BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 29 April 2010

APA NI? MANA PUNYA AJARAN NI...


Apa punya celaru budak ni.... cikgu2 dia pun tak kan tak tegur, sekolah ni tak ada ustaz dan ustazah ker? ...apa nak jadi la.... ni baru tahun 2010... belum lagi 2020...

Bertudung tapi pakai seluar pendek...

Sapa nak jawab ni....

GERABAK KHAS.... BAGUS!!


Syabas dan tahniah pada KTMB kerana membuat transformasi yang besar yang sepatutnya dah lama dibuat.... Janganlah lepas ni ada pulak suara-suara jahil lagi sumbang berkata itu satu penganiayaan atau diskriminasi jantina pulak.... Aku pasti ianya sangat menyenangkan hati-hati para penumpang kaum hawa sekelian...

Ada banyak lagi perkara/tempat yang boleh diasingkan untuk keselesaan ( sebenarnya tuntutan agama memang begitu) kaum hawa. Kita hidup ni bukan nak menongkat langit.... berbuat sesuatu yang baik ini pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk dunia dan akhirat.... Satunya aku rasa boss besar KTMB ni mesti ada kekuatan pegangan agamanya dan berjaya mempengaruhi perubahan yang sukar untuk dilakukan di negara ini... walau sesuatu itu memang membawa banyak kebaikan . Sekarang ni maklum sahajalah, kalau buat baik itu akan dipandang songsang dan pelik oleh sesetengah ahli masyarakat... kalau buat buat jahat pada orang tu kadang-kadang tidak dipersalahkan tetapi orang yang kena akibat perbuatan jahat pulak yang dipersalahkan....

Huhu... apa pun syabas KTMB... tabik sama anda...

Rabu, 28 April 2010

LEPAS SATU,SATU....

Lepas satu... satu... lepas tu satu lagi... apa nak jadi.... lepas tu kau minta orang relax dan biarkan urusan sedang diuruskan, diuruskan. Semua orang faham itu.... sebelum ini pun begitulah tapi apa sudahnya... tu yang buat orang cuak... jangan salahkan orang kalau orang rasa sangat cuak...
Kita manusia normal, ada pemikiran sendiri, pertimbangan sendiri... kita bukan robot yang mesti ikut segala yang dikhabarkan. Kita manusia yang tidak boleh diprogramkan... Allah sudah memberika kita satu benda yang sungguh istimewa iaitu akal untuk membuat pertimbangan... Jadi adalah hak untuk kita masing-masing buat pertimbangan dan buat persepsi.... Tak semestinya putih kata kita... orang lain mesti ikut kata putih... Hormatilah juga orang lain yang tak kata putih sebab mereka ada pertimbangan sendiri...
Buatlah kerja sendiri betul-betul.... baiki apa yang silap... buktikan yang putih yang kau kata tu memang orang lain kena percaya ianya benar-benar putih seperti yang kau percaya.... walau hak orang lain masih tidak memandang ianya putih....
Semua orang buat silap... jangan ego sangat... kita belajar dan perbaiki yang silap... dan paling penting hormati hak orang lain....

TUBUH LAH APA PUN....

Terpanggil gak aku nak mengulas 'Hot topic' sekarang ini.... walau pada mulanya agak malas nak ulas walau aku sebenarnya memang ambil 'pot' hal-hal seperti ini.... harapan ku dalam negara demokrasi yang bebas untuk rakyatnya bersuara ini... biarlah kebebasan untuk kita berbicara tentang sesuatu perkara itu terus subur...
Kes pelajar umur 15 tahun ditembak sangat hangat sekarang.... semua orang cuba menonjol diri untuk menjadi hero... baik dipihak pemerintah mahupun pihak2 lain. Kita semua memang tidak tahu hujung pangkal kes ini...dan bukan kita nak menuding jari salah siapa tapi rasanya ini bukan kes pertama seumpamanya...banyak persoalan sebelumnya juga masih belum terjawab.... siapa benar siapa salah haruslah ada penghujungnya.... yang bersalah haruslah dihukum sewajarnya... janganlah kes ini terbiar lama tanpa ada penghujungnya.... janganlah ada apa-apa yang nak diselindungkan... kalau ianya perit untuk diakui jika kita berbuat kesilapan, maka dengan rendah hati akui saja kesilapan dan memohon maaf adalah jalan terbaik dan yang bersalah itu tetap harus dihukum.
Seluruh mata dan telinga yang ada di alam semesta ini sebenarnya sedang memberikan perhatian perjalanan kes ini. Kita sama-sama lihat apa kesudahannya. Kepada sang Ibu aku simpati dengan nasibmu yang sememangnya lebih mengenali anakmu.... doakan sahaja agar roh arwahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang mukmin... amin..
Kepada semua kita harus belajar sesuatu dari setiap pelajaran yang terjadi didepan mata kita. Dunia ini hanya pentas mengumpul cerita untuk dihitung baik buruknya dan diakhirat kelak adalah waktu pembalasan yang tidak siapa pun boleh mengelat darinya.

Selasa, 6 April 2010

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN....

kepingan hirisan kambing yang telah diperap... sedia untuk dibakar.

bakar atau gunakan oven/mikrowave (terpulang kpd anda)


mmmmmm.....

ANDA INGIN MENGADAKAN MAJLIS MAKAN-MAKAN, SAMA ADA KECIL-KECILAN ATAU BESAR-BESARAN, SALAH SATU MENU ANDA ADALAH KAMBING (LAMB) ATAU AYAM DIPERAP DENGAN ISTIMEWA ,SEDIA UNTUK DIPANGGANG, USAH PENING-PENING MEMIKIR DAN SUSAH-SUSAH NAK MENYEDIAKANNYA. KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA DENGAN CAJ YANG BERPATUTAN.

TEMPAHAN DAN PERTANYAAN BOLEH DIBUAT DITALIAN :
013-5024272 , 012-5067384 - KHAIRUL


" MAKAN SATU TAK CUKUP, BILA DAH MAKAN PASTI NAK LAGI

Khamis, 18 Mac 2010

HEBAT !!

Sangat hebat.... kedai jual alatan seks tumbuh macam cendawan lepas hujan. Benda tidak dinampak salah macam bahaya dadah. Walhal jika difikir-fikir cara orang waras dan pandai, kedai-kedai yang semakin banyak menjual alatan seks secara terbuka ini semakin membawa kesan yang sama dahsyatnya dengan gejala dadah, malah mungkin lebih teruk lagi... Kenapa keterbukaan keterlaluan dalam perkara-perkara seperti ini dibiarkan. Kenapa perkara seperti ini seperti diterima kehadirannya... setelah ada bising-bising diakhbar barulah orang terkejut sana sini dari yang bawah-bawahnya sampailah kepucuk2nya terkejut dan tak tahu.... huhu... tak tahu... benda lain tahu... yang ni tak tahu....
Apa kejadahnya sekarang baru nak tahu sedangkan dah lama kedai-kedai seperti ini beroperasi, dan sekarang semakin banyak dibuka.... alatan/aksesori seks tu dah tentu masuk melalui saluran yang dipantau, bukannya seludup.... kenapa ianya dibiar begitu sahaja... tak fikir ke kesannya kepada masyarakat sekarang dan masa depan... Mana perginya jati diri kemelayuan/keislaman dalam hal ini.... takkan dalam hal lain kitalah Jaguh Paling Melayu dan Islam hebat tapi dalam hal ni menikus.... tak sepatutnya kedai-kedai seperti ini boleh dibuka secara berleluasa tanpa kawalan ketat ( kalau nak buka sekali pun)
Disinilah sepatutnya pejuang Bangsa berdiri dihadapan menentang gejala yang lebih membawa kesan negatif kepada generasi kesayangan kita. Apa baiknya kedai-kedai alatan seks ini dibuka, apa untungnya ? apa sumbangannya ? Mendepani perjuangan biarlah dalam segala hal, lebih-lebih lagi yang benar-benar boleh menggugat sahsiah generasi masa kini dan hadapan. Perhubungan bebas antara jantina, sesama jantina adalah amat merbahaya. Penularannya secara diketahui atau tidak amatlah membimbangkan. Lihat saja hari sebelum2 ini, hari ini , ada sahaja kes buang bayi dilakukan.... bukan baru berlaku dah lama berlaku..... mana pejuang-pejuang berkokok hebat mendepani bangsa menongkah segala onar.... kenapa perkara ini terus berlaku jika kita benar-benar berjuang....
Terlau banyak sebenarnya ruang-ruang, dedahan-dedahan kearah permasalahan itu.... sekarang ada pulak kedai aksesori seks, yang jual sarung pelbagai warna/corak dan berperisa pulak tu.... cecair pelincir dengan rasa dan haruman... pelbagai alatan seks seperti _ _t_ palsu dan lain-lain dijual.... siapa nak beli benda-benda ni semua? kita nak pi beli ka? tak payah beli pun kerja kita siap juga... jadi juga... apakah ada jaminan, budak-budak tak membeli belah dikedai-kedai seks ini... kalau vcd/dvd lucah itu dikira barang salah... kenapa alatan seks tak dikira salah dan dibiar dijual secara terbuka sekian lama.... dah bising-bising dimedia massa barulah nak ada tindakan.... kalau tak dak akta, wujudkan akta... kalau hal lain tak dak akta, boleh segera diwujudkan akta... maka hal ini juga sangat penting untuk ditangani.... jangan anggap benda ni hanya makruh... tapi haramkan ia... sebab lebih mendatangkan mudarat yang banyak dari kebaikan.... samalah dengan merokok... oleh kerana ramai yang merokok termasuklah ustaz2, tok sheikh2 maka hukum merokok tu dikira makruh sahaja... sedangkan mudaratnya sudah terang lagi bersuluh maka ianya seharusnya difatwakan HARAM....
wallahualam....

Rabu, 17 Mac 2010

GAGAL !!

Agak telambat aku nak ulas berita ni... tp nak ulas jugak sbb dulu aku pernah terbit N3 pasal cerita Team F1 1Malaysia Lotus. Dah terbukti ini projek pembaziran yang tak tau apa hasil (sebenarnya dah boleh agak... kalah dalam tangan ) Tapi nak masuk jugak...
Menamatkan perlumbaan tetapi kena overlap 2 ke 3 lap ke.... tp kena overlap la kedua-duanya... adus! apalah ertinya kalau begitu... dah banyak duit dihabiskan dan selepas ni berapa banyak lagi duit nak dihabiskan dalam keadaan hidup kita yang tak berapa nak stabil sekarang ni... HONDA pun dah tarik diri ... kenapa LOTUS 'geletis' pulak nak masuk.... Apa pekdahnya?
Ada banyak lg cara lain nak menonjolkan nama & kehebatan... tak semestinya digelanggang lumba kereta yg termahal kosnya.... kenapa tang ni orang-orang hebat pemikirannya tak rasional berfikir....?
Apa pun aku memang minat mengikuti F1 cuma aku tak setuju dengan Team F1 1M yang pada aku sekadar satu pembaziran....

Rabu, 10 Mac 2010

APALAH ERTINYA KALAU SEGALANYA....

...DUIT.... nak peluang keluar duit............ nak pengiktirafan bagi duit, .......nak pujian hulok duit, .......nak idea bayar duit, .......nak nama serah duit, ............semuanya dengan duit. Tak boleh ka dapat sesuatu atas daya usaha, imej yang memang diketahui ramai terpuji dan hebat...
Nak berjaya kerana adanya duit.... nak jadi lingkup pun juga ... kerana duit..... duit! duit! Menembak hari ini dengan duit.... satu hari nanti ditembak juga dengan duit...

DUK BAWAH TEMPURUNG SENANG KENA TIPU...

Maaf la awal-awal cakap pada guest yg komen pada N3 sebelum ni... tak masukkan nama sbb tak perasan atau nak selindung. Tak kisah la... kawan ka tak kawan ka aku dah minta maaf awal-awal sbb takut ulasan aku ni membuat guest rasa tak selesa...
Yang aku tak tahan tu tang komen duk bawah tempurung... kita semua faham apa maksud ayat tu.... mcm yg dah aku ulas sikit kat chatbox tu la.... tapi kurang jelas lg aku rasa so aku ulas kat sini sebagai N3 pulak....
Ini pandangan aku nak menyangkal aku bukan manusia yg diibarat duk bawah tempurung seperti maksud guest yang kononnya duk diluar tempurung....
Bagi aku tak ada masaalah pasukan bolasepak kita nak diexpose kat mana sekali pun... hatta ke liga inggeris, sirie A, La Liga atau mana-mana liga terbaik didunia... bukan setakat liga dislovakia yang tak terkenal tu... secara tak langsung dapat gak kita seluruh rakyat Malaysia tengok team kesayangan kita bermain secara life di astro... lebih hebat lagi dapat beraksi dengan kelab-kelab hebat seperti ManU, Arsenal, Real Madrid, Barcelona, Ac Milan, Inter Milan... aku akan rasa bangga walau pun mungkin kena belasah teruk pada mulanya... tapi yang pastinya akan ada peningkatan dari masa ke semasa akan dicapai dengan berkat usaha, kesabaran dan doa seluruh rakyat Malaysia. Pengalaman yang lagi hebat dapat pemain Malaysia rasai... Satu dunia tengok game2 diliga-liga hebat ni... secara tak langsung bleh membuka mata kelab2 terbaik bahawa ada pemain Malaysia yg berpotensi kalau diberi peluang... ni main kat liga Slovakia... dunia mana yang beri perhatian dengan liga negara tu.... Astro negara kita pun tak ambik siaran liga Slovakia...
Alang-alang nak membayar untuk bermain dan expose biar betul-betul hebat dan buat secara berterus terang.... jgn ingat masih ramai orang-orang yang macam guest yg mungkin duk bawah tempurung lagi sebab ok jer klu kena tipu pun... aku tak bleh sbb aku tak duduk bawah tempurung... aku ada aku punya edu. minda, prinsip dan dunia terbuka yang luas.... ni bukan zaman tv hitam putih, maklumat susah sampai.... kalau mcm tu baru betul zaman katak bawah tempurung (zaman guest kot)
Kita boleh berbelanja besar utk F1 apasalah kita berbelanja utk sukan kegilaan ramai ni...bolasepak.. bagi aku tak dak hal... kalau mampu... asal dah tak ada rakyat yg tak makan atau tak cukup makan, tak ada rakyat yg merempat sebab tak ada rumah, tak ada rakyat yang tak boleh belajar setinggi mana yang dia mahu.... apa ada hal kalau nak keluar duit untuk kualitikan team Malaysia.... aku sokong!!! sbb aku mmg cintakan bolasepak negara.... tapi aku tak berapa suka kalau tipu2 ni... pepatah pun ada kata SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA MENCURI... ni pepatah orang lama... bukan aku yang pandai-pandai reka noh....
So bagi aku dah jelas... nak dedah, dedah dengan cara yang terbaik dan telus.... nak pi hantak anak main bola kat mana pun pastikan dulu barang dapuk dirumah dah cukup, belanja anak-anak yang lain tak terjejas, duit nak bayar bil ada, duit susu anak2 yang lain ada cukup, duit nak bayak keta ada.... hantak pi tang mana pun.... faham kot noh? ibaratnya.... kalau tak faham gak... pi masuk balik bawah tempurung supaya orang lain boleh terus2an tipu anda...
Awal lagi tadi aku dah cakap i'm sori..... aku nak kata apa yang aku rasa patut aku kata.... nak betulkan persepsi yang salah....
*** klu guest maksudkan yg team Malaysia main bawah tempurung... lain la pulak ceritanya.... aku tak anggap dunia kita dunia bwh tempurung tapi adalah faktor2 yg membuatkan ia kelihatan seperti bawah tempurung antaranya lantera penipuan ke slovakia tu sbg contoh menempurungkan.....

Selasa, 9 Mac 2010

MENIPU DAN KENA TIPU LAGI.... KITA

Terkejut sungguh bila aku baca sebuah akhbar hari ini yang menyiarkan kononnya pengakuan seorang jurulatih ka pengurus ka ...di liga slovakia... dia kata team malaysia yang kononnya bermain diliga sana tu hanya main persahabatan sahaja tarafnya... bukan termasuk dalam liga pun. Maknanya tak ada mata pun. Dah la macam tu setiap perlawanan tu kita kena bayar team yang lawan dengan team Malaysia..... wah wah wah.... kalau benarlah bagai dikata.... lain jugak dengan yang diwar-warkan pihak bertanggungjawab sebelum ini.
Kalau begitu baik main saja dinegara sendiri.... buat apa main nak kena bayar, lepas tu semua perlawanan tu kira mcm persahabatan...mengisi waktu senggang team yang tak ada game diberitahu secara terus terang.... duit yang dikeluarkan tu dah tentu duit rakyat. Biarlah buat ia cara betul.... jangan ada sembunyi atau muslihat... BERAPA AGAKNYA KOS KESELURUHAN... sepanjang team Malaysia berada di slovakia tu...
Aku ngulas ni pun berdasar apa yg dipaparkan akhbar hari ni... kalau tipu akhbar tu... tak taulah aku...katanya tipah tertipu... ini bukan tipah jer tertipu seluruh rakyat Malaysia tertipu.... apalah nasib kita... suka suka ja orang tipu.... tapi tak kan nak tipu pulak kot.... kalau betul tak tipu..... sampai hati sungguh yang menipu tu... menipu ni sifat orang m.................... . Lagi satu persoalan aku kenapa mesti menipu .... kalau betul ianya tipu la.... hampeh betul... sukan pun menipu.... yang lain ?