BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 2 Disember 2009

CERITA KEDAI KOPI

Cerita kedai kopi...
tiada hakim... tiada saksi...
cerita sensasi....

Lirik lagu terbaru yang penuh dengan sindiran...
dunia orang-orang kita yang tak habis-habis mencipta sensasi....
sedang orang lain duduk diskusi bagi memaju diri...
orang kita asyik berkelahi... menguji kekuatan diri...

Orang kita mau nampak hebat....
malangnya sekadar standard kedai kopi...
pagi petang asyik melekat...
agama dan bangsa juga yang rugi...

jual bangsa, agama dan negara di kedai kopi...
sekadar pada harga secawan kopi....
habis dilelong maruah diri...
orang kita memang hebat di kedai kopi....
cerita kedai kopi....
tiada hakim... tiada saksi...
suka sendiri....

2 ulasan:

  1. Setuju...namun ada sisi positifnya..diskusi,tukar pendapat,dengar pendapat,luah pendapat..kekadang bagus utk org biasa mcm kita..dimana lagi 'kita' nak lahirkan pendapat..dimana?
    1.podium ceramah terbuka...ada ke?
    2.pertandingan debat diraja atau perdana..tajuk gan apa nak kata pun dah takleh guna pendapat sendiri..baik raja lawak lg..
    3.kat pejabat...langsung tak leh..jgn cari pasal
    4.Dewan DUN...silap hari dok bawah pokok aje..
    5.Parlimen...tu utk org yang tak cukup tido kat rumah..lagi pun 'kita' bukan YB apatah lagi YAB..hanya Yang Berlabun aje..
    Kurang-kurang boleh maju kedai minum tu...kira-kira jadi tagan kedai le...

    BalasPadam
  2. ya betul.... memang kedai kopi tempat yg mudah utk kita berdiskusi... tp banyak jugak yg lain2 dengan cerita sensasi... mungkin bukan di kedai kopi tetapi juga di rumah kopi. Kedai kopi mudah kita berjumpa... order ja apa mau... bleh bebas bersembang.... tapi yang aku kisahkan kat N3 ni bravo.... org2 yg suka buang masa di kedai kopi dgn cerita2 sensasi... mcm lirik lagu di blog aku sekarang.

    BalasPadam