BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 14 Julai 2010

BOLASEPAK KITA NAK KEMANA?

Tergerak aku nak menulis sikit berkenaan bolasepak, sukan nombor wahid seantero maya pada. Buktinya piala dunia yang baru berlalu akan tetapi kehangatannya masih terasa. Sepanyol beraya gila, Belanda apa kurangnya, Jerman turut berpesta dan Uruguay turut berbangga. Apa tidaknya di negara kita kehangatan para penyokong pasukan pujaan masing-masing sanggup berlaga, berkata nesta asal kepuasan dihati dapat dicapai.Tak kurang juga yang ikut kecewa bila pasukan pujaannya tersungkur menyembah muka padang... titisan air mata lebih laju dari titisan air peluh disegenap rongga. Para penyokong pulang hampa, mamak jugak yang tawa ria kerana laba jualan lebih dari biasa. Bab judi aku tak nak ulas di sini sebab kalau bukan dengan bolasepak pun pentaik judi tetap berjudi.... setiap perkara boleh dijudikan, asal ada ongkosnya.
Panjang pulak mukadimah aku, tapi macam biasa... blog ni blog aku so suka akulah nak menarikan jari jemari aku ikut rentak mana. Apapun memang ada perkara penting yang dah lama terbuku di hati aku dan mungkin juga di hati-hati anda semua. BOLASEPAK KITA NAK KEMANA? tajuk yang agak besar skopnya. Baru nak tempah jersi ? baru nak cari kawasan sesuai nak buat padang ? baru nak fikir nak mula dimana? tengah nak fikir siapa pengemudi ? baru fikir siapa yang nak main? siapa pulak nak jadi tukang urutnya ? siapa yang nak jadi drebar bas pasukan ? siapa nak hulur tajaan ? siapa tukang buat air ? Wah banyaknya nak difikirkan siapa itu ini..? bolehkah itu ini ? dimanakah itu ini ?
Aduh tak nak fikir tapi terfikir, malas nak fikir tapi kena fikir.... kenapa nak fikir? sebab aku sayangkan bolasepak dan negara aku. Sampai bila kita seronok tak tentu hala sokong pasukan yang bukan pasukan kita. Kadangkala sampai ada yang sanggup bertekak sesama keluarga, teman-teman kerana sokongan pada pasukan masing-masing. MALANGNYA!! malangnya.... itu semua bukan pasukan kita.... bukan sewarna kita... bukan seselera kita. Begitu kuat dan hebat sokongan kita... PASUKAN KITA di mana ? jersi kita dah lama siap, padang kita dah ada dalam stadium yang serba moden dan canggih, dah lama kita bermula, dah ramai pengemudi bekerja, dah ramai barisan pemain yang siap siaga, tukang urut lengkap dengan ilmu fisioterapinya, jadi apa lagi masalahnya ?
Jangan pula bila ada kritikan diberi, dikata tidak patriotik. Tidak terniat walau sedikit pun mahu menjentik kerana ku faham dan sedar siapalah nyamok-nyamok ini yang sering menggangu di kuping telinga mereka. Akan tetapi rayuku biarlah cuba didengari mungkin antara banyak-banyak nyamok yang bersuara itu ada harapan dan curahan idea yang boleh diterima otak-otak yang dah puas penat berfikir. Bukalah minda seluas-luasnya seluas mulut stadium yang mengepung padang, bukalah hati setulus-tulusnya moga ada jalinan kemesraan.
Bak seorang ayah yang mendidik anaknya, marah buka benci tetapi sayang. Aku sayang bolasepak Malaysia.... biarlah apa orang nak kata, kerana disinilah tanah tumpahnya keringat dan darahku.
Aduh... tak aku sedari jam sudah pun 12.30 pagi... aku harus melelapkan mata dulu, beristirehat untuk mengerah keringat mencari sesuap nasi esok. Aku akan sambung lagi coretan ini kerana belum pun masuk kepada apa yang ingin aku cadangkan buat bolasepak kita.
Jumpa lagi..............zzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan