BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 14 Disember 2009

BIAR ZAMAN GELAP ITU BERLALU....

Bagi N3 kali ini, tajuk menggambarkan setiap kita mungkin pernah melalui sendiri atau dari pengalaman saudara mara dan rakan-rakan berkenaan ZAMAN GELAP DALAM BISNES yang pelbagai jenis.... Kenapa sebenarnya zaman gelap itu berlaku dan pada sesetengah orang ianya menjadi mimpi ngeri dan fobia seumur hidup... tak kurang juga yang telah membuat sumpah berdarah mungkin untuk tidak mahu terlibat lagi dalam sebarang bisnes.
Dimana silapnya... syarikat yang kita join in tu kah penipu? atau kita yang bersikap tamak? atau rakan-rakan kita yang tamak? sanggup jual rakan-rakan sendiri (persahabatan).... Ada banyak faktor sebenarnya jika disorot dan dikupas.... Pada orang kita sebenarnya bisnes ini bukan satu budaya 'mencari makan'... kerana asal keturunan kita kebanyakannya bertani sebagai sara hidup. Sebagai generasi seterusnya kita cuba diberi seberapa tinggi pendidikan dengan harapan berkelulusan tinggi kita akan beroleh kerja makan gaji yang baik dan boleh membantu keluarga. Hakikat ini sebenarnya sudah agak kurang releven pada masa kini... belajar tinggi-tinggi... makan gaji tinggi... sekarang ini zaman orang cerdik pandai sudah semakin ramai... jadi persaingan alam kerja amatlah sengit... tambahan pada masa kini dalam persaingan yang semakin terbuka... [biasiswa sudah bertukar jadi pinjaman ( itu pun kena mohon)]
Lantaran sikap 'orang kita' yang cetek ilmu dlm bisnes bila mencuba dalam bisnes, ramai yang kecundang. Tak kurang juga yang kena tipu... kena tipu bukan apa, dek kerana sifat tamak, malas berusaha, nak dapat duit cara senang... lalu timbullah istilah 'LABU PERAM' Labur duit... duduk diam-diam.... doa-doa... dapat duit.... akhirnya kena tipu... tulah orang kita... Inilah ZAMAN GELAP KITA sebenarnya.... oleh itu cukuplah... biarlah ianya berlalu... jangan lagi kita kena tipu dengan pelbagai skim mudah mendapatkan wang.... sesungguhnya tak ada jalan mudah untuk kita mendapatkan wang... melainkan kita kena berusaha, berkorban masa, tenaga dan wangringgit . Ambillah contoh rakan kita dari bangsa tionghua yang rajin berusaha untuk berjaya dalam bisnes.... Aku ada baca satu petikan dari buku "RAHSIA BISNES ORANG CINA" orang cina sekali dia melibatkan diri dalam dunia perniagaan tidak ada jalan kembali kepada mereka. NO 'U' TURN ... jatuh mesti bangun... dari merangkak ke berjalan dan kemudian berlari... persefahaman dan semangat bantu membantu (bamboo network) dalam bisnes mereka juga sangat hebat.... perkara ni tak berlaku dalam dalam dunia 'orang kita'... buat bisnes nak senang...., buat bisnes takut rugi..., buat bisnes alang-alang...., buat bisnes dengki mendengki...., buat bisnes jatuh menjatuh...., buat bisnes saling berbunuhan...., buat bisnes nak cepat dapat 'result'...., buat bisnes rakan-rakan tak sokong...., dan ada banyak lagi penyakit bila nak buat bisnes... buat bisnes dipandang serong.... dan banyak lagi lah....
Semua orang tahu dari 10 pintu rezeki itu 9/10 adalah dari dunia bisnes.... hanya satu yang lain (makan gaji) jadi kenapa kita tak celik lagi... kenapa kita nampak bisnes ni macam nampak hantu... kenapa kita terus biarkan mental kita dibelenggu dengan pelbagai rasa dan persoalan yang tak bawa kita kemana-mana.... kita terus ego dengan kesusahan yang kita ada.... kenapa kita terus biarkan bisikan-bisikan nakal dan kadang-kadang agak lebih kepada jahat yang menghasut kita agar menjauhi bisnes... seolah-olah gagal dalam bisnes... nyawa kita adalah galang gantinya.... macamlah kita tak pernah gagal dalam usaha-usaha kita yang lain selain dari bisnes... dengan izin Allah kita masih bernyawa lagikan? Kalau boleh kita ubahlah persepsi yang tak menguntungkan ini.... peluang sentiasa ada dimana-mana.... lihatlah ia secara positif... tapi ingat peluang niaga yang ingin kita ceburi itu biarlah bukan peluang yang mudah.... duduk diam-diam boleh dapat duit (labu peram) Duit tak datang melayang apa lagi bergolek... bekerja berusaha adalah jawapannya.... dalam bisnes juga kita kena bekerja bagi menjalankan bisnes kita...
panjang lebak dah.... sambung lagi lain episod.... ingat BIARLAH ZAMAN GELAP ITU BERLALU apa-apa pun ...wooooooo....... steadyyyy!!!!

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bro..
    Sangat setuju dengan anda.Perniagaan ini adalah satu fardu kifayah.Dan rezeki jua terbentang luas dengannya.Cuma satu aje,kalau ikut juhmur ulama hadis yang berbunyi"berniagalah kamu krn 1/10 punca rezeki adalah didlm perniagaan",hadis ini juga dimasukkan dalam kitab hadis at-tamizi.Dan hadis ini sebenarnya diriwayatkan oleh Nuim bin Abdul Rahman,dan telah disepakati oleh al-Iraqi dlm takhrijnya terhdp kitab Ihya'Ulumuddin bahawa hadis ini adalah mursal(yakni dhaif dan lemah).Paling wajar untuk motivasi perniagaan ialah Surah Al-Jumuah ayat 10:"apabila telah ditunaikan solat,maka bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatilah Allah banyak2 agar kamu beroleh kejayaan"'.
    Sekadar berkongsi apa yang ada..krn ramai org petik hadis tidak kena gaya...jumpa lagi

    BalasPadam
  2. tq bro krn membetulkn yg salah. Sejak dari bila ntah... yg aku biasa dengar bahawa dikatakan berniaga itu 9/10 dari pintu rezeki... rupa2nya 1/10 ja... jd lagi 9/10 tu selain usaha makan gaji... rezeki usaha dalam bentuk apa ya...tafsiran surah tu mmg biasa sgt kita dengar dan itulah seruan Allah pada umatnya agar berusaha untuk mencari dan menambah rezeki dalam keadaan diredhaiNYA. Ada lg yg lain aku tak pasti ianya hadis atau dari surah iaitu kita disuruh berusaha/bekerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi... dan beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati dikeesokan harinya. Jadi apa pun sebenarnya, banyak mana pun surah dan hadis yang menyeru pada kebaikan jika ianya tidak diambil iktibar maka tak ada gunanya.Orang hari ini lebih suka nak ikut kalau ramai pun pada sunah nabi iaitu nak berbini lebih dari satu... haaaa... yang ni depa akan carilah kalau ada nas nas atau apa sahaja bagi menyokong usaha nak buat cawangan baru hik hikhik... Tp apa pun tk kisah la bravo... yang penting bagi aku usaha utk merubah skrip kehidupan yang biasa-biasa ini perlu dilakukan sbb kalau aku tak buat apa-apa usaha maka beginilah irama dan rentak lagu kehidupan yg bakal aku lalui sampai pencen kelak. Hidup terus terbelenggu hutang, tiada kebebasan kewangan dan tak ada kebebasan personel...F.I.P.F... Financial Indipendance Personel Freedom... benda ni tak jual dimana-mana kedai, tak ada diberi pinjaman di mana-mana bank.... carilah dirata pelusuk dunia sekali pun tak akan jumpa.. melainkan hanya dgn berusaha mengubah sendiri nasib kita. Sbb itu aku sekarang cuba utk gigih berusaha kerana aku percaya ada usaha adalah jalan yang Allah akan buka utk kita... untuk jadi insan luar dari biasa kita kena keluar dari perlumbaan hidup cara insan biasa... insyaallah kita akan jadi luar biasa... luar biasa bukan utk bermegah-megah tapi sekadar memenuhi tggjwb pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. wallahualam.....

    BalasPadam