BEREHAT SEBENTAR

Isnin, 7 Disember 2009

GST... sangat baik....

Membaca N3 dari blog rakan tentang kerisauan yang cuba ditimbulkan tentang perlaksanaan GST atau ringkas katanya cukai perkhidmatan yang 5% atau lain2 persen bila kita pergi makan di restoran makanan segera, tgk wayang dan lain-lain... khabarnya tahun depan akan diperluaskan lagi cukai ini dan semakin banyak duit akan keluar dari poket setiap rakyat... Ini bagi aku satu yang sangat baik untuk membantu ekonomi negara... kita harus menyokong 300% usaha yang baik ini dan harus memahami keadaan ini.
Janganlah dikisahkan sangat dengan GST ker GTS ker TGS ke... dah menjadi tanggungjawab kita ... untuk bayar saja... kalau tak nak bayar jangan pergi makan, atau dapatkan mana-mana servis... duk diam-diam dirumah.... jangan peningkan kepala.... biarlah orang-orang lain yang berkemampuan saja berbelanja.... bagi yang tak berkemampuan ni haruslah sedar siapanya dirinya... jangan bersangka buruk terhadap perlaksanaan dasar ini kerana tentu ada hikmah dan kebaikan disebaliknya....
"LIHATLAH DUNIA DARI MATA BURUNG , JANGAN LIHAT DARI BAWAH TEMPURUNG"
wooooooooooo..... STEADYYYYYY....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan