BEREHAT SEBENTAR

Selasa, 27 Oktober 2009

HIDUP IBARAT SIANG MENANTI MALAM

Hidup kita ini memang semua orang tahu ianya adalah sementara. Setiap kita yang bernyawa ini akan sampai masa dan giliran untuk pergi menemui Pencipta yang maha agung. Sebagai seorang islam kita telah diajar sejak kecil akan perkara ini. Kita sendiri pun sedar dan tahu ( mungkin tak semua sekarang percaya, sebab tingkahlaku semasa menunjukkan seolah-olah mereka tak percaya) akan perkara ini tetapi mengapa masih ada yang memejamkan mata merelakan noda dan dosa terus berleluasa.
Hidup kita ibarat siang menanti malam. Malam seperti mana kita tahu adalah gelap suasananya. Jadi untuk menempuhi kegelapan malam ini kenalah kita buat persediaan. Persediaan mental, persediaan sumber cahaya ( untuk meneruskan aktiviti) makanan dan sebagainya. Jika kita terus leka disiang harinya tanpa membuat persediaan walau pun kita telah dikhabarkan akan kegelapan malam yang bakal ditempuhi maka rugilah kita. Sedang orang lain bersedia dengan rapi semasa disiang hari tanpa menjejaskan aktiviti siang, akan tetapi ada dikalangan kita yang bebal, nampak pandai tapi bodoh dan lebih teruk lagi dah bodoh, sombong pulak tu...
Selalunya yang bodoh sombong ini selalu menjadi makanan sipandai tapi bodoh. Orang yang berlagak pandai tapi bodoh ni selalunya didepan orang-orang yang dah la bodoh, sombong pulak... Perilaku kumpulan ini biasanya tidak memperdulikan akan janji-janji kepayahan menempuhi kegelapan malam yang serba mencabar. Kelompok bodoh sombong diajar supaya tidak celik (tutup telinga dan mata, supaya tidak melihat dan mendengar kebenaran) dan tidak menjadi pandai kerana dikhuatiri tidak akan mempercayai lagi sipandai tapi bodoh ini. Maka bersuka rialah mereka tanpa memperduli persiapan untuk menempuhi malam....
Janganlah kita termasuk dalam dua golongan ini.... hidup hanya sementara, buatlah baik dan jangan suka menganiayakan orang lain... yang benar tu katalah benar.... yang salah tu katalah ia salah... nak rujuk mana benar dan salah tu?.... kitab al-quran kan ada untuk dirujuk..... Kenapa tak mau percaya padanya.... Fikir-fikirkanlah.... agar kita tidak teraba-raba bila malam menjelma kelak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan