BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 9 Disember 2009

PENGETUA DAN GURU BESAR ADA KUASA PECAT GURU

Satu cadangan yang sungguh baik dan sangat bagus dan bakal memartabatkan Pengetua dan Guru Besar. Pengetua akan berasa bertambah rasa Ketuaannya dan Guru Besar akan bertambah rasa Kebesarannya. Bagi guru-guru yang ada dibawah kenalah sedar diri... jangan sekali nak tunjuk hero ( walau anda rasa anda benar) Kenalah jaga diri sebaik-baiknya... almaklum sajalah silap langkah esok kena gi cari kerja lain.... Macam ni barulah bagus dalam melangkah ke hadapan dengan lebih gemilang... martabat dunia pendidikan tentu akan dipandang sangat tinggi...
Satu idea yang sungguh bernas dan rasional lahir dari kepala pemikir yang amat genius... tak syak lagi... cuma ada sikit yang aku ragukan... kenapa pulak sampai timbul idea nak pecat memecat ni? Ada makna ka atau apa? adakah keadaan sekarang ni pun para pemikir tu dah nampak ramai guru ni yang patut dipecat sampaikan nak mudahkan urusan jadi bagi kuasa kat Pengetua dan Guru Besar untuk memecat... selesai ke masalah dengan memecat.? iaitu apakah dunia pendidikan pada masa itu nanti akan lebih havoc dari dunia artis dan kes penceraian mereka.... sebab waktu itu banyak kes ke mahkamah dan saman menyaman.... hebat!!! mesti gemilang martabat perguruan waktu itu sebab selalu dapat liputan berita di dada2 akhbar, televisyen dan lain-lain.... apa jadi pada nasib anak didik pada masa itu... mmmmmmm boleh fikir ke? pemikir yang timbulkan idea ni dah pikir sepanjang-panjangnyer ker?
Akan tetapi jika perkara ni berlaku juga........ bagussssssss..... sangat bagus..... think positif....
ada banyak hikmah tu....
apa-apa pun..... wooooooooooo.... steady!!!!!

1 ulasan:

  1. Guru sekarang ini banyak yang malas,kerja berkira,makan gaji buta,mengajar cincai,kerja teruk tak mau,panas sikit bising,mesyuarat bersembang,lawan cakap bos,keluar waktu sekolah,minum kat luar...ini semua para pemikir idea tu dapat fikir..dan segala para pemikir memikir guna otak bukan kepala lutut.Otak diorang ini dasat 7 8 kali ganda orang biasa tertambah pulak guru biasa...apa le sangat takat dg 32 34 41 44 tu...depa semua JUSA..kena ingat lagi tinggi pangkat seseorang itu lagi berkaliber dan geniusnya mereka itu..dan anda dan saya kena ingat bahawa 'kita' bukanlah takat mana pun..la siap2 la cari part time...sok2 kena pecat,sonang sikit..ingat mereka yang di atas itu sangat bijak lagi berwibawa...jangan lupa..

    BalasPadam