BEREHAT SEBENTAR

Jumaat, 21 Ogos 2009

RESEPI UNTUK DIKONGSI

Bermula dari resepi ini insyaallah akan menyusul lagi resepi-resepi lain yang teman tahu, yang 'simple' dan boleh dicuba rakan-rakan pengunjung blog. Resepi pertama ni mudah sahaja. Kita selalu dan suka menikmati ikan bakar, tak kiralah ikan bakar itu ikan laut atau ikan darat (keli, lampam dan lln). Selalunya kita cicah dengan air asam atau sambal kicap.

Apakata kalau anda mencuba resepi pencicah dengan santan. Pencicah ini satu kebiasaan dibuat oleh orang-orang melayu banjar.

BAHAN-BAHAN:

Santan kelapa segar ( fresh coconut milk) - 1/2 biji
Cili merah - 2 biji
Cili padi (yang suka pedas)
Bawang besar - diracik (potong nipis) - 2 labu
Limau kasturi (yang suka masam) sama ada diperah airnya atau diracik.
Buah tomato ( extra ja, klu tak da pun tak pa) juga diracik
Garam secukup rasa.

** bahan-bahan tersebut di atas diukur berpandukan kepada satu hidangan sebagai contoh untuk sekilo ikan keli.
**Sekiranya hidangan dalam kuantiti yang lebih besar tambah la bahan mengikut kesesuaian.

CARA MEMBUAT:

1.Campurkan semua bahan kecuali buah tomato dalam sebuah mangkuk dan 'ramaskan' sedikit agar ia sebati bergaul. Setelah itu baru masukkan buah tomato.

** Santan tidak dimasak, dalam keadaan mentah sahaja.
**Jika kacau menggunakan sudu/senduk tak dapat rasa yang sama dengan ramasan tangan.

2.Masukkan garam ikut level masin masing-masing.

3. Pencicah santan anda sudah sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.


TIPs lain yang berkaitan:

Sebagai menambahkan lagi umphhh!! hidangan anda berikut beberapa pilihan langkah seterusnya yang boleh anda lakukan:

1. Ikan yang siap dibakar rendamkan terus kedalam pencicah santan tadi agar ia juga mesra dengan pencicah... fuhhh !! cerita pun tak guna... kena try ni....

2. Bakarkan terung panjang dan hidangkan sekali dengan ikan bakar dan pencicah.... lagi sekali fuhh!! meleleh ayak liok....

3. Buatkan sedikit sambal, rebus telur ayam 2 biji- belah 2 dan campurkan kedalam pencicah, yang ini ikan bakar tak masuk berendam dalam pencicah...

4. Supporter2 lain seperti bendi, pucuk ubi dan lain-lain ulaman yang boleh direbus boleh dihidang dan makan sekali... teman gerenti pencicah tu mesti tak cukup. Lebih tak cukup bila ada yang berkuah pulak...

Cerita banyak tak guna, nanti tak jadi benda... jadi selamat mencuba, ini betul-betul, bukan main-main.... dah cuba bleh la bagi komen... kalau tak kena dengan selera anda apa boleh buat.... kalau kena pasti lain kali nak buat lagi...

Resepi ni paling sesuai untuk ikan bakar sahaja, untuk yng lain-lain terpulang kepada anda semua...
SELAMAT MENCUBA !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan