BEREHAT SEBENTAR

Khamis, 22 Oktober 2009

AKU TERINGAT LALU AKU RINDU......PADANYA

Ha ha tiba ja aku rasa rindu pada aktiviti memancing. Maklumlah dah agak lama aku tak gi mancing kat mana-mana lubuk yang best. Dapat menyelusuri lorong-lorong bakau atau menongkah bebas ombak-ombak dilautan luas... wah berbahasa aku... betul tak betul bahasa ni buh ja la...


Kenangan memancing kali terakhir yang hebat ialah bersama rakan sekerja dan diikuti oleh VictorZuluOscar dan OscarCharlieCharlie.... Masa aku dan rakan-rakan puas menaikkan ikan sisik dan sembilang dilubuk batubata. Aku kata batu bata sebab tempat tu banyak batubata peninggalan orang dulu-dulu.... mungkin ianya sebuah pengkalan suatu masa dahulu.


Silih berganti ikan semilang dinaikkan.... baru siap karau satu pancing,.... pancing yang satu lagi pulak diragut ganas... akhirnya ada rakan yang hanya guna satu pancing.... Satu pancing pun asal dah baling jer letak tak sampai 5 minit pak semilang dah ragut lagi umpan di matakail.... fuh bestnyer kenangan tu....


Rakan yang bawak kami gi mancing pun seronok sebab kami puas mancing... klu tak caya tanya VZO o OCC... bilalah pulak ada kesempatan yang best macam tu dapat kembali dinikmati... Tak nak dah ikut pakej yang agak lumayan kosnya tapi hampeh hasilnya... memanglah adat mancing ada kala dapat...ada kala tak dapat.... tapi klu tak dapat-dapat tu bukan dia....

Harap-harap dapat lagi keseronokan mancing pada trip yang berikutnya....

Barilaan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan