BEREHAT SEBENTAR

Rabu, 3 Februari 2010

SERONOKNYA ABANG MISAI, GERAK! GERAK! KHAS....

Wow hari ni adalah hari yang paling menceriakan agaknya diseluruh balai-balai anggota keselamatan negara. Mana taknya esok bakal diumumkan kenaikan kadar gaji yang baru... yang aku terbaca beritanya, kenaikan kali ni cukup-cukup lumayan..... dan yang terlebih dahsyat lagi bertunggakkan dari 1 Januari 2009.... WOW! WOW! WOW!...... kenaikan kalau mengikut pembacaan aku tu antara 500-700 ringgit pada gaji pokok. FUH!!! hebatnya.... ini satu berita yang sangat sangat sangat baik kepada mereka yang berkenaan....
PERSOALAN : Jabatan lain, pekerja lain, tanggungjawab lain...... tak der kenaikan aper-aper ker? Kalau tak ada, agak-agaknya kenape yer? pekerja-pekerja lain tu tak penting ker? pekerja-pekerja lain tu tak der sumbangan apa-apa ker?
Syukur !! rakan-rakan keselamatan kita mendapat penghormatan, anugerah, pengiktirafan, penghargaan dan macam-macam peng dan an lagi.... itu semua rezeki anda.... dah memang tertulis tu..... tapi jangan lupa masih ramai lagi orang lain yang juga perlu dibela bukan diBELA. Pak chu seri iskandar dah tentu tersenyum lebak ni.... selebak lebaknya..... semua akan lebih bersemangat untuk bekerja.... tahniah! kerjalah dengan ikhlas menjalankan amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan diakhirat kelak.... kerana tugas anda sebagai khalifah dimuka bumi ini adalah menjaga keselamatan. Bagaimana pula NASIB yang menjaga kesihatan, yang mendidik manusia menjadi insan, yang memastikan lain-lain pentadbiran berjalan lancar..... BAGAIMANA ?? TUNGGU DAN LIHAT........

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. kesilapan teknikal la Rot.. internet slow termasuk lak komen lain hehe.
    tahniah pada anggota keselamatan. moga jadi perangsang bertugas.

    BalasPadam
  3. depa terangsang... kita sapa nak bagi ransangan... macam mana nak terangsang.... kalau asyik gersang jer....

    BalasPadam