BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 18 Mac 2010

HEBAT !!

Sangat hebat.... kedai jual alatan seks tumbuh macam cendawan lepas hujan. Benda tidak dinampak salah macam bahaya dadah. Walhal jika difikir-fikir cara orang waras dan pandai, kedai-kedai yang semakin banyak menjual alatan seks secara terbuka ini semakin membawa kesan yang sama dahsyatnya dengan gejala dadah, malah mungkin lebih teruk lagi... Kenapa keterbukaan keterlaluan dalam perkara-perkara seperti ini dibiarkan. Kenapa perkara seperti ini seperti diterima kehadirannya... setelah ada bising-bising diakhbar barulah orang terkejut sana sini dari yang bawah-bawahnya sampailah kepucuk2nya terkejut dan tak tahu.... huhu... tak tahu... benda lain tahu... yang ni tak tahu....
Apa kejadahnya sekarang baru nak tahu sedangkan dah lama kedai-kedai seperti ini beroperasi, dan sekarang semakin banyak dibuka.... alatan/aksesori seks tu dah tentu masuk melalui saluran yang dipantau, bukannya seludup.... kenapa ianya dibiar begitu sahaja... tak fikir ke kesannya kepada masyarakat sekarang dan masa depan... Mana perginya jati diri kemelayuan/keislaman dalam hal ini.... takkan dalam hal lain kitalah Jaguh Paling Melayu dan Islam hebat tapi dalam hal ni menikus.... tak sepatutnya kedai-kedai seperti ini boleh dibuka secara berleluasa tanpa kawalan ketat ( kalau nak buka sekali pun)
Disinilah sepatutnya pejuang Bangsa berdiri dihadapan menentang gejala yang lebih membawa kesan negatif kepada generasi kesayangan kita. Apa baiknya kedai-kedai alatan seks ini dibuka, apa untungnya ? apa sumbangannya ? Mendepani perjuangan biarlah dalam segala hal, lebih-lebih lagi yang benar-benar boleh menggugat sahsiah generasi masa kini dan hadapan. Perhubungan bebas antara jantina, sesama jantina adalah amat merbahaya. Penularannya secara diketahui atau tidak amatlah membimbangkan. Lihat saja hari sebelum2 ini, hari ini , ada sahaja kes buang bayi dilakukan.... bukan baru berlaku dah lama berlaku..... mana pejuang-pejuang berkokok hebat mendepani bangsa menongkah segala onar.... kenapa perkara ini terus berlaku jika kita benar-benar berjuang....
Terlau banyak sebenarnya ruang-ruang, dedahan-dedahan kearah permasalahan itu.... sekarang ada pulak kedai aksesori seks, yang jual sarung pelbagai warna/corak dan berperisa pulak tu.... cecair pelincir dengan rasa dan haruman... pelbagai alatan seks seperti _ _t_ palsu dan lain-lain dijual.... siapa nak beli benda-benda ni semua? kita nak pi beli ka? tak payah beli pun kerja kita siap juga... jadi juga... apakah ada jaminan, budak-budak tak membeli belah dikedai-kedai seks ini... kalau vcd/dvd lucah itu dikira barang salah... kenapa alatan seks tak dikira salah dan dibiar dijual secara terbuka sekian lama.... dah bising-bising dimedia massa barulah nak ada tindakan.... kalau tak dak akta, wujudkan akta... kalau hal lain tak dak akta, boleh segera diwujudkan akta... maka hal ini juga sangat penting untuk ditangani.... jangan anggap benda ni hanya makruh... tapi haramkan ia... sebab lebih mendatangkan mudarat yang banyak dari kebaikan.... samalah dengan merokok... oleh kerana ramai yang merokok termasuklah ustaz2, tok sheikh2 maka hukum merokok tu dikira makruh sahaja... sedangkan mudaratnya sudah terang lagi bersuluh maka ianya seharusnya difatwakan HARAM....
wallahualam....

4 ulasan:

  1. Pejuang bangsa? siapa? kedai alatan seks ni kira kecil berbanding kedai nombor ekor,kedai arak,kelab malam,dangdut...takdak org bising pun.semut sebatu nampak,gajah depan mata tak nampak.
    Merokok haram? ini perkara yg berbeda pandangan dan ijtihadnya dikalangan ulama dan ahli furu'.Yang terang lagi bersuluh HARAM ialah RIBA walau atas apa nama sekali pun (diisytihar perang dalam Al Quran).

    BalasPadam
  2. makluman ROT : Ijtimak ulamak telah memutuskan merokok adalah haram..cumanya belum diwartakan di setiap negeri untuk dijadikan sebagai akta
    ---Jai

    BalasPadam