BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 15 Julai 2010

BOLASEPAK KITA NAK KEMANA? bhgn 2

Sebelumnya telah panjang lebar aku memberikan mukadimah dan gambaran apa yang tertulis diminda dan hati aku tentang bolasepak negara kita yang tercinta. Siapa tak sayang negara dan segala apa isi yang ada didalamnya termasuklah isu bolasepak. Jalan terbaiknya pendapat pelbagai pihak perlu didengari oleh mereka-mereka yang memikul amanah. Kalau tak mahu dengar atau beri perhatian, baik jangan duduk dikerusi yang anda semua duduk sekarang.
Pendapat ini mungkin hanya datang dari seekor nyamuk kecil yang mungkin kedengarannya merimaskan. Tapi tahukah anda berjuta-juta nyamuk-nyamuk ini sudah bosan dan merasa letih melihat perkembangan semasa pasukan bolasepak kebangsaan kita. Kadangkala dapat diperhatikan seperti banyak sepak terajang diluar gelanggang berbanding aksi didalam.
Jika kita melihat perkembangan bolasepak dinegara-negara lain begitu pesat. Apa yang mereka buat? Kita kelihatannya pesat tapi tidak sebenarnya. Pembangunan bolasepak seharusnya seawal semuda-muda usia. Itulah yang banyak dilakukan oleh negara-negara seantero dunia. Ada juga yang menjadikan bolasepak untuk keluar dari kemiskinan dan kemelaratan hidup.
Bagaimanakah pembangunan diperingkat awal usia dinegara kita ? atau lebih mudahnya sering kali disebut sebagai pembangunan peringkat akar umbi ? istilah yang lebih akademik disebut juga sebagai akademi bolasepak. Nampaknya perkembangan pembangunan ala-ala akademi ni masih belum berlaku secara menyeluruh, agresif dan besar-besaran. Makna kata bila ada pembangunan secara akademi bolasepak akan diajar pada bakat-bakat muda secara sistematik iaitu disiplin, pembentukan minda seorang pemain bolasepak yang hebat, pengurusan diri seperti soal pemakanan dan penjagaan kesihatan yang sistematik, pembangunan fizikal yang hebat disamping pembentukan skil permainan itu sendiri.
Dimanakah akademi kita ? Satu negeri satu akademi ? ada ke? kalau ada pun cukup ke? sedangkan ramai bakat-bakat muda yang dahagakan pembentukan secara sistematik. Nak tunggu syarikat-syarikat besar melabur dengan membentuk akademi dan menjadikan bolasepak sebagai satu perniagaan masih belum nampak riak-riaknya lagi. Negara-negara barat yang menjadi kuasa dan pengaruh bolasepak secara umumnya telah lama menjadikan bolasepak ini sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. Secara tidak langsung negara mereka menerima hasilnya dengan lahirnya pasukan yang gagah perkasa dan liga negara mereka seringkali menjadi perhatian dunia. Inilah yang belum berlaku di negara kita. Bolasepak hanya dianggap sebagai satu aktiviti sukan maka selamanya kita tidak akan maju.
Pembangunan akar umbi kita sangat lembab. Terlalu mengharap pada satu dua akademi, itu pun dibandar-bandar besar sahaja, terlalu mengharap juga pada satu dua sekolah sukan sedangkan kita ada beribu buah sekolah yang sebenarnya boleh berperanan sebagai sekolah sukan tapi tidak dimanfaatkan sebaiknya.
Berhenti dulu dan akan disambung lagi....

2 ulasan:

  1. akademik fantasia...boleh ka...isk.isk..

    BalasPadam
  2. haha yaya ... akademi yg melalaikan cam ni mmg byk dpt sponsor dan sokongan...hampeh!! ni nak cita bab pelarasan/kenaikan harga pulak ni....

    BalasPadam