BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 25 Februari 2010

GELANDANGAN DINEGARA SENDIRI

Semalam aku tengok prog tv ADUAN RAKYAT... salah satu kisah yang ditonjolkan ialah masalah Gelandangan atau Merempat orang tempatan/rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Itu di Kuala Lumpur, ditempat-tempat lain juga mungkin ada ramai lagi yang hidup bergelandangan tanpa rumah sebagai tempat berteduh... yang lebih dahsyat lagi yang berkeluarga pun ada hidup dijalanan.... aku kesian melihat visual sianak kecil yang terpaksa sama hidup bergelandangan di Kota Raya KL...
Dimana silapnya? Kenapa mereka ini mesti merempat.... sedangkan rakyat negara asing yang beramai-ramai datang mencari makan disini boleh hidup mewah... kalau yang tak mewah sekali pun tidaklah hidup mereka merempat begitu rupa.... amat menyedihkan bila melihat mereka menyelongkar mencari makan dari bungkusan sampah restoran makanan segera mengutip sisa-sisa makanan untuk dijamah.... Kenapa begini teruk sekali? Salah mereka yang merempat inikah? salah masyarakat sekeliling? salah pihak pemerintahkah?
Pada aku semua pihak ada kesalahannya tetapi yang paling-paling bersalah adalah individu merempat itu sendiri. Tak boleh nak disalahkan masyarakat dan pemerintah, jika individu merempat ini tidak berusaha dengan menggunakan akal dan kudrat yang ada untuk sebuah kehidupan yang tidak merempat. Hina sungguh bila mengutip sisa makanan dari tempat sampah, walau pun itu juga satu usaha yang lebih baik dari mencuri dan meminta-minta... takkanlah tak boleh melakukan apa-apa kerja untuk makan dan tempat tinggal sedangkan negara ini jadi syurga mencari rezeki kepada ramai warga asing yang masuk secara halal dan haram.... Dimana pendatang ini tinggal ? kenapa mereka tak perlu menyelongkar plastik sampah untuk mencari sisa makanan untuk dimakan? Inilah masalah orang kita... malas berusaha dan tidak mahu menggunakan akal yang diberi oleh Allah...
Aku yang paling sedih sekali bila melihat bayi yang masih kecil juga ikut sama merempat, gara-gara ibuayahnya juga merempat... yang ni paling menyentuh hati naluri aku... sebab aku pun ada anak... kesian anak tu.... Bagi aku tak ada apa alasan yang boleh diterima pakai yang diberikan oleh mereka kerana orang asing boleh mencarikan disini dan mereka tidak merempat.... jadi kenapa kita sebagai warga negara boleh merempat... peluang pekerjaan ada dimana-mana.... jangan memilih... ada juga dipaparkan orang yang muda, sihat walafiat turut merempat.... kalau warga tua yang disisih keluarga tu wajarlah keluarga atau masyarakat dipersalahkan....
Semoga dengan paparan isu itu semalam akan ada jalan keluar yang sewajarnya.... janganlah merempat lagi.... kalau mereka merempat kerana peluang pekerjaan habis diambil oleh orang asing, maka kita halau jer balik orang-orang asing tu....kalau itu penyebabnya...
Apa pendapat anda....?

1 ulasan:

  1. macam anda meletakkan kesalahan utama kepada mereka yang merempat itu.maka aku meletakan kesalahan merebut peluang pekerjaan itu kepada orang kita sendiri.Kerja yang biasa-biasa,gaji sikit,tak glamour..adalah lebih baik dari merempat apatah lagi mencuri.Kemahuan utk bermula dari sikit kepada banyak ini tidak menjadi pilihan ramai.Ramai yang mahu kerja senang,lumayan dan glamour..tiadalah wajar akan menyalahkan orang lain merebut peluang sedangkan kita juga turut berpeluang.Antara mahu atau tidak sahaja...tepuk dada tanya apa mahunya..sesungguhnya rezeki yang secupak tidak akan menjadi segantang TANPA kemahuan dan usaha...

    BalasPadam