Jangan pula bila ada kritikan diberi, dikata tidak patriotik. Tidak terniat walau sedikit pun mahu menjentik kerana ku faham dan sedar siapalah nyamok-nyamok ini yang sering menggangu di kuping telinga mereka. Akan tetapi rayuku biarlah cuba didengari mungkin antara banyak-banyak nyamok yang bersuara itu ada harapan dan curahan idea yang boleh diterima otak-otak yang dah puas penat berfikir. Bukalah minda seluas-luasnya seluas mulut stadium yang mengepung padang, bukalah hati setulus-tulusnya moga ada jalinan kemesraan.
Bak seorang ayah yang mendidik anaknya, marah buka benci tetapi sayang. Aku sayang bolasepak Malaysia.... biarlah apa orang nak kata, kerana disinilah tanah tumpahnya keringat dan darahku.
Aduh... tak aku sedari jam sudah pun 12.30 pagi... aku harus melelapkan mata dulu, beristirehat untuk mengerah keringat mencari sesuap nasi esok. Aku akan sambung lagi coretan ini kerana belum pun masuk kepada apa yang ingin aku cadangkan buat bolasepak kita.
Jumpa lagi..............zzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Selasa, 6 Julai 2010

KEMBALI KE LAPANGAN

Fuhh... setelah agak terlalu lama bagi seorang rider.... meninggalkan dunia kayuhan hari kembali bersama rakan-rakan yang memberi semangat untuk membetulkan urat dan sengal-sengal yang dah mula dirasai..... demi untuk kesihatan maka aktiviti sangat baik.... cuma yang tak tahannya... aku dah kena panjat 3 bukit..... beskal pun meragam skit....
Tapi ok la satu permulaan yang aku rasa not bad at all setelah lama sangat aku tak kayuh, hanya sekadar mengikuti perkembangan rakan-rakan di internet jer.... Insyaallah ada masa lapang kayuhan akan diteruskan thanks to Ongah den...., Sham, Vic, jamiljamna.... cuma hari khamis n jumaat tak leh sbb ada coaching boling untuk budak-budak sekolah rendah... sesapa berajat nak expose anak dia main boling diusia yg muda sila la antar anak-anak anda. Disamping menggalakkan dia ada aktiviti sukan dan membentuk disiplin diri..... Chow dulu....

Jumaat, 2 Julai 2010

apa cerita?

agak lama tak pos apa-apa disini. macam-macam hal berlaku disekeliling kita.... ada yang menyentuh kita dan ada yang tak kena mengena dengan kita, kebanyakkannya ada kena mengena dengan kita sama ada secara langsung atau yang lebih banyak secara tak langsung... jadi oleh itu... perihatinlah anda dengan persekitaran anda...
jumpa lagi dalam terbitan yang bakal muncul...

Khamis, 24 Jun 2010

HARGA AYAM RM10 SEKILO

Dipetik dari sebuah akhbar hari ini, aku nak mengulas sedikit kemungkinan yang harga ayam akan meningkat rm10 sekilogram jika ianya tidak dijadikan lagi sebagai barang kawalan. Wow!! satu kejutan.. seekor ayam yang selalu dijual biasanya dalam lingkungan 2kilo lebih... maknanya seekor ayam akan berharga rm2o lebih...
Bagi keluarga yang secara tak sengaja dah melatih anak-anaknya hanya reti makan nasi jika ada lauk ayam ini satu berita baik kerana mereka akan menjadi antara penyumbang terbesar kepada kemajuan ekonomi negara. Bagi keluarga yang tak berapa sangat dengan lauk ayam eloklah diboikot terus jer ayam ni.... tak payah makan ayam. Biar mereka yang terlibat dalam industri ayam ni jer yang makan ayam peliharaan mereka. Kuasa pengguna nampaknya setakat hari ini belum menunjukkan belangnya di negara kita ini.
Makan tak makan ayam ini adalah pilihan kepada kita, jadi kalau benarlah harga boleh melambung lagi, ramai-ramai berhenti makan ayam. Mari kita ramai-ramai tunjukkan kuasa pengguna. Jangan pentingkan diri sendiri. Harga makanan laut sememangnya dah lama mahal, tambah lagi satu mahal.... elok sangatlah tu.... pengusaha-pengusaha ladang ayam pun kena berjaga-jaga sebab ayam mahal.... bila mahal, orang akan galak untuk mencuri ayam-ayam anda. Besi mahal... orang curi besi... ayam mahal... orang CURI AYAM la....

Isnin, 21 Jun 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA...

Gambar ni patut last sekali sebab destinasi terakhir tapi sebab
aku rasa syok aku letak kat atas . Kari Corner....



Bunyi macam best, tp memang best pun sebab tak gi jauh... takat penang jer, kawan-kawan pun ada gak yang gi Penang tapi tak pasti depa pi hari apa, dan ada kawan tu baru beli satu DSLR Canon, baguih ha... tambah lagi satu kawan kamera. Memenuhi cadangan ahli keluarga lalu ku bawa ke Penang sesambil aku bleh mancing, bebudak bleh main air, bleh makan kat tepi laut... lalu perancangan diatur. Hari Rabu mggu lepas lebih kurang jam 7 pagi dah gerak ke Penang tapi kenalah pulak singgah kat kampung sebab aku tertinggal kotak alatan mancing aku kat sana masa mancing udang. Kona pi Bagan Serai dulu la.... singgah pekan Bgn Serai pekena apa yang patut pastu terus gerak ke Penang.


Sampai lokasi yang pertama kat pantai tepi kilang... tak ngancam sebab anak-anak tak boleh beraktiviti.... tukar lokasi gerak ke Tanjung Asam/Gertak Sanggul.... tang ni jumpa tempat sempoi.... ala-ala teluk mcm dkm filim kat hawaii pun ada aku rasa.... Apa lagi layanlah aku dgn batang pancing aku... walau aku tau tak berapa nak boleh harap pun mancing kat sini tapi lebih baiknya anak-anak dapat layan main air laut....


Mai belah petang air pasang kuat... kena cabut awal ni.... nak balik awal lagi... singgah pulak ke Muzium Perang Terbesar dan Original kat area apa ka nama tah lupa la pulak nama tempat tu... Muzium Perang ni pernah ditonjolkan dalam majalah 3 kalau tak silap aku dulu.... Mengikut cerita Ah Soo yang jaga kat depan walau pun perang dah lama habis... tempat tu terbiar selama sejak habis perang sehinggalah ia dijadikan Muzium Perang pada tahun 2002.... kira lama jugak la tempat tu terbiar...


Lokasi mmg strategik sbb atas bukit... masih banyak peninggalan perang yang dapat dilihat disini... kubu, barack dan macam2 lagi... kalau tak silap aku kubu ni British buat dan bila Jepun mai serang tanah melayu waktu tu kubu ni jatuh ketangan jepun.... ada la ditunjukkan kesan/tempat penderaan jepun....


Lebih kurang 3 jam masa kat muzium ni... kami pun gerak balik.... yang lain2 layan gambak jer... balik singgah pulak kari corner... kat sempadan... pekena kari semilang.... ok gak... dah banyak kali lalu lalang tapi tak penanh singgah.... kali ni singgah.... memang best la... dan ada lagi yang aku nak pekena kat situ... Melangkah balik lebih kurang jam 8.30 malam dengan niat akan datang lagi ke Kari Corner.....tunggu aku mai hantak duit lagi....


War Museum WorldWar2...Penang


Tu dia pedang Jepun duk tegantung... potong kapara...nehhh!!


tinggalan kekejaman WW2

barack tentera ada 3 ke 4 teres kat bukit tu... semua masih elok


Ni tah tempat apa tapi lebih kurang mcm panggung aniversari kot zaman tu...


senjata dan kubu tinggalan


masa lawatan tu hujan la pulak.... ni dalam kubu
kat belakang tu bergeril besi tempat masuk dan keluar bekalan dari bawah tanah...


suasana bawah tanah tempat simpanan senjata dan peluru
ada ruang mcm cerita Nujum Pak Belalang lah pulak...
ampunkan penunggu gua!...ampunkan kami penunggu gua...!



laluan bawah tanah tempat perlindungan, stor, bilik mesyuarat
semuanya keadaan asal... kedalaman lebih kurang 15 kaki bawah tanah...



sebelumnya berkelah di Tanjung Asam


memang best kat sini pantai yg agak tersembunyi wlu tak sesuai
untuk mandi manda... bebudak bolahlah takat kat gigi air....



rondaan sehingga ke akhir jalan di Gertak Sanggul... tak nampak gertak dan
tak jumpa sanggul kat sini... jalan di belakang menunjukkan U turn.
nota :
1. blogger tidak bermaksud untuk mengubah sebarang fakta tentang kunjungan di muzium perang. Catatan hanya berdasarkan pemerhatian dan penerangan. sebarang kesilapan adalah amat dikesali kerana ini adalah tempat bersejarah.
2. tahniah kepada Lan SMR dengan kamera barunya.... bolehlah pi nembak tang mana-mana...

Sabtu, 19 Jun 2010

ALAHAI RTM....

Riuh rendah sebelum World Cup mula dgn Sorakan 1Malaysia... kononnya kemeriahan penyiaran berlesen oleh RTM terhadap perlawanan2 World Cup... Bermula sahaja pertandingan memang riuh rendah sungguh rakyat SATUMalaysia dengan kekecewaan INDAH KHABAR DARI RUPA.... RIUH SEKAMPUNG, EKOK PENUH TAIK.... rasa tertipu, tak puas hati dengan apa yang dipersembahkan.
Memang patut pun orang ramai riuh sebab adakah patut orang ramai nak bangun pukul 2.30 pagi untuk tengok siaran ulangan. Sebagai contoh pagi ni sepatutnya disiarkan England vs Algeria tapi alih-alih siaran ulangan Mexico vs Perancis.... kalau siaran ulangan nak tayang pukul 10 malam boleh terima akal lagi la.... Helo RTM!! zaman IT yang canggih manggih dah ni jangan buat penonton macam hidup zaman 70-80an.... tak taulah kalau kepala2 besak kat sana tu memang level tu.... sadis sungguh.... Nasib baik ada siaran lain yang memenuhi siaran perlawanan semasa....
Betullah kata rungutan ramai... lebih kurang RTM PENIPU warwar konon penyiar berlesen piala dunia tapi hampeh... tak dak standard langsung... Ini satu gambaran prestasi buruk oleh RTM... kalau tak boleh siar perlawanan secara langsung JANGAN SIAR ULANGAN WAKTU SUBUH 'SEPIE'.... siar waktu sebelum tengah malam orang boleh terima lagi.... sbb memang itu standard RTM... tapi bila siar waktu subuh nampak teruk sangat melebelkan pemikiran dan standard rakyat Malaysia....
Tak semua orang mampu nak bayar siaran tv berbayar, dan piala dunia ni 4 tahun sekali... tak kira tahap mana kemampuan ekonomi , tahap mana usia, parti apa dia sokong, piala dunia tetap ada keistimewaannya tapi ianya hampeh ditangan RTM.... bukan semua orang mampu nak pi berlonggok di kedai-kedai yang ada pasang layar besar....
Kebanyakkan perlawanan kumpulan dah nak menamatkan perlawanan kedua masing-masing dan bakal memasuki perlawanan terakhir kumpulan dan dah terbukti tahap mana prestasi RTM dimata orang ramai rakyat Malaysia, ini bukan bolasepak Sukan Malaysia tapi piala dunia yang sangat istimewa dihati setiap peminat.... MAAF KATA RTM.....ANDA GAGAL

Rabu, 9 Jun 2010

Rabu, 2 Jun 2010

GODAAN DATANG LAGIIIII...... ADUSSSS!!!

Tadi siang teman sekerja bagi tau dlm cuti ni ada trip yang dah lama aku tak pegi dan tak buat dan aku sebenonya amat merindui trip seperti ini.... aku rindu nak bersama teman-teman sehobi ku ini... terlalu lama aku tak bersama melunaskan ketagihan kami....
Katanya dalam cuti ni nak turun di jeti Yan... huhu... mengigil aku dengak... meleleh ayak liuk... tarikh belum diputuskan lagi.... balik umah tadi terus kujeling pada himpunan rod dan mesin aku yang lama berabok.... tali dia ntah elok lagi ka tidak... nak kena chek balik ni... maklumlah nak menahan asakan tenggiri ganassss.... heeee... syok nyer....
Ada orang panas ni... khabarnya pun masih ada tempat kosong yang boleh diisikan untuk trip ni... harap-harap projek sulung tahun ni memberikan hasil yang mengghairahkan... hehe... jumpa lagi utk perkembangan selanjutnya.... klu ada betul tempat tu kosong taulah yg panas tu nak kontek aku..... chow...!!

Selasa, 1 Jun 2010

HARIMAU DAH BALIK

Harimau Muda yang dihantar ke liga Slovakia dah balik. Balik membawa 3 kemenangan dan 11 kekalahan sepanjang berkampung di sana selama 3 bulan lebih kurang. Usah dikata kos mereka di sana sebab aku pun tak tau... cuma aku tertarik dengan ulasan Ketua Jurulatih Mohd Azrai Khor yang berkata persaingan di sana sungguh fizikal, taktikal dan tempo permainan yang laju. So apa masalahnya... kita tak boleh buat ke? Apa tujuan ke Slovakia kalau bukan untuk bersaing dan mendapatkan banyak pengajaran.
Dunia bolasepak hari ini memang pentingkan fizikal ( lasak, bukan lembik) , taktikal dan kelajuan ( stamina/fitness). Dari tutur bicara head coach seolah-olah kita jauh mencapai standard untuk kompetetif bersaing. Kenapa tak boleh ? Korea boleh, Jepun boleh... kenapa kita tak boleh? dulu Korea dgn Jepun boleh kita laukkan dengan pelbagai masakkan kenapa sekarang terlalu jauh sangat ketinggalannya kita.
Disiplin (dalam dan luar padang) perkara paling asas kita lemah. Bola main sepak ja... stamina tak pro... tengok game kat tv lebih sikit jer baiknya dari budak sekolah bawah 18 main. Jadi sampai bila la sukan no 1 ni nak bangkit dan dibanggakan....

Ahad, 30 Mei 2010

BERTENTANG... BERSETUJU....

Pastinya dalam kehidupan kita, tidak kira di rumah, di tempat kerja atau dimana-mana pasti kita akan melalui situasi ini. Yang pertamanya bertentangan ( bukan mata ) pendapat, prinsip, pandangan atau apa sahaja. Sering saja berlakunya bertentangan kerana inilah warna warni dan irama kehidupan. Bertentangan bukan bererti berlawanan cuma sekadar tidak sama atau serupa. Pendapat/prinsip/pandangan kedua pihak tidak bertemu pada titik yang sama maka terjadilah situasi bertentangan. Namun ambillah ia secara positif dan rasional. Jangan emosi.
Begitu juga dengan bersetuju tak semestinya menyokong. Atas dasar ada pertemuan pada titik yang sama kelihatannya bersetuju tetapi perbedaan tetap ada lantaran bersetuju tak semestinya menyokong.
Tidaklah suatu yang pelik dalam kehidupan ini bertentangan tak semestinya menentang... bersetuju tak semestinya menyokong.... Bertentangan biasanya sinonim dengan kritikan dan bersetuju sinonim dengan pujian.... ada pendapat mengatakan kritikan lebih baik kerana ianya biasanya luhur dari hati... manakala pujian pula lebih bersifat tidak luhur dan lebih kepada membawa makna/unsur yang lain bersamanya. Ada orang tak suka dikritik lantaran setiap orang yang mengkritik dianggapnya musuh dan lebih suka kepada pujian yang mana dia tidak tahu ada pisau tajam yang sedang dipersiapkan untuk menikamnya dan kapak tajam sedang disiapkan untuk mencincangnya bila tiba masanya.....
Orang tidak mengkritik jika tidak ada yang tidak kena kita lakukan... tetapi orang akan sentiasa memuji walau dalam keadaan apa sekali pun... Mengkritik ibarat memukul tanda sayang.... memuji ibarat membelai ada makna....
Fikir-fikirkanlah....

Jumaat, 28 Mei 2010

BOLEH TERIMA KA... WARAS KA....

Kalau cabai/cili yang memang sangat pedas DIKATAKAN kepada kita tak pedas...
Kalau warna yang dah terang-terang sahih putih DIKATAKAN hitam.....
Kalau racun dalam botol racun cap tengkorak DIKATAKAN tak merbahaya kalau diminum ....
Kalau harimau yang ganas DIKATAKAN jinak dan tidak membahayakan ....
Kalau siang DIKATAKAN malam... malam DIKATAKAN siang...
Kalau bergaduh/berlawan/berperang itu DIKATAKAN baik untuk kehidupan....
Ada banyak lagi kenyataan-kenyataan seumpama yang berlegar dikeliling kita
BOLEH TERIMA KA..... WARAS KA...

BANGGA KULIHAT....

Malam tadi ( khamis malam jumaat) lepas anta anak ke tiusyen aku bawalah isteriku dan anak2 yang tak tiusyen ke Wan seafood.... kebetulan isteriku berpuasa dan layanlah dia makan kat Wan seafood.... tiba-tiba aku di sapa oleh satu suara yang dah lama aku tak dengar dan jauh sekali aku jumpa dia... macam biasa dia panggil aku Rot.... lama tak jumpa andalah.... kata suara itu menyapa aku... terkujut jugak aku... siapa pulak yang sapa aku ni... aku pun dah agak lama tak ke Wan seafood ni.... kamunting timur dan lain-lain yang selalu aku pi minum2....
Bila aku paling jer... wah terkujut aku sekali lagi seorang insan yang kening bersambung.... dengan wajah yang jauh lebih ceria dan terurus... sedang melemparkan senyuman manisnya kat aku... isteri aku pun ikut terpegun dengan penampilannya yang agak berbeza kali ini...
Dengan berbaju oren seluar ketat hitam paras lutut.... terpancar 'senyum kecergasan' di raut wajahnya.... bukan dulu dia tak nampak cergas... tapi sekarang jauh berbeda kecergasannya.... jika dulu tiap-tiap aku jumpa dia tak kira siang ka malam ka penampilannya hampir sama.... ceria tapi tak seceria sekarang.... ramah tapi tak seramah sekarang.... tapi yang lebih hebat jauh lebih berseri sekarang..... mem aku pun berkata..." amboi beza sungguh nampaknya dia ini sekarang.... nampak lebih kemas ( bukan dulu tak kemas tp kureng sikit la, lebih banyak dengan baju kerja) walau dgn berbaju sukannya...." ... " haah... ya lah berbeza sungguh.... mungkin urat-urat darah kat mukanya yang dulu dah banyak tersekat dah kembali terbuka dan pengaliran darahnya dah berjalan lancar.... tu yang wajahnya bercahaya semacam jer.... dulu mungkin dia asyik serabut dengan kerja saja... sampai tak ada masa nak bereksesais macam sekarang.....
Betullah... kalau asyik sibuk... busy kerja-kerja.... duit-duit.... muka pun lama-lama sembab.... memang la duit banyak... tapi banyak juga urat-urat yang supply darah dah tutup laluan sebab bekalan tak sampai... jantung dah lemah... pam pun semakin penat... heh... berbalik kepada cerita sahabatku yang lama ku tak jumpa tadi.... katanya dia dah beroleh lesen.... lesen apa pulak dahhhh.... setahu aku dia ada lesen dah.... katanya dia dah takluk bukit tangki, bukit DO dan bukit apa tah lagi satu tu dan dia dah ada lesen katanya..... ooooo... baguslah kataku kat dia... aku dah tau pun dia dah dah buat lesen tu sebab aku dok monitor jugak.... dan dengan bangga lagi dia kata..." aku dah buat dari tapah ke cameron dan minum teh kat bharat teh".... ka apa ka nama kedai kat kawasan cameron tu... sekali lagi aku dah tahu pasal tu dan terpancar kebanggaan di wajah rakan aku ni.... mau tak bangga.... dari tapah naik ke cameron.... aku pun tak biasa buat lagi... rakan2 lain yang terlibat dah buat dan diarang berjaya.... tahniah.... apa yang best dan bangga sangat rakan aku yang sorang ni naik dari tapah ke cameron minum teh.... biasa la tu.... kalau nak tahu .... sebab dia bangga tu ialah dia dan rakan-rakan yang lain naik dengan berbasikal jer.... tu yang beza dengan orang2 lain yang naik dengan kenderaan berjentera.... dia orang naik kenderaan berkuderat.... tulang empat kerat.... bagus... bangga aku tengok kawan-kawan aku semua.... terbaru aku tengok kawan-kawan dah naik ke bukit frazer pulak dah..... hebat.... bertambah sihatlah semua kawan-kawan ni.... aku pulak semakin jauh tertinggal dan ketinggalan... entah kenapa aku ditinggalkan.... ( hehe...)
Mungkin satu hari aku akan ikut serta berkayuh.... sekarang tengah nak cari angin berkayuh.... berbalik kepada sahabatku yang aku jumpa di Wan seafood tadi... tak lama lepas dia khabarkan pendakiannya ke cameron dia pun minta diri untuk balik.... dengan bangganya dia berkayuh berbaju oren...( aku pun ada baju tu... CYCLING HAM MALAYSIA) dan kelihatan gayanya seorang atlit berbasikal sekarang meninggalkan jauh trademark KAMBINGnya... sebab JANGGUT pun sudah tadak.... tinggal misai jer.... hehe misai kucing... haha.... apakah kayuhannya kini sudah disertai YL sehingga menyebabkan dia menjaga penampilannya.... atau sahabat aku selaku jurulatihdanletih taiping sudah membentuk imej barunya ini..... itulah dia sahabat aku Jamil Takdak Janggut ( hehe still JTJ jugak...) bau kambing pun dah tak ada... yang ada bau mountainbike merida oldskooll juga milik coach... Jamil jugak nama dia.... mungkin JTJ sudah sedia kut untuk buat satu lagi kayuhan yang diidamkannya iaitu kayuhan balik ke kampung halamannya ( bunyi macam jauh hehe) di Parit Buntar.... alah apa sangat kan JTJ ke parit buntar tu... jalan landai jer.... naik cameron lagi hang boleh ... ni kan pulak ke P.Buntar....
Apa pun tahniah.... aku merindui kawan-kawan kayuhan.... aku memang dok monitor jer... and i'll be back..... kepada Jamil JTJ (jamil tadak janggut) tahniah khas aku untuk hang... penampilan yang lebih baik sekarang... kepada Jamil VZO tahniah kerana anda dah merubah penampilan seorang sahabat kita... hang memang hebat... lagi tuha lagi manjadi.... kada taho uyoh.... takutan ako nireng..... ilah kada hingkat ako handak mairingi.....
Jumpa nanti.... baju orenku dah lama tak mandi peluhku.....

Sabtu, 22 Mei 2010

ELEKTRIK... MAHALNYA !!

Sejak dua menjak ni aku macam perasan dan sangat perasan tentang bil letrik aku yang sangat melambung. Nak kata aku ada tambah pasang penyaman udara.... takda. Lain-lain sama seperti sebelumnya juga... nak kata ada pertambahan penghuni pun tak ada juga... Jadi dimana datangnya pertambahan bil ni.... bukan sikit tapi boleh tahan banyaknya.... kebiasaannya penggunaan sekitar RM50-60 sebulan tetapi sekarang melonjak melebihi RM 80 sebulan... nak kata kesan masa musim panas tempohari ( sbb guna kipas angin hampir 24 jam) dulu sekitar RM 70 jer...
Bila aku semak tarif yang dicatat dulu dan sekarang tak da pulak perubahan... tarif blok penggunaan tu semua orang maklum ... kenapa sekarang boleh melonjak bil aku ni... bukan aku jer yang perasan hal ni... tapi rakan-rakan lain pun.... yang ada guna penyaman udara dulu dia orang biasa kena RM 80 -90 sebulan sekarang dah melonjak ke RM 100 dan ke atas.... walhal mereka ini sepatutnya konsisten bilnya sebab penggunaan penyaman udara semasa atau diluar musim panas hampir setara... mungkin musim hujan kurang lagi... tapi kenapi bil semakin melambung....
Jin apa yang TNB lepaskan dalam sistem bekalan elektrik ni aku pun tak tau.... Ka tempohari ada dibuat pengumuan naik tarif dibuat tapi aku tak perasan... tapi tak kan tak dak kecoh oleh orang-orang lain tentang kenaikan tarif kalau ada.... khabar angin kenaikan tarif ada aku dengar, cuma yang rasminya macam tak ada dengar...
Apa pun membayar bil elektrik sekarang memang sakit sebab biasa bayar sekitar RM 50-60 tetapi sekarang dah kena bayar RM80 - 90 sebulan.... kenaikan 60-80 %... fuh!! Macam mana dengan bil elektrik rumah anda? tak naik? kalau tak naik bagus la... tapi kalau naik ? Apa jawapan disebalik misteri/magis ni... kalau menguntungkan kita tak pa gak... ni semakin membebankan...

Rabu, 19 Mei 2010

BIG BOY BAND


world cup ni bleh tengok la wajah baju hijau ni di padang...
aku tengok dari luar tv jer hehe...

Selasa, 18 Mei 2010

IP MaN


Mungkin aku agak kelewatan nonton cerita ni.... sekarang dah keluar yang 2.... tapi apa-apa pun mesti tengok yang awal dulu....

Kesimpulannya memang best... real... tak tipu.... tak sedor dah nak habih....

Sabtu, 15 Mei 2010

HARAM

Duk ribut kecoh pasal judi bolasepak.... Judi tu sama ada ia 'DIHALALKAN' atau secara haram... yang secara haram tu tetap akan berlaku... sama gak 4 D ka kuda ka apa ka... ada yang berlesen 'HALAL' yang secara haram tetap ada... nak buat apa judi bolasepak pi bagi lesen... alasan nak mengawal penipuan... pi tanya orang yang main ekor 'HARAM' tu pernah dak depa kena tipu... contohnya bila kena nombor yang dibeli tapi tak dibayar... kalau tak dibayar masa yang haram masih boleh terus subur... cuma yang haram tu tu tak kena tax... ni incom ...
Apa pun yang memang terang nyata haram disisi agama itu tetaplah ia haram... walau pun dilesenkan ia tetap haram... lagi aku rasa heran alasan judi diadakan untuk orang bukan islam... tapi dalam masa yang sama orang bukan islam ramai yang kini membantah ruang berjudi (berlesen) yang melimpah ruah sekarang ni... macam mana tu...
Mengulas isu ini dengan membelanya dan memberi alasan yang dangkal lagi lemah ( sebab benda ni memang takbaik...haram) membuatkan orang itu merendahkan martabat IQ dan EQ nya... sendiri merendahkan... jangan marah kalau orang pandang rendah pada anda walau berada dikedudukan yang agak tinggi....

Khamis, 13 Mei 2010

TRAUMA

Kenapa kita boleh kena TRAUMA ? Pernahkah anda trauma ? Trauma ni aku pun tak pasti maksud sebenar sebab tak rujuk kamus tapi rasanya lebih kurang iaitu seseorang yang mengalami satu kejadian ( yang buruk ) hingga ia sukar melupakannya dan membuatkan ia menghantui kehidupan individu tersebut. Pelbagai bayangan dan gangguan fikiran mungkin terjadi kepada orang yang mengalami Trauma.
Trauma bila dia melihat... menghidu... memikir... mendengar..... Orang yang mengalami trauma ni sebenarnya sukar dipulihkan... yang pastinya ia memakan masa untuk pulih... berpindah meninggalkan tempat berlakunya peristiwa... mendiamkan diri dari sebarang aktiviti yang menyebabkannya trauma.... apa pun fikiran sendiri tetap bersama kemana sahaja... dalaman inilah yang penting untuk menangani Trauma....
Pernahkah anda mengalami TRAUMA ? kalau belum, mungkin kita tak dapat bayangkan perasaan orang yang Trauma... jika pernah.... jawapan paling tepat ada pada ANDA.... kerana rasa itu tak dapat ditafsir walau dengan ribuan helaian kertas....

Rabu, 12 Mei 2010

APAKAH BAKAL BERKUBUR?

Apakah kekalahan semalam bakal berulang hari ini.... ketika N3 ini aku buat beregu kedua sedang mencari rentak utk memenangi game... cemas jer rasanya... cam semalam gak ni... harus... sampai kat roslin lagi... fuih... apa nak diharap... Kalau lepas pun game ni ... alan bertemu China... sapa tak tau kekuatan China ketika ni... kekuatan kita? semua dah tengok... bukan tak dak semangat ... tapi kenyataannya amat perit... Apa pun berjuanglah ibarat kalau kalah... maruah mu tergadai...

SHINJUKU INCIDENT


Baru-baru ni aku nonton filem ni... bagi memang best la cerita ni sebab jalan cerita dan aksi ganasnya yang menunjukkan kesamsengan kumpulan kongsi gelap (yakuza) di Shinjuku Jepun. Kisah pendatang dari Hong Kong yang membawa diri dan berjuang mendirikan empayar perniagaan melalui jalan gelap setelah keadaan mendesak... ada samseng Taiwan dan of coz la yakuza Jepun... untuk menghiburkan hati dan kelainan jalan cerita bolehlah tonton la cerita ni... bukan nak jadi samseng.

Selasa, 11 Mei 2010

KALAH DENGAN GAYA, KALAU MENANG DENGAN CEMAS..

Saat aku menulis N3 ni... perlawanan Thomas Cup Malaysia Jepun sedang berkedudukan 2-2. Perlawanan penentuan Malaysia mempertaruhkan harapan pada Hafiz Hashim... yang pada aku tak berapa nak boleh diharapkan. Dah lama dia main... gaya permainannya tak berubah... nak bergaya, rantai ( ka tangkal) besak ibu jari melilit ditengkok. Pemain Jepun aku tak nampak pulak rantai besak. Yang aku nampak semangat juang depa yang sangat besak.
Pemain yang terlalu selamba kata pengulas di TV9... pirahhh... bukan selamba tapi belagak... tak bertenaga... pendek kata tak da harapan.... Dua kekalahan sebelum Hafiz iaitu Choon Han dan gandingan Fairuz dan Zakry juga macam orang tak cukup latihan... Duit rakyat dah habis banyak tabur kat korang tapi prestasi hampeh... Choon Han dah agak tua, Fairuz/Zakry gandingan yang tak berkemajuan... asyik ditakok yang sama.
Lagi ayat SELAMBA aku dengak disebut oleh pengulas Tabah... SELAMBA yang akan membawa rebah la nampaknya.... Apa pun aku puas hati dengan Datuk Lee Chong Wei ... mainan yang mantop... beregu utama Koo/Tan juga tidak menghampakan. Selebihnya....Seperti tajuk N3 aku KALAH DENGAN GAYA, KALAU MENANG DENGAN CEMAS... ( sebab N3 ni aku buat game belum habis... tengoklah yang mana satu kesudahannya)