BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 9 Februari 2010

BERAT MATA MEMANDANG....

Berat lagi bahu memikul.... berat lagi akal berfikir... tapi itulah kehidupan.. Inginkan kehidupan yang sempurna? Ya , memang istilah sempurna ini juga satu yang subjektif.... setiap kita sempurna itu adalah berbeza... cukup makan pakai sudah dikira sempurna, ada yang berbagai-bagai lagi kecukupan yang perlu ada barulah dikatakan sebagai sempurna. Sememangnyalah kehidupan kita sebagai manusia biasa ini sukar untuk mencapai kesempurnaan. Persoalannya disini sejauh mana kita cuba untuk menjadi sesempurnanya... Kita terlalu banyak mengambil pendapat orang-orang yang negatif terhadap kesempurnaan. Kita terlalu banyak melihat kesempurnaan yang biasa-biasa dan akhirnya kita juga menjadi sempurna yang biasa-biasa. Sedangkan kita disuruh berusaha senentiasa agar ada peningkatan kesempurnaan itu dari masa ke semasa.
Seperti berkadar langsung dengan usaha untuk ke arah kesempurnaan maka tanggungjawab yang dipikul juga semakin meningkat dan bertambah berat. Inilah realiti kehidupan semalam, hari ini, esok dan seterusnya. Kesempurnaan itu sendiri tiada titik noktahnya. Akan tetapi jika kita mula menikmati kesempurnaan kita akan dapat merasai kelainan dalam perjalanan kehidupan kita. Kekusutan fikiran yang bukan-bukan selama ini juga mungkin semakin berkurangan. Semakin kurang kusut maknanya kehidupan kita semakin tenang, stabil dan ini sudah dikira satu tahap kesempurnaan yang dicapai. Tetapi ianya tidak berakhir disitu kerana perjalanan kesempurnaan ini akan ke destinasi seterusnya.
Semakin jauh rasa kesempurnaan yang dikecapi maka semakin dapat kita merasai nikmat kehidupan yang sebenar. Untuk kearah itu disinilah dilema berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... bukan untuk mengeluh atau merintih tetapi kesedaran akan tanggunjawab itu. Seperti kata-kata rakan yang sudah ku kira berjaya dalam usaha ini ... ribuan atau jutaan langkah yang telah mereka atur.... mereka juga ada langkah pertama yang telah mereka lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab.... maka laluan ini juga yang mesti aku lalui..... aku redha...

2 ulasan:

  1. 'Nikmat sebenar kehidupan'....SUBJEKTIF.apa yang dicari itu sebenarnya?? bagi manusia ada pelbagai kehendak dan keperluan.Bergantung apa yang difahaminya dalam ertikata menyulami'kehidupan'.Kebebasan dari sudut material dan kerohanian adalah pemburuan tidak sudah.Namun perlu jelas bahwa 'matlamat kehidupan' adalah OBJEKTIF.Kehidupan tanpa 'matlamat' yang jelas adalah umpama si buta yang mencari cahaya.Namun perlu jua diterima akan 'matlamat' diri individu itu jua berbeda walaupun rambut sama hitam dan kemudian akan beruban.Menyedari akan hakikat bahawa hidup ini perlu dinikmati maka 'kesempurnaan' menjadi kayu pengukurnya.Sperti kata anda..kesempurnaan itu jua berbeza.Apakah hidup ini perlu kesempurnaan? Dan kekadang 'kesempurnaan' yang dilaungkan..yang didambakan..adalah ILLUSI.Ketanggungjawaban dalam melayari kehidupan perlu berpaksikan kepada kepercayaan.Kepercayaan..untuk apakah kehidupan ini.Dan bagaimana perlu disudahi kehidupan ini.Dan bagi aku...kehidupan hari ini adalah perjuangan untuk membebaskan diri.Bebas daripada statik.Bebas drpd ILLUSI.Jua aku menerima bahawa kehidupan aku dan kau adalah amat berbeda,Perjuangan kau dan aku jua berbeda,tanggungjawab aku dan kau jua berlain rupa.. namun matlamat kekadang ianya sejalan..Yang pasti sama antara kau dan aku adalah pastinya kita akan MATI.Maka hidup ini biar BERBAKTI untuk diri,anak-isteri,saudara,jiran,masyarakat dan yang pastinya kepada Yang Esa.Moga2 hidup kita ini dirahmati dan diberkatiNYA.

    BalasPadam
  2. YES!!! kerana rasa ingin berbakti dengan cara tersendiri terutamanya pada diri sendiri, keluarga, masyarakat sekeliling maka langkahan ini ku kira betul sudah kuatur... nescaya kepercayaan rakan-rakan, kata dorongan dan semangat menjadi tonik bekalan penguat jiwa menempuh badai.... hidup biar berjasa... kesempurnaan boleh datang dalam pelbagai cara....

    BalasPadam