BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 27 Oktober 2009

GAJI MINIMA

Petang tadi aku sempat menonton satu rancangan di astro awani yang membincangkan tentang perlaksanaan gaji minima. Pada sisi aku , tibalah sudah masanya negara kita melaksanakan gaji minima atau apa istilah lain ( gaji wajar, kata seorang panel) bagi memberikan satu pembelaan yang sewajarnya pada golongan tenaga kerja di negara ini. Dengan keadaan kos sara hidup yang kini sudah jauh lebih tinggi berbanding 10 - 15 tahun lalu kenapa gaji masih kena sama 10 tahun kebelakang. Kenaikan sara hidup melonjak-lonjak saban masa.
Kalau ikut kata seorang panel yang merupakan seorang majikan (usahawan) pelaksanaan gaji minima akan meningkatkan kos dan ini boleh menyebabkan pelabur lari ke negara lain. Apa cerrrr... hujah panelis ni? Sekarang masa tak buat gaji minima pun dah ramai pelabur beralih ke negara lain. Nampak sangat bukan soal perlaksanaan gaji minima yang menjadi ukuran pelabur tapi adalah keadaan ekonomi serantau... Rakyat negara kita (tenaga kerja) jauh lebih intelek dari tenaga kerja di Jepun kata seorang ahli panel, katanya seorang tenaga kerja disini memerlukan tunjuk ajar seminggu dan dah boleh mengoperasikan mesin tetapi di Jepun memerlukan masa sebulan. Ini menunjukkan betapa tingginya nilai intelektual rakyat negara kita tapi sayangnya dari segi gaji masih pada tahap yang rendah.... di bawah paras kemiskinan.
Bila sara hidup tinggi, pendapatan tak cukup... kerja lebih masa perlu dilakukan. Ini akan mengakibatkan kualiti masa sekeluarga untuk bersama setiap hari terjejas. Maka inilah antara sebab banyaknya terjadi gejala sosial. Masalah kesihatan juga meningkat sebab rakyat tak sempat nak beriadah mengeluarkan peluh. Masalah stress juga meningkat, orang sakit jiwa makin ramai, yang dibelenggu hutang makin ramai, kejadian bunuh anak beranak, adik beradik dan orang lain juga makin menjadi-jadi. Kenapa semua ini berlaku. Inilah kesannya melengah-lengahkan perlaksanaan gaji minima. Kesan berangkai yang dahsyat makin mencengkam masyarakat.
Lebih malang lagi suatu hari nanti masyarakat kita hancur dek kerana tekanan hidup ini. Suami jual isteri, ayah jual anak dan tak mustahil isteri jual suami.... Berilah sedikit ehsan kerana masyarakat yang maju dan sihat fizikal dan mental akan lebih memberikan sumbangan yang lebih baik untuk negara. Penyakit masyarakat akan dapat ditangani jika tidak dapat dihapuskan terus kerana ibubapa sudah punya banyak masa bersama anak-anak. Limpahan kasih sayang dalam sesebuah keluarga adalah memungkinkan kurangnya penyakit masyarakat.
Rakyat hidup dengan selesa dan sihat pasti dapat meningkatkan produktiviti. Pada aku, kalau kita buat graf xy produktiviti adalah berkadar terus dengan keselesaan dan kesihatan fizikal/mental. Meningkatnya keselesaan/kesihatan maka akan meningkat produktiviti, merosotnya keselesaan/kesihatan produktiviti juga akan menjunam...
Bukannya susah sangat...hukumnya... nak dengan tak nak... Sesuai dengan tema Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan ... ayuh buktikan bahawa rakyat memang diutamakan...
Malaysia Boleh!!

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wrt.
    Jarang sekali aku membaca komentar yg sedemikian.Terimakasih krn turut merasa simpati kepada kaum buruh/pekerja.
    Menuntut gaji minima RM900 atu kadar yg wajar adalah perjuangan yg belum menemui titiknya.Kenapa Persatuan2 sekerja dan golongan 'sosialis' memperjuangkan isu ini? Bagi mereka ini adalah untuk menghargai nilai kemanusian.Inilah yang aku setuju dengan golongan sosialis dan pejuang kaum buruh.Namun usaha ini tetap akan ditentang oleh para Kapitalis ekonomi dan juak-juak pelindung mereka.
    Kapitalis adalah golongan yg mengaut laba keuntungan dengan modal dan kos yang rendah.Bagi mereka membayar RM900 seorg pekerja adalah MERUGIKAN kerana dengan jumlah itu juga boleh digaji 2 pekerja.
    Mari lihat dan teliti,kebanyakan kerajaan LEBIH mementingkan sektor ekonomi dan perolehan keuntungan yg disumbangkan oleh golongan kapitalis ini.
    Benarkah rakyat didahulukan??????????

    BalasPadam